Mahu Atau Tidak ?


Assalamualaikum :)
Hello Guys :) 

Eh korang apa khabar ? Rindu zu tak ? Ofcourse lah kan.Lama tak dengar celoteh zu dekat blog ni hah. *perasan gile minah ni

Eii ! Korang perasan tak zu dah lama tak buat cerpen ? Perasan kan :( Hurmm.Zu sebenarnya tak ada masa lah nak buat cerpen.Nak di jadikan cerita zu BUSY ! Haish.Busy apa ? busy dengan sekolah , dengan exam , dengan si dia , dengan family lagi.Hurgghhh ! Kusut woii kusut !

Sebenarnya , zu tak letak jawatan langsung dari menulis cerpen.So , jangan nak memandai cakap zu dah bersara jadi penulis cerpen.No way ! Zu masih lagi menulis cuma zu tak ada idea nak menulis.Idea ni makin lama makin hilang dah.Mungkin sebab zu dah jarang berangan kot.Sebab tu jerawat tak timbul-timbul kat muka dah hah sebab jarang berangan.HAHA *tak ada kena mengena dengan jerawat pon zulaikha woii*.

Korang nak tahu tak ? Ofcourse lah nak tahu kan.Hari Isnin zu beli novel.Novel apa ? next entry zu cerita.Zu saja belek-belek muka surat belakang novel tu , then dia kasi satu artikel macam ni ''Minat menulis ? Berbakat ? Ada karya yang ingin diterbitkan ? Ingin melihat karya anda diterbitkan ,mengapa tidak cuba nasib dengan kami ?'' Wow.Macam tukang tilik pulak nak cuba nasib dekat kau.HAHA.So , zu exciting gila bila baca artikel tu.Then , zu menung..Zu rasa zu nak hantar lah karya zu yang vogue sangat tu :) HAHA

Bila zu baca tentang pengarang novel dia pulak , zu terkejut gila bila dia cakap dia mulakan menulis dari blog yuuu ~ Wow.Macam zu lah kan.Tapi zu hangat-hangat tahi ayam -.- HAHA.So , zu respect lah dia.Bila zu usha blog dia , dia hanya lah gadis yang biasa.Tak sepopular Hanis Zalikha or Lyssa Faizureen.Tapi dia boleh jadi novelis.Kelas kau jahh :) HAHA

So , zu nak tanya pendapat korang korang korang semua ni hah.Patutkah zu join contest tu ? Teringin jugak novel yang dikarang ''ZUE HASAN'' naik dekat kedai buku kan.Wowww.Bila jumpa jer orang tanya ''Zue Hasan kan ? Penulis novel dot dot dot tu kan ? Arghhhh ! I minat novel you.'' Oh Tuhan ! Time tu , gembira zu , hanya Allah yang tahu. *perasan lagi minah ni.*

Bagi pendapat korang yer :) Bagi advice banyak-banyak tau :) Zu suke gila baca advice dari readers zu :)

Terima Kasih :) Assalamualaikum...

1 comment :

Mysara Ab Rahman said...

try la yunk..mana tau rezeki kan...;) xsalah mencuba..