Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
Genap dua tahun Anis Shuhada berhubungan dengan kekasih matinya Amirul Irman.Pelbagai pancaroba yang telah dilalui mereka.Tetapi tidak sehebat pancaroba yang akan dilalui mereka nanti.Ibu bapa mereka langsung tidak tahu mereka berhubungan.Kalaulah mereka tahu,pasti hubungan mereka pecah berderai bagai kaca yang dihempas.Semenjak kehadiran Trisya Sahara,hubungan mereka memberontak.Kenapa ini terjadi ?
**********************************************************************************
''Hai sayang.''
''Eh,hai awak.'' Balas Anis setelah disapa oleh Amirul.
''Esok genap kan dua tahun kita couple ?'' Tanya Amirul.
''Yup ! Tak sangka awak masih setia lagi dengan saya.'' Balas Anis.
Amirul kelihatan ketawa kecil. ''Mestilah saya setia dengan awak.Kan awak tercipta untuk saya.Tak kan saya nak biarkan awak dengan lelaki lain.'' Kata Amirul kembali. ''Awak,esok kita celebrate dekat luar nak ? Pleasee.Saya tak pernah date dengan awak dekat luar.Kalau ada pun,dua tiga empat kali je kan ?'' Sambung Amirul sekali.
''Hah ? Ermm....Tapii.....'' Anis mengaru kepalanya yang tidak gatal.
''No tapi tapi.Kita mesti celebrate esok.TITIK ! okey sayang.Okeyh.Saya balik dulu.Nanti kalau ada masa saya call awak.
'Kalau ada masa ? Lain je bunyi ayat awak.' Kata Anis dalam hati.Anis mengeluh berat.
*********************************************************************************
Anis telah dihantar oleh bapanya ke sekolah.Anis menipu bapanya yang kononnya sekolah mengadakan kelas tambahan untuk skor A SPM matapelajaran Sejarah.Setelah beberapa minit kemudian,Amirul sampai dengan menaiki motor.
''Hai sayang.''
Anis rasa bersalah pula.Sudah banyak kali dia membohongi ibu bapa nya.Sampaikan sapaan Amirul hanya dibalas dengan senyuman.
''Kenapa ni ? Takut erk ? Allaa.Bukannya hari-hari kita date kat luar.Dah jom.''Kata Amirul sambil menghulurkan topi keledar pada Anis.
*** ''Awak,kita kat mana ni ? '' Tanya Anis.Kenapa Amirul membawanya ke jalan yang sunyi.Seperti jalan belakang sebuah bangunan.Anis tidak dapat mengecam tempat itu.
''Okeyh.Sebelum tu,saya nak awak tutup mata.'' Kata Amirul
''Hah ?Awak nak ajak saya pergi mana ni ?''
''Allaa.Awak ikut saya okeyh.
Setelah sampai ke suatu tempat,Anis merasakan tempat itu nyaman sekali.Setelah disuruh Amirul membuka matanya.......
''Tarrrraaaaa....'' Kata Amirul.
''Ya Allah.'' Kata Anis dengan terkejut.
Amirul telah membawa Anis ke restoran yang agak mewah dari kebiasaanya.Tapi yang paling terkejutnya,setiap pelayan duduk di posisi masing-masing sambil memegang alat muzik masing-masing.
Amirul menghampiri pelayan yang sudah bersedia untuk memainkan muzik.Apa kejutan yang disediakan oleh kekasih Anis ? Tiba-tiba piano dimainkan oleh seorang pelayan.
''Menatap indahnya senyuman diwajahmu,membuatku terdiam dan terpaku.'' Nyanyi Amirul.
'Ini lagu fevourite aku dengan Amirul.Amirul tak habis-habis nanyi kan lagu ni kat aku kalau aku merajuk.Amirul,thanks a alot.' Bicara hati Anis.
Setelah menyanyikan lagu Tercipta Untukku yang dinyanyikan oleh kumpulan Unggu,Amirul menghadiahkan Anis sekuntum bunga ros merah serta teddy bear kecil yang comel.
''I love you sayang.'' Ucap Amirul.
''I love you too.'' Balas Anis.
''Terima kasih kerana sudi menjadi kekasih saya.Awak sorang je yang setia dengan saya.Walau awak bukan yang pertama,tapi saya janji awak yang terakhir.'' Kata Amirul mengharukan hati Anis.
''Terima kasih kembali kerana setia dengan saya sama.Walau awak tak handsome macam Brad Pitt,awak tak kaya macam Datuk Yusuff Haslam,tapi saya tak pandang semua tu.Awak yang tersatu.'' Balas Anis kembali.
Mereka makan di restoran yang berbeza dari biasa.Selalunya,Amirul akan mengajak Anis ke restoran biasa sahaja.Hasil titik peluh Amirul kerja part time petang dan malam hanya untuk Anis.
*********************************************************************************
Hari ini,ada pelajar perempuan baru masuk ke sekolah SMK Rapat Indah.Dan paling hangat lagi,ramai orang kata perempuan tu cantik,comel.Anis berasa pelik kerana kelas Amirul sudah penuh.Tapi kenapa cikgu masukkan budak baru itu ke situ sedangkan keputusannya tidak sebaik keputusan pelajar dalam kelas itu.
*** ''Beb ! Kau tengok budak baru tu.Comel kot.Kau tak terasa tergugat ke.Tambah-tambah dia masuk kelas Mirul.Kau jaga-jaga weyh.Nanti dia curi senyap-senyap Mirul dari kau,mampus kau.'' Kata Fiza pada Anis sambil menunjuk budak baru yang baru sahaja lalu dihadapan mereka.
''HAHA.Tak adanya.Amirul cinta mati kat aku weyh.Dan ! Jangan harap dia boleh rampas Amirul dari aku.'' Kata Anis kembali.Fiza hanya menjeling tajam pada Anis.
'kau tengoklah nanti.HAHA' Bicara hati Fiza.
*********************************************************************************
''Hai,nama awak Amirul Irman kan ? '' Tanya seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di depan Amirul ketika dia sedang menelaah pelajaran di kelas.
''Yup.Kenapa ?''
''Wow...Handsome jugak erk you.Kenalkan,I Trisya.Trisya Sahara.Just call me Trisya.'' Trisya menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan Amirul.Tapi,Amirul hanya senyum dan tidak menyambut huluran salamnya.Trisya hanya menjeling ke arahnya.
''Ouh.Sorry.I lupa.You kan pasangan couple yang ter-Hot kat sekolah ni kan.Mana boleh salam dengan perempuan lain.Nanti timbul kontreversi pulak kan ? Habis lah I kena serang dengan Anisss Syuhada.''
Amirul memandang Trisya.Ayat Trisya seakan-akan memerlinya.Di mana dia tahu yang Amirul couple dengan Anis ? Baru sehari dia bersekolah di sini.Tak kan berita cepat tersebar ?
*********************************************************************************
Hari ini hari lahir Amirul yang ke-17.Anis sudah menyediakan hadiah special untuk nya.
''Bila kau nak bagi hadiah ni kat Mirul ? '' Tanya Fiza.
''Masa rehat.Kau teman aku erk.Malu lah.'' Kata Anis sambil tersenyum malu.
''Alaaa.Aku ada hal.Sorry erk.Cikgu Azlina suruh dia key in buku dekat Pusat Sumber.'' Kata Fiza kembali.
''Ouh.It's okey.Aku pergi sorang.''
*********************************************************************************
Anis menghampiri Amirul yang sedang menunggunnya di dewan.Dari jauh,Amirul sudah tersenyum melihat Anis.Anis menyorok hadiah yang hendak di bagi di bahagian belakangnya.
''Hai sayang,Happy Birthday too you.'' Kata Anis sambil menghulurkan sebuah kotak hadiah yang di balut kemas.
''Hai sayang.Wahhaa.Thank you so much.Cium sikit.'' Kata Amirul sambil memuncungkan bibirnya.
''Ehee.mana boleh lah.'' Kata Anis dalam keadaan malu malu kucing.
''HAHA.Okeyh.Nanti lepas kawin dengan awak saya nak ciumm...'' Kata Amirul tergantung di situ apabila Trisya meyapanya.
''You,Happy blated birthday to youu.This is for you.'' Ucap Trisya sambil menghulurkan kotak hadiah pada Amirul.
''Ouh,thanks.'' Balas Amirul.
''You kata nak ciumk sapa tadi ? Ciumm I erk ? HEHE '' Kata Trisya sengaja menyakitkan hati Anis yang berada di sebelahnya. Belum sempat Amirul menjawab,Trisya menyambungnya semula.
''Hey ! Euuu.Hadiah dari sapa ni ? Besarnya kotak.HAHA.Mirul,you nak tahu tak,kalau hadiah yang selalunya besar-besar,mestii harga dia murah.Kalau hadiah yang kecil macam I ni,mahal tau.'' Sambung nya lagi.
''Ini dari Anis.Mahal ke murah ke,aku tetap terima sebab dia kekasih hati aku.'' Kata Amirul.
'Aku ? ' Bicara hati Trisya.Trisya menjeling.
''Hemmh.Entah dia ikhlas ke tak kasi kat you.Selalu nya perempuan macam dia ni,selalu ambil kesempatan atas you yang baik ni tau.'' Kata Trisya yang sememangnya melampau.
''Hoi,kau agak-agak lah sikit nak cakap tu.Mulut kau ni jenis apa hah ? Tempayan tak bermaruah.Kau kata aku nak ambil kesempatan atas dia ? Hey,tolonglah.Dari aku ambil kesempatan atas dia,baik aku ambil kesempatan hal lain.Mulut harpak ! '' Kata Anis dengan lantang.Semua yang ada di situ melihat kejadian itu.
''Anis,sudah lah.'' Kata Amirul untuk menenenangkan Anis.
''Sudah apa ? Awak pon sama kan ? Kenapa nak bela dia ? Apa ? Mentang-mentang lah dia cantik.Ke awak mesti dah bosan kan dengan saya ! Sampai nak balas massage nak angkat call saya pon berat.Awak ingat saya diam,saya suka ke perbuatan awak ?! '' Jerkah Anis kembali.
''Hoi ! Kau ingat kau bagus sangat lah tengkin aku macam tu ? Sumpah malu gila dapat girlfriend macam kau.Dah ada aku,kau pergi menggatai dengan lelaki sekelas kau tu apa ? Ingat aku tak tahu.Belah lah.'' Amirul mencampakkan hadiah pemberian Anis kepada Anis.Hanya di dalam gengaman nya ialah hadiah Trisya.Trisya tersenyum sinis ke arah Anis.
Setelah kejadian itu,Anis langsung tidak mahu berjumpa dengan Amirul.Segala kejadian tadi,hanya diluahkan kepada Fiza rakannya.
**********************************************************************************
''Bro,kau sanggup marah Anis sebab nak bela si Trisya tu ? Kesian Anis weyh.Dia sanggup buat apa demi kau,tapi kau ? Marah dia macam tu.Malu dia bro maluu..'' Kata Aiman kawan Amirul.
''Dah aku cakap elok-elok tak nak dengar.Padan lah muka dia.'' Kata Amirul kembali.
''Weyh,dalam banyak-banyak awek yang kau pernah couple sebelum ni,ada yang setia dengan kau nak dekat 2 tahun ? Paling lama 5 bulan kan ? Diorang selalu tengking kau,tapi kau tak kesah pon.Tapi kenapa kalau Anis tengking kau baru sekali,kau naik angin ? Maknanya Anis setia dengan kau sebab dia sayang kau.Kau tak sedar ke ? Daripada perempuan lain,hanya ambil kesempatan atas kau jer.'' Terang Aiman.
''Pergi mampus lah.Ada aku kesah.''
''Okey.Aku harap kau dapat pembalasan suatu hari nanti sebab kau dah sakiti cinta hati perempuan.'' Kata Aiman sambil berlalu pergi.
*********************************************************************************
'Betul juga kata Aiman erk.Mungkin aku yang salah.Aku tak patut marah Anis sampai macam tu sekali.' Bicara hati Amirul di perhentian bas sekolah.
Sedang asyik memikirkan hal tadi,tiba-tiba Fiza datang menghampiri Amirul.
''Eh Fiza.Kenapa ? '' Tanya Amirul.
''Ermm.Dengar cerita dari Anis,tadi kau marah-marah dia sebab dia marah Trisya ? Dia cakap lagi,kau sengaja bela dia sebab kau dah jatuh cinta dengan dia ? Betul ke ? '' Tanya Fiza.
''Aku jatuh cinta dengan Trisya ? Memang tak lah ? Dia lah pemusnah hubungan aku dengan Anis.Aku tersilap langkah.Sepatutnya aku tak boleh marah Anis depan orang.Tambah lagi depan Trisya.''
''Kenapa kau cakap macam tu ? Maksud aku,kenapa kau tak sepatutnya marah Anis depan Trisya ?'' Tanya Fiza.
''Yer lah,kau tahu kan,Anis memang tak suka Trisya.Sebab tu dia marah Trisya tadi sebab bagi present kat aku.Anis pernah bagi tahu,yang Trisya ada jumpa dia kelmarin tak salah aku.Dia cakap,jangan ganggu aku lagi.Sebab dia dah suka aku.Macam bodoh kan ?'' Kata Amirul.
''Ouh.Apa yang Trisya bagi kat kau ? '' Tanya Fiza.
''Jam.Jam tangan.'' Balas Amirul.
''Ouh.Mesti cantik kan ?! At least lebih mahal dari hadiah Anis kan ? Okey lah,aku pergi dulu.Mak aku dah sampai.'' Kata Fiza.
''Fiza ! Nanti kau tolong pujuk Anis untuk aku.Aku menyesal sangat-sangat ni.''
Fiza diam dan berlalu pergi.
**********************************************************************************
Sudah berkali-kali Amirul cuba untuk menawan hati Anis yang sudah terluka.Sudah beribu kemaafan dipinta dari Anis.Namun,hati Anis sukar dibendung dengan kata-kata.Mungkin,dengan datang ke rumahnya,jalan yang terbaik untuk Amirul.
''Kenapa datang rumah orang ni ? Parents tahu karang mati lah.Pergi lah balik.'' Rayu Anis dalam keadaan yang cemas di bawah sepohon pokok yang hanya beberapa tapak sahaja dari rumahnya.
''Saya tak kan balik sampai awak maaf kan saya.''
''Lantak awak lah.'' Anis berlalu masuk ke dalam rumahnya.
*** Seperti yang dikatakan oleh Amirul,dia menunggu Anis di bawah pohon yang rendang tadi.Anis tidak tahu tentang kewujudannya di depan rumah.Sangkaan Anis,Amirul hanya bercanda.Walaupun hujan disebelah malamnya,tak makan,tak minum namun dia tetap bertahan demi menagih kemaafan Anis
*** Keesokan harinya,ketika Anis hendak menjemur kain di luar,Anis kelihatan motor Amirul di bawah pokok yang sama seperti semalam.Anis berlari-lari anak mendapatkan Amirul.
''Awak ?'' Sapa Anis.Amirul hanya mampu tersenyum sahaja.
''Awak tunggu saya dari semalam ? Awak gila ke apa ?'' Kata Anis kepada Amirul.
''Kan saya kata,saya akan tunggu sampai awak maafkan saya.Anis,saya sayang awak.Tak kan awak tak sudi maafkan saya.Saya janji,saya tak kan buat lagi.'' Kata Amirul kembali.
Anis kelihatannya berfikir sejenak dan kemudiannya bersuara. '' Okeyh ! Saya maafkan awak.Sekarang,awak balik,awak makan,awak minum.Saya tak nak awak sakit.Please.'' Kata Anis.
Amirul tersenyum melihatnya.Amirul menhidupkan enjin motornya dan berlalu pergi.
''I love you.'' Ucap Amirul.Anis hanya tersenyum manis.Mungkin ini dinamakan sayang dan sanggup berkorban apa sahaja.
***********************************************************************************
Hari ini,Anis dengan Amirul akan mengadakan study group di restoran KFC.Nasib ibu bapa Anis kasi.
*** ''Assalamualaikum....Aniss..'' Ucap Fiza di depan rumah Anis.
''Waalaikumussalam..Eh Fiza..Tak study dengan Anis sekali ke ? Anis cakap dia nak study dengan kamu.'' Tanya ibu kepada Anis.
'' Eh.Dia kata suruh saya datang rumah,buat study group kat rumah dia jaa.Ouh,saya lupa.Anis pergi KFC dengan Mirul.Haa.Ops ! '' Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya.
''Apa kamu cakap tadi ? Mak cik tak dengar.....''
''Tak ada apa apa..''
''Kamu cakap ! Sekarang Anis ada kat mana ? Dia bohong mak cik kan ? ''
''Yaaa..ehh..''
''Ikut mak cik.Bagi tahu dia dekat mana.Sekarang !'' Fiza menurut sahaja langkah ibu Anis memasuki ke dalam perut kereta ibu Anis.Siapa tak kenal ibu kepada Anis.Garang macam singa.
*** ''Tu mak cik,Anis.Lelaki sebelah dia tu Amirul.Diorang dah lama dah berhubungan mak cik.Kalau sebelum ni Anis selalu cakap dia pergi study ke,kelas tambahan ke,sebenarnya Anis tipu mak cik.Dia pergi jumpa Amirul.'' Kata Fiza menghangatkan lagi hati ibu Anis.
Kedudukan mereka dari Anis agak jauh dan menyebabkan Anis tidak sedar kehadiran Fiza dan ibunya.
''Ouh,Mak cik tahu lah nak ajar dia nanti.Dah.Jom balik.''
**********************************************************************************
Di rumah,ibu Anis telah menunggu kepulangan Anis di ruang tamu.Di sebelahnya sudah tersedia rotan panjang yang akan melekat di tubuh Anis.
Setelah Anis memberi salam,Anis mendapatkan ibunya untuk bersalam.Namun,tidak disambut oleh ibunya.
''Kau dari mana ?'' Tanya ibunya.
''Dari sekolah lah ibu.Kenapa ?''
''Siapa hantar kau balik tadi ? '' Tanya ibunya kembali.
''Naik teksi.''
''Ouh naik teksi.Kenapa teksi tu parking jauh-jauh sampai kau kena sampai rumah ni jalan kaki ?''
Anis diam.Dia tahu,tembelangnya sudah pecah.Tapi dia tidak tahu siapa yang memecahkannya.
''Kau sini ! Aku dah cakap,pergi sekolah belajar.Bukan berpacaran.Kau ingat,dengan berhubungan tu dapat pahala ke hah ?! '' Pusshh ! Ibu Anis menampar muka Anis.
Dengan keadaan geram,ibu Anis memukul Anis dengan rotan yang memang dah disediakan.Anis menangis kesakitan.''Sakit ibu..Sakitt..'' Itu lah yang mampu Anis kata.Setelah keadaan reda,ibu Anis terduduk kesal.
''Ibu suruh kamu belajar.Bukan berhubungan.Susah sangat ke arahan ibu ? Kenapa kamu dok layan jantan ? Kau tahu kan,jangka hayat kau tak panjang ? Kenapa kau cari dosa ? Kenapa kau cari dosa ?! '' Kata ibu Anis dalam keadaan teresak-esak kerana menangis.
''Ibu,Anis tahu Anis tak kan hidup lama lagi.Dan memang tak lama lagi Anis akan mati.Anis teringin nak hidup bersama orang yang Anis cintai ibu.Anis nak merasa sebelum Anis tutup mata.''
''Menjawab ! Jadi,kau lebih pentingkan lelaki tu dari pahala,pembelajaran kau ? Baiklah ! Ibu tak kan benarkan kamu keluar rumah lagi.Lepas sekolah,balik terus rumah.Ibu akan ambil kamu.Ibu nak kau putuskan hubungan kau dengan jantan tu.Bak sini handphone kamu ! '' Kata ibu Anis sambil mengambil beg sandang Anis untuk mengambil telefon bimbitnya dan berlalu pergi naiki ke tingkat atas.
Anis menangis di dalam biliknya.Selera makan dan minum Anis hilang.Keesokannya,ibunya langsung tidak bercakap dengan Anis.Segala yang terjadi,sudah diceritakan kepada abah.Sangkanya abah nya akan menolonginya,tapi abahnya seperti menyokong perbuatan ibunya.
**********************************************************************************
Masa rehat,Anis terpaksa berjumpa dengan Amirul untuk menyatakan segalanya.Tapi Amirul tidak hadir ke sekolah hari ini.Anis pun tidak tahu kenapa.
*** Sewaktu pulang dari sekolah,Anis menunggu ibunya di sebuah pohon rendang yang disediakan meja dan kerusi.Sedang Anis termenung mengenangkan nasibnya,Aiman kawan Amirul menegurnya.
''Kenapa ni Anis ?'' Tanya Aiman.
''Tak ada apa.''
''Allaa.Aku tahu kau ada masalah.Cerita je lah.Aku pun kawan kau juga.'' Kata Aiman.
Dalam keadaan ingin meluahkan sesuatu,Anis terpaksa menceritakan segalanya kepada Aiman.Mungkin bebannya akan hilang di kala itu.
*** Fiza lalu di perhentian bas.Tiba-tiba Fiza disapa satu suara.
''Eh ! Mirul.Apa kau buat kat sini.Kau kan tak datang sekolah tadi kan.Ponteng !'' Kata Fiza.
''HEHE.Diam-diam sudah.Anis mana ?''
''Anis ? '' Fiza tersenyum.
''Anis dekat pokok sana.Dengan Aiman.Jom jumpa dia.'' Fiza menarik tangan Amirul untuk ke pohon itu.
'' Tu hah Anis....Ops ! Tak sangka diorang ada hubungan sulit'' Kata Fiza.
Amirul terkejut melihat Aiman sedang meminjamkan bahunya kepada Anis.Amirul tidak menyangka Anis begitu.Amirul berlalu pergi menyerang mereka.Fiza mengikutinya.
''Woi ! Aku tak sangka yang kawan baik aku sendiri ada affair dengan girlfriend aku.Apa jenis kawan ni ?!'' Jerkah Amirul.
Aiman dan Anis bagai dilanda ribut taufan yang secara tiba-tiba.
''Awak salah faham ni.Aiman dengan saya mana ada affair.''
''Diam lah.Kau dengan pompuan lain sama jer.Kau ! Kawan yang tak guna.Aku ingat,nasihat kau selama ni,kau nak bantu aku.Tapi ada udang di sebalik batu.Anis,aku rasa hubungan kita setakat ni sahaja.Aku dah bosan hidup dengan kau'' Amirul berlalu pergi dan membaling sejambak bunga ke arah Anis.Anis mengambilnya dan membaca sehelai kad yang tertulis, 'happy birthday sayang.Harap cinta kita,kekal sampai syurga.Sebab awak memang tercipta untukku.'
**********************************************************************************
Semenjak kejadian itu,Amirul dan Aiman putus sahabat.Anis dan Amirul tidak mahu bertemu antara satu sama lain.
*** Kini tibanya debaran peperiksaan SPM .Hanya beberapa hari sahaja Anis menduduki SPM di sekolah itu.Selepas itu,Anis terpaksa ke hospital kerana penyakitnya kian tenat.
*** Sampai hari akhir peperiksaan SPM,baru Amirul perasan yang Anis sudah lama tak menduduki peperiksaan SPM.Sudah puas Amirul bertanyakan Fiza.Namun,Fiza tak tahu.
Sedang Amirul berborak dengan rakannya,Trisya datang memanggilnya untuk bicara secara pribadi.
''Kau nak apa ? Tak puas lagi nak hancurkan hubungan aku dengan Anis ?'' Kata Amirul kepada Trisya.
''Bukan aku yang hancurkan hubungan kau !'' Kata Trisya.
''Habis tu,kalau bukan kau siapa ?''
'' Fiza ! '' Balas Trisya.
''HAHAHAHA.Gila ke kau ? Tak kan lah si Fiza yang baik gila dengan aku dan Anis tu sanggup khianati kitaorang.'' Amirul sambung ketawanya.
''Ouh,kalau kau boleh caya yang Aiman khianati kau,kenapa kau tak caya yang Fiza khianati Anis ?''
Amirul berfikir sejenak.Hendak percaya atau tak menyelubungi fikirannya.
''Aku rapat dengan kau sejak aku masuk sekolah ni sebab Fiza yang suruh.Kau tahu tak ? Hidup aku susah.Aku perlukan duit.Fiza sanggup upah aku kalau aku sanggup bersekongkol dengan dia menghancurkan relationship korang.Segala perbelanjaan,dia yang support.Aku dapat masuk kelas dengan kau pun,sebab dia yang pujuk rayu cikgu suruh aku masuk kelas dengan kau walaupun kelas tu memang tak sesuai dengan aku.'' Terang Trisya panjang lebar..
''Berapa dia bayar kau ? '' Tanya Amirul.
''Seratus sebulan.''
''Kenapa kau sanggup buat aku macam ni ? Kau tahu kan aku dengan Anis memang tak boleh dipisahkan.Tapi,masa Anis dengan Aiman tuu......''
''Masa tu,Aiman terperangkap dengan Fiza.Fiza suruh Aiman jumpa Anis.Bukan salah Anis.Anis nak sangat jumpa kau time kau tak datang sekolah tu untuk beritahu kau,yang parents dia dah dapat tahu yang korang berhubungan.Fiza yang bocorkan rahsia tu.''
''Kenapa Fiza sanggup buat macam tu ?''
''Fiza cemburu dengan korang.Sumpah Amirul,kalau bukan kerana wang,aku tak kan buat benda ni.'' Kata Trisya.
''Kau tahu Anis kat mana ?''
Trisya terkejut mendengar pertanyaan Amirul.Rasa serba salah menyelubungi dirinya.
''Anis,aniss,anisss kat hospital.Dia sakit lukeimia.'' Tergagap-gagap Trisya menjawabnya.
''Apa ? Kenapa Anis tak pernah bagi tahu aku ?''
'' Anis tak nak susahkan kau.Aku dapat tahu dari Fiza selepas aku dapati yang Anis tak datang ambil periksa beberapa hari ni.Aku rasa serba salah sangat khianati cinta abadi kau dengan Anis.Maafkan aku.'' Amirul terkejut dengan apa yang terjadi.Amirul rasa bersalah sangat pada Anis.
''Bukan kau yang salah Trisya.Aku nak jumpa Anis,kau nak ikut ?'' Pelawa Amirul.
''Boleh.Aku nak jumpa Anis.Aku nak minta maaf dengan dia''
**********************************************************************************
Di hospital Seri Bangsar...
''Kak,boleh saya tanya ada tak pesakit nama Anis Syuhada ?''Tanya Trisya kepada jururawat di kaunter pertanyaan.
''Sekejap ye dik.'' Kata jururawat itu.Sambil menyemak data nama pesakit di hospital. ''Anis Syuhada baru je keluar dari hospital.'' Kata juruwat itu lagi.
''Hah ? Kalau macam tu tak apa lah..Terima kasih.'' Kata Trisya dalam keadaan kesal.
*** ''Amirul,Anis maybe ada kat rumah.Nurse tu kata dia dah check out dari hospital.'' Kata Trisya kepada Amirul.
''Nak pergi rumah dia ke tak ? '' Tanya Amirul.
''Aku ikot kau.Tapi lebih baik kita pergi sebelum terlambat.'' Balas Trisya.
Amirul mengangguk.Mereka terus beredar menaiki motor untuk ke rumah Anis.
**********************************************************************************
''Assalamualaikum..'' Ucap Trisya.Telah berkali-kali Trisya memberi salam,barulah tuan rumahnya muncul.
''Waalakumussalam.Ya cari siapa ? '' Tanya seorang wanita.
''Cari Anis Syuhada.Dia ada ?'' Balas Trisya kembali.
''Anis Syuhada yaa ? Enggak kenal dong saya.Setahu saya,di rumah ini enggak ada yang namanya Anis Syuhada.'' Kata wanita itu.Indon rupa nya wanita itu.
''Bik,siapa tu ?'' Tanya seorang wanita yang baru keluar rumah.
''Ini buk.Dia cari orang yang namanya Anik Syada yaa ?'' Tanya bibik itu sambil memandang Trisya.
''Eh bukan,Anis Syuhada.'' Jawab Trisya.
''Ouh..Kamu siapa kawan Anis?'' Tanya wanita itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Trisya.
''Ha'ah kawan Anis.Saya Trisya yang ini pula Amirul.'' Balas Trisya sambil menyambut tangan untuk bersalam dengan wanita itu.Amirul juga turut mekakukan hal yang sama.
''Ouh.Nama aunty,aunty Lia.Aunty ni mak sedara kepada Anis.Eh,mari masuk.Tak elok bersembang dekat luar ni.''Pelawa aunty Lia.
*** ''Sebenarnya,Anis pergi Australia buat rawatan lukeimia dekat sana.Aunty yang jaga rumah ni.Kamu berdua tak tahu ke ?'' Tanya aunty Lia.
''Tak.Anis tak bagi tahu apa-apa pun.'' Kalau dari tadi Amirul hanya memilih mendiamkan diri,kini Amirul bersuara kerana terkejut mendengar Anis menjalani rawatan di Australia.
''Haa.Aunty lupa.Anis ada kirim sesuatu dekat Amirul.Nama Amirul,Amirul Irman kan ? Jap aunty pergi ambil barang tu.'' Kata aunty itu sambil berlalu ke tingkat atas.
Setelah beberapa minit,aunty Lia turun bersama kotak yang pernah dilihat oleh Amirul sebelum ini.
''Ini.Anis kirim kat kamu sebelum ke Australia.'' Kata aunty Lia.
''Ouh.Kalau macam tu,kami balik dulu lah aunty.Terima kasih ye aunty.
Sebelum beredar,Trisya dan Amirul bersalam dengan aunty Lia.Sebelum Amirul beredar aunty Lia berpesan sesuatu pada Amirul.
''Amirul,Anis banyak cerita pasal kamu kat aunty.Percayalah Amirul,kalau Tuhan dah jadikan macam tu,macam tu lah jadinya.''
Pesan aunty Lia terngiang-ngiang di telinga Amirul.
*********************************************************************************
''Apa makna kata aunty lia tadi tu haa..'' Bicara Amirul seorang diri di kamarnya. ''Lupa ! Hadiah tu.'' Baru Amirul teringat yang dia mendapat sesuatu dari Anis yang dikirimkan ke aunty Lia.
''Ini kan kotak hadiah yang Anis nak bagi aku time birthday aku hari itu.'' Peristiwa yang lalu berlegar-legar di kotak fikiran nya.
Amirul mencampakkan kotak hadiah Anis semasa Anis menyalahkan dia kerana membela Trisya.Masa tu Amirul bengang kerana hal yang tak perlu Anis ungkit,diungkit oleh Anis.
Amirul membuka kotak hadiah tersebut.Hadiah di dalam itu ialah songkok berwarna hitam.Warna hitam ialah warna kegemaran Amirul sejak kecil.Sehelai sejadah juga dijadikan hadiah untuk Amirul.Amirul rasa bersalah kerana mencampakkan hadiah ini pada Anis tempoh hari.Amirul mengambil surat yang dilipat kemas dalam kotak itu.Dan di baca isinya.
Assalamualaikum awak,
Selamat Hari Lahir yang ke-17.Saya harap umur awak panjang dan dimurahkan rezeki selalu.Dan saya harap sangat hubungan antara kita kekal.Awak,sebenarnya surat ini baru saya tulis.Surat yang memang dah tersedia masa hari lahir awak saya tukar dengan surat ini.Awak,saya tak berniat nak menyakitkan hati awak.Hari tu,bukan Aiman yang salah.Saya yang salah.Sebab saya tak sedar yang saya telah meminjam bahu orang lain.Masa Aiman mendengar dan memujuk saya masa saya sedih,saya rasa macam awak yang ada disebelah saya.Sumpah,bukan niat saya untuk melakukan semua itu.Saya minta maaf buat kali terakhir nafas saya.Awak,saya tak pernah rapat dengan lelaki sekelas saya.Kalau bercakap dengan mereka pun hanya sekejap.Itupun pasal pelajaran.Saya tak pernah tipu awak.Dan saya memang tak nak tipu awak.Bunga yang awak beri masa hari lahir saya,masih saya simpan walaupun awak bagi cara yang tidak sopan.Terima kasih.Saya ingin memohon berjuta kemaafan kepada awak.Beritahu Trisya yang dia tidak salah dalam hal ini.Dan saya sudah maafkan kesalahan awak dan Fiza.Salam terakhir saya.Jika awak tercipta untuk saya,maka awak akan tercipta lah untuk saya sampai syurga.Carilah jawapan bagi persengketaan kita ini Amirul.Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah.
Salam sayang Anis Syuhada.
Amirul menitiskan air matanya.Rasa serba salah menyelubungi diri.Tapi apa maksud tersirat di sebalik surat ini ?
''Awak,saya akan cari jawapan persengketaan ini.'' Bicara Amirul dengan semangat.
*********************************************************************************
Sudah berkali-kali Amirul menelefon Anis,sudah berpuluh-puluh massage dihantar pada Anis.Namun,tidak diangkat dan tidak dibalas massage tersebut
'Kalau apa yang terjadi pada Anis,aku takkan maafkan diri aku sendiri.' Bicara hati Amirul.
.Mungkin ini balasan orang yang selalu serkap jarang dan percaya pada orang lain lebih dari orang yang selalu berada disisi nya.
*********************************************************************************
Amirul melihat Fiza sedang lepak dengan sekumpulan lelaki di restoran.Lagaknya seperti liar.Amirul terus menghampiri Fiza dan menarik lengan Fiza untuk berbicara.
''Fiza ! Khianat kau ! Apasal kau sanggup buat aku dengan Anis macam ni ? Kau gila ke ? Anis kan kawan baik kau.Kau tahu tak,Anis dah banyak tolong kau.''
''Ouh..Kau dah tahu dah segala-galanya ? HAHA.Siapa bagi tahu ? Trisya Bangsat tu ? Hermmhh..''
''Tak baik cakap dia macam tu.Kau tahu tak,memfitnah seseorang itu lebih besar dosanya dari membunuh.Kau tu kawan Anis.Kan dia dah banyak berkorban demi kau.Kenapa kau sanggup buat dia macam ni ?!''
''Apa kau cakap ? Dia berkoran untuk aku ? Wow ! Memang hujan lebat lah kalau dia berkorban untuk aku.HAHA.Kau tahu,dia sanggup berkorban apa sahaja dekat kau ? Kau yang bodoh.Kau tak nampak pengorbanan dia kan ? Jadi,kau nak salahkan aku ? Aku benci tengok kebahagiaan korang.Kenapa dengan kau Anis sanggup berkoranban,tapi dengan aku Anis langsung tak peduli ? ''
''Asal kau cakap macam tu ?''
''Kau tak tahu Amirul.Aku kawan dengan Anis sejak aku 5 tahun lagi.Kita orang sentiasa bersama.Disebabkan satu peristiwa,aku mulai dendam dengan dia.'' Kata Fiza sambil berpeluk tubuh.
''Peristiwa ? Peristiwa apa ?'' Tanya Amirul.
'' Masa aku tingkatan 2,kitaorang kena kejar dengan sekumpulan lelaki.Masa tu aku dengan Anis jalan-jalan dekat pekan.Kitaorang lari sekuat hatinya.Malangnya,aku jatuh.Anis selamatkan diri dia sorang je.Kau tahu tak,berkali-kali aku jerit suruh dia tolong,tapi....jangan harap lah dia nak tolong aku.Masa tu juga,aku dirogol oleh sekumpulan lelaki tu.Kau tahu tak,disebabkan dia aku hilang dara.Disebabkan dia aku dan keluarga aku berpisah.Disebabkan dia,maruah aku tercalar.Sampai sekarang aku berdendam dengan dia.Sampai sekarang ! '' Terang Fiza.
''Kau tahu kan Anis sakit lukeimia ? Kenapa kau nak balas dendam dekat dia ? '' Tanya Amirul.
''Aku tak boleh tengok dia hidup senang dalam saat akhir dia.Walaupun jangka hayat dia tak panjang.'' Fiza berlalu pergi meningalkan Amirul seorang diri.
Kini,baru Amirul tahu,kenapa Fiza melakukan begitu terhadap Anis.
*********************************************************************************
Di Australia..........
Sewaktu di tepi pantai Anis menunggu saat terbenam nya matahari,Anis termenung merindui orang yang di cintai sambil memegang sejambak bunga yang diberi oleh Amirul sewaktu hari lahirnya.
'Amirul,mungkin ini kali terakhir aku mengingati kau di atas bumi.Aku doakan kau,bahagia bersama perempuan yang lebih baik dan sempurna dari aku.Saya tunggu awak di SANA.Selamat tinggal sayang.' Bicara hati Anis.
Ani terbaring di atas pasir persisiran pantai tersebut.Dalam beberapa minit mata Anis tertutup mengikut masa terbenamnya matahari.
''Anis !! Anisss..''Panggil ibunya sambil megoncangkan tubuh Anis.
Abah kepada Anis merasakan nadi Anis yang telah pun berhenti berdenyut.
''Inalillahhiwaillahiroji'un.'' Ucap ayah Anis.
**********************************************************************************
Kringgg kringgg...
''Hello.'' Jawab Fiza.
''Beb ! Kau kat mana ? Sini arr cepat.Ada barang baru ni haaa.'' Kata rakan Fiza di dalam telefon.
''Kejap lah,nanti aku sampai.Lek lu.Kau ni kelam arr.Kalau ada barang baru.......''
Piiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn !!!!!!!! Deboom.Tubuh kecil Fiza melayang ke udara dengan darah yang terpecik.Fiza seperti nyawa-nyawa ikan apabila dilanggar oleh sebuah lori kayu balak.Fiza tercungap-cungap menahan kesakitan.
Sedang Fiza mengerang kesakitan,Fiza seperti ternampak bayang-bayang Anis yang memanggil-mamanggil mengikutnya bersama.Anis kelihatan tersenyum ke arahnya.
''Ann..iiss..Maafkan aku.....'' Kata Fiza.
Dari bayangan Fiza,Anis mengangguk sambil tersenyum ke arahnya.Fiza meninggal dalam keadaan yang kesakitan.Walaupun dalam bayangan Fiza bahawa Anis sudah memaafkannya,tapi dosa yang lain lah yang menyebabkan Fiza meninggal dalam keadaan yang tidak tenteram.
Fiza menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan keadaan matanya membuntang.
'Fiza,aku maafkan kau.Aku halalkan segala perbuatan kau atas aku.' Terdengar sayup-sayup suara Anis.
Setelah beberapa minit,mata Fiza tertutup dengan sendiri.Itu baru balasan di bumi,belum balasan di akhirat lagi.
***********************************************************************************
Amirul menghadiri perkebumian arwah Anis di tanah air.Amirul mengalirkan air mata kerana tidak sempat meminta maaf dan berjumpa Anis buat kali terakhir.
''Amirul,Anis nak bagi ni kat kamu sebelum dia meninggal.'' Kata Abah kepada arwah Anis.
''Terima kasih pak cik.'' Abah kepada arwah Anis menepuk bahu Amirul.
*** *****************************************************************************
Selepas solat Asar di rumah,Amirul terus mambaca surat arwah Anis buat kali yang terakhir.
Assalamualaikum,
sewaktu awak baca surat ini,mungkin saya sudah sampai ke liang lahad.Dan Insyaallah,kalau diizinkan Allah,saya akan ke syurga.Tapi saya rasa,saya tak layak untuk ke syurga Allah,kerana saya tidak layak jadi penghuninya tanpa awak.Saya harap,awak dapat melupakan saya.Semoga awak dapat berjumpa dengan wanita yang lebih baik dan sempurna dari saya.Awak,saya nak awak ingat...Awak sentiasa tercipta untuk saya selamnya.Maafkan saya jika surat kali ini terlalu ringkas.
Salam terakhir,ANISSYUHADA.
*** Itu lah pesanan terakhir Anis kepada Amirul .Arwah Anis di mata Amirul,tak kan pudar dan lenyap.Anis dicipta untuk Amirul Irman.Dan Amirul dicipta untuk Anis Syuhada.
*SEKIAN*
10 comments :
nice. teruskan lagi ok. :)
sedih , sweet . Ya Allah, menitis air mataku. Sedih2 gila
best story , sad ending :(
sad ending... but got moral value there.. great syg.. keep going make it okay... nice
whoaa pandai buat cerita.. sumpah feeling and make me cry :) nicee.. well done
nice one...:)
Nice, tapi panjang berjela laaa . huhu
nice..keep it up! ^_^ just make sure penggunaan words yg betul..correct me if i'm wrong...
1) tiang lahad - liang lahad..
2) menyepak muka - menampar muka..
3) perkebumian - pengebumian
and some minor spelling mistake..
pape pun..gud luck 4 ur next story!! ^_^
Ad bakat jd novelis.. Tp be caution with ur spelling kay..
Wow :') Best sangat . Nanges Eyza bace . Huaa
Post a Comment