We Are Friends,But Now ?


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Heyy ! Dah dengar lagu blog zu ? Ehem.ehem..Ayat salah.Lagu dekat blog zu.Amacam ? Best ke idok ? HEHE.Zu terpaksa ambil lagu kat gratisan musik @ fullmusic,sebab zu dah cuba seratus lima puluh juta kali ambil lagu kat youtube tapi tak jadi.So,terima saja lah :)

Eh ! Tengok gambar kat atas tu :) Kan best lembu tu jadi kawan zu.Sanggup bersusah payah tolong bear bear tu semata-mata nak curi cekelat.HAHA.Lembu tu comel.Tapi apa kene mengena dengan gambar tu dengan tajuk entry zu ni ? Nak dengar luahan hati zu ? Sedihh :(

Masa masuk kelas kelas form 3,zu rasa unhappy.Sebab zu rasa semua orang macam sombong.Second day,third day,zu happy :) Ada dua kawan zu ni yang selalu dengan zu.Duduk gossip sama-sama.Belajar satu kerusi.Best gila.Bila kat makmal sains ke,pergi padang untuk PJ ke,confirm kite orang satu group.Tak pernah nak biarkan salah sorang terlepas.

Sekarang,zu dah tak rapat dengan diorang.Diorang dah sombong.Dah kedekut ilmu dengan zu.Kalau korang nak tahu,dulu bila zu suruh ajar,semua berebut nak ajar.Sekarang,bila zu suruh ajar,semua pakat-pakat malas nak ajar.Seriosly,sedih gila :( Zu kehilangan kawan.Yang sorang lagi ni,bila zu panggil dia,confirm dia jawab kasar.Bila zu cakap dengan dia,dia buat bodoh je.Semua nya terjadi masa nak dekat PMR ni.Time ni juga lah zu dengan diorang sikap dingin.

Guru kelas zu pesan,tu lah hubungan antara kawan.Asam garam dalam berkawan.Zu rasa nak nagis bila diorang buat zu macam tu.Zu akan nangis kalau zu kehilangan kawan.Mungkin zu banyak kawan lain,yang tak pernah bosan dengan zu,tapi zu tak nak kehilangan kawan lain.

Tak apalah wahai an & az :) Aku tetap maafkan korang,walaupun korang sakitkan hati aku.Korang nak sikap macam tu dengan aku pon,it's okey.Hak korang.Sejujurnya,aku tak akan layan korang sampai hati korang sejuk.Bye-bye kawan :* I will miss you :) *tangan di bahu,mata ke atas*

Okeh.Tak payah lah emo sangat.HAHA.So,zu harap sangat,jangan kecil kan hati kawan macam yang zu lalui ni..HAHA.Pahit gila kenangan ni.Nak telan pon payah.So,zu tak kisah lah diorang nak benci zu.Tapi jangan dendam.Allah tahu apa yang terjadi.Kalau zu salah,zu minta maaf kat an & az.Kalau korang salah,Allah je yang tahu :)

Khas untuk an & az :)


2 comments :

Cik Anis said...

Sabar ~ mungkin ada hikmah sebaliknya.

Nurul Zulaikha said...

hurmm.mungkin :) Thanks bagi semangat iye :))