CERPEN : Selamat Hari Raya Ayah

Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
 
 
''Along balik lah along.Ayah teringin nak berbuka puasa dengan along sekeluarga,bersahur bersama-sama.Balik lah.Sian ayah.'' Rayu Ana kepada Anita.
''Ana,along sibuk lah dengan urusan kerja.Buang tebiat ke ayah tu.tetiba je minta along balik.Selalunya,along balik ke,along mampos ke apa ayah kisah kan.''
''Along ! Tak baik lah cakap macam tu.Along,ayah tu sakit tahu.Lumpuh ! Along balik lah,kesian ayah.''
''Kau faham ke tidak ?! Aku cakap,aku tak nak balik,tak nak balik lah.Kau beria-ria sangat ni pahal.Kau yang nak aku balik ke,si orang tua tu nak aku balik ?! '' Anita menghempas ganggang telefon itu dengan kuat.
 
 
** ''Ayah,ini ke anak yang ayah banggakan sangat tu ? '' Ana berlalu pergi tanpa mempedulikan ayahnya.
''Mungkin ini salah aku. Ya ! Salah aku.Aku terlalu manjakan Anita dan memulaukan Ana.Apa yang Anita mahu,aku turutkan sahaja.Tapi,apa yang Ana mahu,semua aku biarkan.Tapi inikah balasan Anita terhadap aku.Kenapa Anita,kau buat ayah macam ni ? '' Rantau ayah ditemani dengan tangisan duka.
 
 
********************************************************************************
 
 
''Abang,abang,Nita dah berjaya dapat projek dekat luar negara.Abang tahu berapa harga tawaran diorang ? 100.000.000000 juta ringgit bang.Huhhh.''Kata Anita dengan bangga.
''So,you nak buat kenduri kendara kesyukuran ke ?''Tanya En.Amri sambil membaca surat khabar.
''Ermm.Kita celebrate kat hotel nak bang.Kita ajak business partner kita,berbuka dekat sana''
''What ? Bukannya nak buat kenduri kawin.Kenduri kesyukuran je pon.Buat kat kampung you pon dah cukup.Kalau tak nak buat kat kampung,buat kat rumah ni haa.Buat apa buat kat hotel bagai.''Bentak En.Amran.
''Eeeyeer.Buat kat kampung ? No class okeyh.'' Anita menjeling suaminya.
''Buat kat rumah lah senang''
''I said NO ! Buat kat hotel juga.TITIK ! '' Anita terus angkat kaki beredar dari ruang tamu.
 
 
********************************************************************************
 
 
''Ana,raya nak dekat.Kamu tak bersedia apa-apa ke ?'' Tanya ayah.
''HAHAHA.Nak sediakan apa-apa ayah cakap ? Untuk siapa yah ? '' Persoalan yang seakan-akan memerli ayahnya dihamburkan.
''*Batuk* eheem.Mana tahu along kamu sekeluarga balik kampung.*Batuk*''
''Ayah,memang banjir lah Kampung Simpang Renggang ni kalau along balik ayah oii''
''Apa kamu cakap macam tu.Tak baik Ana.Mana tahu,along kamu tu sebok masa hari raya yang lepas.'' Kata ayah seakan-akan mempertahankan kedaulatan Anita.
''Ayah,kalau along tak sebok time raya pon,tak kan nye dia nak balik rumah usang yang tak lama lagi nak roboh ni yah.Tu ha,tahun lepas dia beraya kat mana ayah nak tahu ? Kat hotel 5 bintang yah.Tu lah Ana dah kata,memang banjir lah kampung kita kalau along balik.'' Kata Ana sambil mencuci pinggan.
''Kamu saja kan Ana nak memfitnah along kamu.Along kamu sibuk cari duit untuk sara keluarga dia Ana'' Ayah tetap nak mempertahankan Anita.
''Ayah ni kan.Kenapa nak sangat bela si along tu.Selama ni ada dia bagi duit kat ayah ? Ada ?! Jauh sekali lah kalau nak datang sini basuh berak kencing ayah.Selama ni,dengan berniaga kuih lah yang sara kita tau ayah.Ayah masih nak bela along juga ke ayah ?! '' Ana menghempas pinggan,dan berlalu keluar.
 
********************************************************************************
 
 
Di tepi sungai Ana termenung mengenangkan nasib keluarganya.Rasa bersalah kerana memarahi ayahnya tadi tidak habis-habis menyelubungi dia.
''Assalamualaikum,salam sejahtera,kepada anda semua moga bahagia'' Terjah Aris kepada Ana.
''OOO mak kau waalaikumussalam.Ehh ! Aris ! '' Ana menepuk manja bahu Aris.
''Asal ni sayang ? HEHE'' Aris sengaja bergurau manja dengan Ana.
''Amboih ! Belum apa-apa dah panggil sayang.Ni nampak ni ?! '' Ana menunjukkan penumbuknya.
''Allla.Orang gurau sikit pon tak boleh.Kan ayah awak dah kasi green light.Along awak pon dah kawin kan ? 3 anak lagi.Kita bila lagi'' Aris meyendol bahu Ana.
''Awak,jangan sebut nama along lagi.Kat rumah along,kat sini along.Arghhh,bernanah telinga dengar''
''Kenapa ni ? Ehemm.Cerita lah.Saya kan diari awak'' Kata Aris sambil tersenyum lebar.
 
 
Ana mencerita kan segalanya kepada Aris tunangnya.Selepas menceritakan segalanya,barulah hati Ana terasa timbunan batu yang berat,telah menjadi serpihan.
 
 
*********************************************************************************
 
 
Ketika ayah dan Ana sedang menonton berita di televisyen...
 
 
''Saya sekarang berada di hotel Seri Awana kerana ada kenduri kesyukuran usahawan berjaya iaitu Nur Syazlin Anita,telah berjaya menawan usahawan asing yang melaburkan wang sebanyak 100,000.000000 juta ringit.''Kata pembaca berita itu.
''Saya amat bersyukur kehadrat Illahi,kerana milimpahkan rezeki yang melimpah ruah ini.Berkat doa suami dan anak-anak saya,alhamdulillah,saya berjaya'' Kata Anita,hanya ditonton di kaca televisyen.
**** ''Tu kerja along lah tu sampai wartawan tu tak sebut nama ayah kat tv.Nak sebut nama ayah pun susah,nak ajak kita pergi sana,lagi lah payah'' Kata Ana yang hanya berdiri di pintu bilik sambil berpeluk tubuh.
''Assalamualikum''Sapa satu suara di luar rumah.
''Waalaikumussalam''Sapa Ana kembali dan berlalu ke muka pintu.
''Eh,Aris.Masuklah.Ayah ada kat dalam.''
''Tak apalah.Saya nak cepat ni.Ni mak kirimkan.''Aris memberikan mangkuk tingkat kepada Ana.
''Ouh,terima kasih.'' Kata Ana.
''Sama-sama.Saya balik dulu ye.Ayah ! Eh ehh.Silap.Pak cik Mizul,saya balik dulu'' Tersasul Aris.
''Hati-hati jalan tu Aris.'' Kata ayah.
''Ayelahh.''Jawab Aris.
 
 
**********************************************************************************
 
 
Lagi seminggu nak raya..........
 
 
Ayah termenung di jendela sambil melihat kanak-kanak bermain bunga api.
''Ayah...'' Ana memanggil ayahnya.
Ayah tersedar dari lamunan dan Ana melihat ayah mengesat sesuatu di pipinya.
''Ayah,ayah nangis ? Kenapa ayah'' Tanya Ana.
''Ehh.Anaa.Tak adalah.Mata ayah masuk habuk'' Tipu ayah.
''Ayah,ayah tersinggung ye bila Ana marhkan ayah sebab along ? Ana minta maaf ayah.Ana tak ada niat langsung nak marah ayah.Maafkan Ana yah.'' Ana mencium tangan ayahnya.
''Tak pa nak.Bukan kamu yang salah.Ayah yang salah.Ayah selalu bela along kamu dari kamu.Dulu,masa kecil,ayah selalu manjakan along kamu lebih dari kamu.Tapi,ini balasan along kamu kepada ayah.'' Ayah mengesat air mata Ana.
''Ayah,ayah tak salah.Along tak salah.Tiada sesiapa yang salah.'' Ana cuba mempertahankan along dalam keadaan berat agar ayah nya tidak kecil hati lagi.
Ayah dia melayan perasaan.Setiap minit ayah mengesat air matanya mengenangkan sikap along petang tadi.Kejadian tadi berlegar-legar di benak firkiran ayah.
 
 
***''Along tak boleh balik lah yah.Sebok ni haa.Dengan kerja lagi'' Kata along sambil menyemak fail kerjanya.
''Along balik lah raya ni.Ayah nak raya dengan along sebelum ayah tutup mata nak.Raya setahun sekali nak.Balik lah Bawa Amri dan cucu-cucu ayah sekali'' Rayu ayah.
''Ayah ! Ayah tak faham ke,orang sebok ! '' Bentak along.
''Ayah nak beraya dengan kamu buat kali terakhir nak.Tolonglah nak''
''Hey ! Ayah tak faham ke haa ? Along sebok ! SOBOK SEBOK SEBOK ! Faham tak ? Kenapa lah ayah langsung tak faham along haa ? Kalau nak mati,mati jer lah.Tak payah lah sebok sangat nak raya buat kali terakhir bagai'' Macam biasa along menghempaskan ganggan telefon.
Ayah terus menangis menangis dan menangis.
 
 
********************************************************************************
 
 
Allah huakhbar allah huakhbar.
 
 
Bergema takbir di malam raya.Ayah duduk di depan pintu menunggu kepulangan along.
''Ayah,tak ada nya si along tu balik'' Kata anak di muka pintu sebelah ayah.
''Eh ! Mana ada ayah tunggu along kamu.Ayah saja ambil angin.'' Tipu helah ayah lagi.
''Ambil angin ? Tak payah lah ayah.Karang masuk angin karang,susah.Kita ni mana lah ada kereta ke apa ke nak bawa pergi klinik bagai.Lainlah macam along,pergi kedai runcit pon naik mercedes.'' Kata Ana.
''Anaa.Tak baik cakap macam tu.'' Kata ayah sambil menahan kesakitan perutnya.
''Tu lah ayah.Ana cakap sikit pasal along ayah marah'' Kata Ana.
''Ana,ayah nak pergi bilik air nak.'' Minta ayahnya.
''Okeh.Jap.Ana ambil kerusi roda.''
Sedang Ana mengambil kerusi roda,ayah tidak tahan dengan kesakitan di perutnya.Ayah jatuh terlentang di tangga depan pintu.
''Ya Allah ! Ayahh..''
Ana meminta tolong dari Aris untuk menghantar ayah ke hospital.
 
 
*******************************************************************************
 
 
Di hospital,Ana ditemani oleh Aris.Ana mundar mansir menelefon Anita.Tapi tidak diangkat.
''Mana pergi along ni.Jawablah.'' Kata ana bermonolog.
''Ana,sabarlah.'' Kata Aris kepada Ana.
Tiba-tiba,doktor keluar dari bilik pemeriksaan.
''Doktor,macam mana ayah saya ? '' Kata Ana kepada doktor Khalifah yang dilihat namanya di name tag yang dipakai.
''Cik anak dia ?'' Tanya doktor itu.
''Ya saya.''Jawab Ana.
''En.Mizul mengalami ketumbuhan di perut yang kritikal.Saya rasa di tidak boleh bertahan lama lagi.'' Kata dokor itu.
''Apa ? Masa bila ayah saya menghadapai ketumbuhan di perut.Selama ni saya tak tahu pon'' Kata Ana.
''Sebenarnya,saya dah kenal lama dengan En.Mizul.Dia merahsiakan penyakitnya kerana tidak mahu anak-anaknya susah.En.Mizul adalah salah satu penyakit saya.Dan dia juga tahu,dia tidak dapat hidup lama.'' Kata doktor Khalifah itu lagi.
''Astaghfirullahalazim.'' Mengucap Ana.

********************************************************************************
 
 
''Penat bawa awak ngan anak-anak shopping.Habis shopping complex awak terjah.Haihh''Kata En.Amri.
''Alla bang.Alah membeli,menang memakai.'' Kata Anita.
''Alah membeli menang memakai'' Ejek En.Amri ''Yang awak tu,baru beli dah tak nak pakai,apa kes ? '' Kata En.Amri
''Hisshh.Diamlah awak ni.'' Kata Anita.
 
 
*********************************************************************************
 
 
Di hospital...
''Ayah,selamat hari raya ayah.Bangun lah ayah.Ana nak minta maaf segala dosa Ana kat ayah.Ana tahu,Ana banyak dosa kat ayah.Ana sayang ayah''.Kata Ana.
Ayah tersedar diri....
''Nak......'' Panggil ayah dalam separa sedar.
''Ayah,maafkan Ana.Ana tahu Ana banyak buat salah ayah.Maafkan Ana sebab selama ni Ana tak pernah tahu,ayah sakit.'' Rayu Ana.
''Tak apa nak.Ayah dah lama maafkan dosa anak-anak ayah.Along tak datang ? '' Tanya ayah.
Ana hanya menggeleng. ''Ana dah call,dah massage dah ayah.Along tetap tank angkat dan tak balas massage Ana.Maafkan Ana.''
''Tak apa Ana.Ayah faham.''Kata ayah. ''Sebelum ayah pergi,ayah nak sangat beraya dengan anak ayah.'' Minta ayah.
''Along tak ada ayah.Ayah masih boleh faham kan ? '' Kata Ana.
''Ayah nak beraya dengan kamu buat kali terakhir'' Bergenang air mata di kolam mata ayah.
Ana mengangguk.
 
 
*******************************************************************************
 
 
''Selamat hari raya abang'' Kata Anita.
''Selamat hari raya juga.Awak tak telefon ke ayah awak,tanya khabar sihat ke tak ? '' Tanya En.Amri.
''Alahaii.Pandai-pandai lah dia jaga diri.Semalam Ana suruh balik,dia kata urgent.Entah apa yang urgent.Entah-entah dia suruh kita masak.Tak pun,suruh jaga ayahHaiyyerr..Pleasee ''
Tiba-tiba deringan telefon Anita memecahkan suasana.
''Heluuu..''Jawab Anita.
''Heloo Puan Anita.Maaf puan.Faiz dah curi dan bongkar data dokumen syarikat kita.Dan sekarang mereka dah curi segalanya puan.''Kata setiausaha Anita.
''Apa ? Bodoh punya Faiz ! Kau tunggu sana,aku datang'' Anita berlalu pergi ke pejabatnya.
 
 
*********************************************************************************
 
 
''Amir,cek keadan syarikat kita sekarang.'' Arah Anita.
''Baiklah''.Jawab Amir.
Selepas beberapa minit kemudian.....
''Maaf puan,syarikat kita tak ada apa-apa dah.Faiz dah curi semuanya.'' Kata Amir.
''Apa lagi,report lah polis.'' Arah Anita lagi.
''Tak boleh puan.Faiz mencuri dengan cara sulit.Polis tak dapat kesan'' Kata Amir.
''Apa ?? Ya Allah ! Kenapa dugaan ini kau berikan''
 
 
*******************************************************************************
 
 
''Sedap rendang yang kamu masak.Ayah suka.''
Ana hanya mampu tersenyum.
''Selamat hari raya Nur Syazlin Ana.Ayah maafkan dosa kamu,dan terima kasih kerana jaga ayah.Maafkan kesalahan ayah juga.Gembira bdapat bersam kamu di hari raya yang terakhir ini.''
Kata ayah.
''Ayah,ayah langsung tak ada salah dengan Ana.'' Kata Ana.
''Jangan lupa pesan ayah ye nak.'' Kata ayah dalam keadaan nafas tersekat-sekat.
''Ingat ayah.Jangan sesekali balas kalau orang buat salah silap dengan kita.Itu kuasa Allah.Selamat hari raya ,ayah'' Kata Ana.
Ayah telah menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan keadaan tenang.
 
 
********************************************************************************
 
 
Ana membuka telefon bimbitnya,lalu membuka massage yang diberi oleh Ana pagi tadi..
 
 
'Along,ayah dah meninggal'
 
 
Ana terkejut,dan memecut kenderaan ke kampung.Dengan keadaan kerungsingan syarikat AnitaMalysiansHoldings bankrupt ditambah dengan ayah nya dah meninggal,baru lah di sedar betapa besarnya balasan kepadanya.
 
 
******************************************************************************
 
 
Sdang pak imam membaca yassin,Anita berlari ke kubur ayahnya.
''Ayah !!!! Ampunkan dosa along ayah.Maafkan along ayah.Along berdosa.'' Rayu Anita.
''Dah lah along.Ayah dah tak ada'' Kat Ana.
Anita terus menangis dan menangis sehingga habis bacaan yassin.Waklaupun dah dinasihat oleh Ana bahawa tak baik tangisi orang yan dah mati,namun Anita terus menangis.
 
 
*********************************************************************************
 
 
Sebulan kemudian...
Ana pergi ke hospital bahagia bersama bakal suami nya tak lama lagi iaitu Aris untuk melawat alongnya.Selepas syarikat nya bankrupt,ayah meninggal dalam keadaan Anita diselubungi dosa dan suami dan anak-anak tinggalkan nya tanpa berita,Anita menjadi tak keruan.Setelah beberapa minggu,sikap Anita mulai mengganas.Ini lah balasannya kepada anak yang derhaka kepada IBU BAPA.
 
 
Pulanglah berjumpa mereka jika mereka masih ada.
 
 
*SEKIAN*


4 comments :

Unknown said...

good job!sedih cerpen ni..huhu

lia said...

i like..sdih sgt

iamcikmisi said...

terbaek cerpen.. sedih2 =(..

btw jom join segmen .. hadiah2 pom mnarix, smbil2 tmbah knalan blogger =)

http://www.coretancikmisi.com/2012/08/assalamualaikumjom-relax-sebentar_23.html

Secret Garden said...

suka baca. sedih! :'(

BAGUS! TERUSKAN USAHA ANDA!