Cikgu Zonairita,Anda Di Hatiku


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Ehemm.Semalam zu nangis.Nak tahu sebab apa ? Panjang ceritanya.Zu nangis sebab cikgu kesayangan kelas 3 Berlian tahun 2012 nak pergi sekolah lain.Bukan atas alasan cikgu tu yang minta tetapi atas dasar fitnah pada cikgu tu,cikgu tu kena pergi atas arahan PPD :(

Korang nak tahu siapa cikgu tu ? Cikgu tu guru kelas kami merangkap guru yang ajar kami Bahasa Melayu.Sebab cikgu tu aku dah reti macam mana nak buat ayat-ayat gramatis dalam karangan.Aiyoo.Tak lah gramatis mana.Cikgu tu dah macam ibu kedua kita orang dah.Sporting nya tak bertempat.Tu sebab kita orang suka,sayang,cinta cikgu tu.




Haaa.Itu lah gurunnya.Comel + Cantek + Cun.HEHE.Aduh ! Cikguuuuu Zonairita,janganlah pergi.Kasihanilah kami.Cikgu ada anak kat sekolah yang sama.Di kelas yang sama.Walaupun anak dia lelaki,tapi kita orang macam tak kesah.Kita orang memang dah rapat sejak awal tahun lagi.Lepas ni tak ada siapalah nak panggil zu time exam.Sedih gila ni.Tak ada siapa lah nak ejek zu pelat huruf ''s'' lagi.

Cikgu,kami nak cikgu tahu,kami tak nak kehilangan cikgu.Walaupun cikgu dok happy time cikgu cakap nak pergi,betapa terguris nya hati saya bila melihat nana (penolong ketua kelas) menangis sebab cikgu nak tinggalkan kami.Bila cikgu tengok saya dengan senyuman cikgu yang paling manis,saya senyum juga.FAKE SMILE cikgu.Tapi saya tak tahan,saya terus nangis depan cikgu.

Siapalah nak buat lawak bila ajar komsas nanti.Siapa ? Siapa ? Siapa yang nak dera kami buat karangan dalam masa yang singkat nanti ? Siapa nak bagi kami cokelet nanti ? Cikgu !!!

Ramai orang yang redha cikgu akan pergi.Tapi cikgu tak tahu kelas 3 Berlian tak nak cikgu pergi.Kalau ditakdirkan cikgu terpaksa pergi,saya redha walaupun hati saya berat sangat-sangat.Saya harap hubungan kita,senyuman antara kita takkan pudar :)

Semoga cikgu succes selalu :) AMIN :)




No comments :