CERPEN : Pertemuan



Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Nama aku Nur Safikah Aqila.Ramai orang panggil aku IKA ! Aku berumur 15 tahun.Dan aku seorang yang tak pernah kekal dalam percintaan.Aku tanya kawan aku,fizikal aku semua okey.Tiada cacat cela pun.Tapi aku redha.Dalam 15 tahun aku hidup,pelbagai benda aku jumpa.Aku jumpa kasih,aku jumpa sayang.Aku jumpa cinta.Tapi kenapa aku tak jumpa keikhlasan ? Kenapa ?

Aku pernah bercouple sebelum ni.Tapi tak sampai seminggu dah putus.Aku ingat lagi,nama dia Arif.Kitaorang putus sebab kehadiran orang ketiga dan aku memang tak biasa bercinta.Arif adalah orang yang pertama menjadi boyfriend aku.Sesak nafas aku kalau aku berada bersama dengan dia.Ada ke aku dengan dia tengah dating,si ex Arif pergi join kitaorang.Sungguh menyakitkan.

Entah lah ! Sama ada aku nak percaya cinta atau tak.Mungkin cinta itu buta.Tapi mana keikhlasaannya ?

********************************************************************************

''Ika , kerja sekolah ape ha ? Aku lupa lah.Semalam aku hang out dengan boyfie aku,'' Kata Anisah kepadaku yang sedang mengelamun.

''Tu lah ! Hang out ! Hang out ! Tu lah kerje kau.Bukannya dengan family ke kawan ke.Dengan lelaki.Apa nak jadi kau ni haa ? Sampai homework pon kau lupa ? Lepok karang !'' Balas ku bertubi-tubi kerana geram bercampur jelous dengan Anisah.

''Alah kau ni.Aku tahu lah,moto hidup kau ''NO COUPLE'' ! Tak yah marah aku.Cepat lah.Nanti cikgu masuk.''

Aku hanya bari buku bahasa melayu karangan aku kepada Anisah.Itu lah hobinya setiap hari.Entah bila lah dia nak buat homework sendiri.

*** ''Bangun ! Selamat sejahtera cikgu !'' Ucap ketua kelas Muhd Nadi.Semua murid 3 Dahlia menyambut semula kata-kata yang diucap oleh Nadi tadi.

''Selamat sejahtera.Duduk ! '' Balas Cikgu Zarina. '' Pagi ni,kamu semua akan dapat kawan baru.Kawan belajar yang baru.Kawan suka duka yang baru.Fitrie ! Masuk.'' Sambung cikgu Zarina.

Kelihatan seorang lelaki yang berkemeja sekolah lengan panjang dan rambut disikat belah tepi masuk ke kelas 3 Dahlia.Semua murid perempuan dalam kelas kagum dengan ketampanan nya.

''Perkenalkan diri kamu'' Kata Cikgu Zarina kepadanya.

''Nama....Muhammad Fitrie bin Yahya.Dulu berasal dari Selangor.'' Katanya.

''Wahaa ! Macam nama artis tu lah.FEDTRI YAHYA ! HAHAHA'' Sapa pelajar kelas yang teramat nakal iaitu khairul dan disambut gelak tawa sekelas.

''Shafikah ? Suzan tak datang ? '' Tanya cikgu padaku.

''Hah ? Tak'' Jawabku sambil tersengih.

''Okey Fitrie.Buat sementara ni,kamu duduk sebelah Shafikah dulu.Nanti dapat meja kerusi,kamu pindah tempat lain.'' Kata Cikgu Zarina.

Fitrie terus berlalu dan duduk sebelah aku.Aku tak tahu kenapa,hati aku rasa berdebar.Bagaikan ada air terjun didalam.Ada taman.Ada gunung ganang yang indah.Ada burung yang berterbangan.Oh ! Indahnya.Selalunya,lelaki rakan sekelas dengan aku selalu duduk sebelah aku masa buat study group pon tidak terasa seindah macam ni.Oh Tuhan ! Aku jatuh cinta !

**********************************************************************************

''Ika,kantin jom ? '' Pelawa Anisah rakan karibku sejak darjah 1.

''Allaaa.Hishh..Malas lah...'' Aku menjawab balik.

''Sorry,kantin kat mana erk ? '' Sapa seorang lelaki.

''Eh ! Fi..... ?? Ape nama tadi ? '' Tanya Anisah yang sudah tergaru-garu dahi.

'' FITRIE ! '' jerit aku.Tak sangka suara aku kuat ketika menyebut namanya.Aku terus menekup mulutku dengan tangan.

'' Tak payah lah jerit macam tu.'' Anisah mencuit pinggangku. '' Kantin ? Turun bawah,go straight,belok kiri,jumpalah kantin'' Anisah senyum pada Fitrie selepas memberikan arah.

''Eh ! Tak pe lah.Ikut kitaorang sekali.Kitaorang pon nak ke kantin ni ha.'' Pelawa ku.

Anisah menarik tanganku untuk berdiri jauh sedikit dari Fitrie. ''Dei ! Bukan tadi kau tak nak pergi kantin ke ? '' Tanya Anisah.

''Arrmmmm...Aku lapar lah pulak...HEHE..Fitrie ! Jom !'' Ajak ku.

Fitrie hanya senyum dan mengekori langkahku.Anisah yang agak kehairanan terus mengekori ku juga.

*** ''Budak hot nak lalu lah pulak.Aduhaiiii..'' Bebel Anisah.

'' Siapa diaorang ?'' Tanya Fitrie.

''Kalau kau nak tahu siapa diaorang,pergi tanya diaorang.'' Kata Anisah.

''Kuang hasam ! HAHA.'' Kata Fitrie.

''HAHA.Kickking jer...Ehh ! Kidding ! Kalau kau nak tahu,kau nampak perempuan yang depan sekali tu.Yang freehair tu ? Dia Diana.Ketua cheerleader sekolah.Ramai budak lelaki minat kat dia.Tapi dia jual mahal.Aku tak paham.Kawan sorang ni cari cinta.Yang sorang lagi buang cinta.'' Balas Anisah.

''Siapa cari cinta ?'' Tanya Fitrie.

''Ni hah ! Si Shafikah Aqila ni haaa..HAHA.''

Sedang Anisah dengan Fitrie ketawa,aku memijak kaki Anisah dengan sekuat hati aku.Baru rasa kan sebab memalukan aku.

**********************************************************************************

Sudah 5 bulan berlalu....PMR makin hampir.Dan,paling aku tak sangka sekali,aku dengan Fitrie rapat sangat.Sampai orang sangsi dengan hubungan aku dengan Fitrie.Padahal,aku dengan dia tak lebih dari kawan.Aku tak pernah dengar isi hati dia.Dan dia tak pernah dengar isi hati aku.

Dah lama kawan dengan dia,cinta aku makin perlahan-lahan menyulubungi hidup aku.Kalau Fitrie tak datang sekolah,habis kawan-kawan aku,aku marah.Oh ! Aku suka diaaa......

***********************************************************************************

Di pusat sumber Sekolah Seri Mawar.........

''Fitrie,kalau Ika tanya kan,Fitrie marah tak ?'' Tanya ku secara perlahan.

''Marah lah ! HAHA.Gurau jer.Tanya jer lah Ika..Selama ni,kalau Fitrie marah,Ika juga yang tenangkan Fitrie.'' Fitrie tersenyum.

''Fitrie ada crush ? ''

''CRUSH ? HAHAHA.Ika tahu tak,kita ada hati,dalam hati ada cinta dan suka.Kalau seseorang tu tak ada perasaan sayang,suka dan cinta terhadap seseorang dia tak normal tau.''

''So ? Fitrie ada orang yang Fitrie suka ?'' Tanya ku lagi.

''Ada.Dia cantik,manis,ayu,hitam manis,baik.Dan...She always beside me.'' Balas Fitrie.

''Ouh..Nak tahu siapa boleh ? Bagi lah tahu.'' Pujukku.

''Awak berdua ! Tolong senyap ! Ini pusat sumber.Bukan pasar raya.'' Sapa seorang pengawas pusat sumber.Aku dan Fitrie hanya tersenyum.

''Orangnya ada depan mata saya.'' Aku tergamam bila Fitrie cakap macam tu.

''Seriously ?! '' Jerit ku.

''Awak berdua ! Boleh keluar dari pusat sumber sekarang.'' Pengawas yang tegur kami baru tadi,menghalau kami kerana berbuat bising.

Alamak ! Kesian Fitrie.

*** ''Sorry.Sebab kan saya awak tak boleh study dekat PSS.''

''It's okey lah.Tak de hal pon.'' Jawab Fitrie. ''Awak ada crush ?'' Tanya Fitrie.

''Ada'' Aku tersenyum melihatnya.

''Bertuah kan lelaki tu.Ermm.Apa yang saya cakap dekat PSS tadi,awak tak payah ambil berat sangat keyh ? Saya tak bersedia nak anggap awak sebagai girlfriend saya.Kita jadi kawan tapi mesra and we are best friend forever maybe untill jannah'' Kata Fitrie.

Terasa hampa diri ini apabila 'crush' aku sendiri berkata begitu.Aku hanya mengangguk dalam duka.

**********************************************************************************

'FREEDOM' itulah yang disebut oleh pelajar tingkatan 3 selepas keluar dari dewan peperiksaan.Alhamdulillah,dengan berbekalkan ilmu yang guru ajari,kawan-kawan ajari terutama Fitrie,aku dapat buat dalam peperiksaan kali ini.

''How your exam Ika ?'' Tanya Fitrie.

Aku mengangguk dan tersenyum ke arahnya.

''Budak pandai kan...'' Puji Fitrie.

''Ehh..Dalam hidup ni langsung tak ada istilah budak pandai,budak kurang pandai,budak tak pandai.Semua nya kene usaha Fitrie ku sayang..'' Sengaja aku mengusiknya.Kami ketawa dan terus pulang.

**********************************************************************************

 Di rumah Shafikah.

''Ika,papa dah naik pangkat.'' Kata ayahku yang sedang menonton televisyen.

''Ye ke ? Alhamdulillah.'' Ucap aku.

''Tapi,kita kena pindah.Pindah Johor.'' Sambung ayahku.

''Ha ? Johor ? Jauhnya.Bila kena pindah ?'' Tanya ku.

'' Lepas Ika ambil result,kita pindah terus,okey.'' Kata ayah ku sambil menunjukkan ibu jari tanda okey.

Aku hanya mengangguk perlahan.Dalam hati terasa berat hendak tinggalkan sekolah yang banyak kenangan itu.Dan paling berat sekali hendak meninggalkan Fitrie.Oh Tuhan,Tabahkanlah hati aku.

*********************************************************************************

Debaran yang dinantikan telah tiba.Terasa hati ni hendak jatuh pula hari ini.Harap-harap keputusan PMR aku serta rakan yang lain baik.Aku mahu bahagiakan mama papa aku.

Apabila Cikgu Zarina sudah sampai ke dewan terbuka Sekolah Seri Mawar bersama slip keputusan,betapa lajunya jantung ini.Aku terus duduk dihadapan Cikgu Zarina dan bertawakal setelah panat berusaha.

''Tahniah Shafikah ! 6A 2B.Bagus ! Satu pencapaian yang baik.'' Kata Cikgu Zarina.

Kalau tiada orang dah lama aku lompat tak naik-naik dah.Betapa syukur nya dalam hati.Fitrie ! Aku nak kongsikan kisah suka aku dengan dia.

''Cikgu,Fitrie dapat berapa A ? '' Tanya ku kepada Cikgu Zarina.

''Fitrie ? Sama juga dengan awak.'' Balas cikgu Zarina yang sedang mencari nama Fitrie di dalam senarai keputusan PMR.

*** Puas aku bertanya,di mana Fitrie ? Kan dia dah ambil result lebih awal dari aku.

''Anisah,nampak Fitrie ? '' Tanya ku.

''Nampak.Di pergi tempat yang kita selalu lepak.'' Hati ku berbunga apabila mendegarnya.

Aku berlari anak untuk mendapatkan Fitrie.Ada berita gembira yang hendak ku sampaikan dan ada berita buruk yang hendak ku nyatakan bahawa aku akan pindah ke Johor nanti.

Hati aku tersentak apabila melihat Fitri dan Diana duduk bersama.Aku bersembunyi di sebalik dinding untuk mendegar perbualan mereka.

''Diana dapat berapa A ?'' Tanya Fitri.

'' Alhamdulillah,8A.'' Jawab Diana dalam keadaan yang tersipu-sipu.

''Congrats ! Diana,i have something to talk with you.'' Kata Fitrie yang seakan-akan gugup.

''What ?'' Tanya Diana.

'' I like you.I love you.I need you.And i want you to be my girlfriend.'' Kata Fitrie.

Muka Diana yang sememangnya putih merona merah dan mengangguk setuju.

Ya Allah.Kenapa cinta aku tak pernah yang ikhlas.Kenapa orang yang aku dah anggap sebagai cinta terbaik aku tak pernah menyintai aku ? Fitrie,Fitrie tipu Ika.Ika ingat Fitrie sayangkan Ika.Tapii....

Aku tak mahu jumpa Fitrie.Aku terus pulang kerana mama dan papa sudah menunggu.Pulang dengan keadaan kecewa.Aku tak akan percaya pada cinta kau lagi Fitrie.Aku taruh harapan,tapi ini yang kau balas ? Fitrie,Ika akan pergi dari hidup Fitri selama-lamanya.Selamat tinggal.

**********************************************************************************

Dua belas tahun kemudian....

''Beb ! Dekat facebook ada mamat ni nak kenal dengan aku.Ya Allah.Handsome.'' Kata Anisah.

''Hemm.Kau semua handsome.'' Balasku.

''Allaaa.Biarlah.Kalau aku cakap Syariff handsome kau jealous...'' Balas bertum-tam Anisah pada ku.

''Nama bakal suami aku jangan sebut noh...'' Kataku ku sambil ketawa.

Alhamdulillah,akhirnya aku sudah terima cinta sejati aku.Aku tak sangka,ini lah hikmahnya setelah cinta aku tak berbalas.Syariff seorang lelaki yang warak,dan dia banyak ajar aku cara menhidupkan islam dalam diri.Anugerah Tuhan yang tak ternilai.

**********************************************************************************

''Hows my compony ? Okey ?'' Tanya papa.

''Okey ayah.Tapi ayah,Ika rasa Ika tak ada pengalaman yang mendalam lah kalau Ika kerja dekat syarikat papa Ika sendiri.Macam tak impressing je paaa..'' Ujarku.

''Dear,ini baru nak tahu selok-belok je,bukan perjanjian,pengurusan syarikat kita dengan syarikat lain lagi.Itu pon pengalaman dah berlambak-lambak tau.'' Balas papa.

''Ye lah paaa..''

''Ika dengan Syariff okey ? ''

''Okey paaa.Tapi dia macam busy sikit.Tak ada masa nak luangkan untuk Ika.''

''Allaaa.Biasalah tu.Busy dengan kerja.'' Papa ku mengusap kepalaku.

''Papa tak bagitahu apa-apa pasal Syariff dekat mama kan ?'' Tanya ku.

''Tak.Tak kan lah papa nak mungkiri janji papa dekat anak papa sorang ni.''

''huh ! Selamat.Kalau mama tahu,habis angin monsun semua datang.'' Kataku berlawak jenaka.

Aku dengan papa ketawa besar di ruang tamu.Antara papa dan mama,aku banyak kongsikan kisah aku dengan papa yang sungguh sporting.Sayang papa.

********************************************************************************

Di restoran bersama Syariff..

''Awak,bila nak masuk minang ?'' Tanyaku padanya.

''Uhukkkkk..!!!'' Tersedak Syariff.Apa aku salah cakap ke ?

''Sorry.Tak sengaja buat awak tersedak.'' Ucapku.

''Tak apa....Insyaallah bulan depan saya datang merisik dulu okey..''

Aku tersenyum lebar mendengarnya.Hati terus bertukar riang.Tak lama lagi aku bakal jadi isteri orang.Oh dunia,indahnya.

*********************************************************************************

''Sayanngggg ! Dah balik dah anak mama ni haa.'' Mama terus melulu laju ke arah ku.Entah apa yang buat mama aku bahagia sampai macam ni sekali.

''Salam Datin Lisa..Datin,ini lah anak I.Ika namanya.'' Aku terus berbuat demikian yang sperti mama suruh.Aku terus melabuhkan punggung di sebelah mama.

''Cantik anak you Ros.Sesuai dengan anak I.'' Puji Datin Lisa sejurus aku bersalam dengannya.Rasa nak muntah hijau aku mendengarnya.

''Sayang,mama nak kenalkan Ika dengan anak Datin Lisa ni haa.Handsome orangnya.Engenieer lagi.Nama diaa....Apa nama dia tadi Datin ?'' Tanya mama sambil memandang Datin Lisa.

''Muhd Fitrie,Ros.'' Jawab Datin Lisa.

Fitrie ? Betapa terkejutnya aku.Sudah sepuluh tahun aku lupakan nama tu.Adakah Fitrie yang aku pernah kenal dulu ke ? Tak mungkin.Fitrie lain ni.Aku yakin !

''Ibu..'' Sapa satu suara lelaki.

Ah !! Tidak !! Itu bukan Fitrie.Aku lantas memandang ke belakang.Fuh ! Lega.Bukan Fitrie yang aku kenal dulu.

''Fikrie,adik kamu mana ? '' Tanya Datin Lisa.

''Ftrie kene pergi.Emergency call.'' Jawab lelaki itu.

Ouh tidak ! Itu abang kepada Fitrie bukan Fitrie yang aku sangkakan dia.Tak mungkin Fitrie yang dulu.

''Alah Ros,tak ada rezeki pulak anak you nak tengok anak I.Tak apa,nanti I bawa dia jumpa you.I balik dulu.''

Dalam hati aku berdoa agar bukan Fitrie sejarah silamku muncul semula.Amin...

**********************************************************************************

 Di shopping complex bersama mama..

''Maa..Kita nak pergi mana nii..Penat lah jalan sana-sini..'' Kataku.

''Mama nak ajak Ika jumpa someone.Jom'' Mama terus menarik lenganku dan masuk ke dalam sebuah cafe.

*** ''Datin Lisa ! Sorry lambat. '' Panggil mama.Kelihatan Datin Lisa keseorangan sedang menunggu kedatangan kami.

''It's okey Datin Ros....Eh ! Fitrie,kenapa diri belakang Aunty Ros tu.Ros,thats my son.'' Kata Datin Lisa.

Aku dengan mama menoleh ke belakang.Ouh tidak ! Fitrie ! Kenapa kau wujud dalam hidup aku lagi.

''Hi aunty.Assalamualaikum'' Ucap Fitrie sejurus bersalam dengan mama.

Fitrie menghulurkan salam pada ku,aku tidak mahu menyambutnya kerana aku tahu mana haram dan mana halal.Sedangkan dengan Syariff pun aku tidak berani menyentuhnya.

Dua jam aku menunggu mama dan Datin Lisa bersembang.Ada juga aku terpandang Fitrie.Masih seperti dulu.Rambut,kulit.Sehandsome dulu.Tapi..Perangai ? Entah lah.Kadang-kadang pasal aku dengan Fitrie.Ada juga pasal kahwin.Aku kahwin dengan.... ?? Tak mungkin.Aku akan suruh Syariff masuk jarum cepat.

**********************************************************************************

''Ika,mama dengan Datin Lisa dah buat keputusan.Kami nak kahwinkan Ika dengan Fitrie.Papa pon dah setuju.'' Ujar mama di ruang tamu.

''What ? Maaa..Apa pon mama kena bincang dengan Ika.Jangan ambil keputusan melulu.''

''Fitrie yang terbaik.Mama suka dia..!Ika kena kahwin dengan dia.FullStop !''

''No ! Im not love him,Im not like him.Kalau mama dah suka,mama je yang kahwin dengan dia.'' Selepas aku menghabiskan kata-kata itu,aku terus naik ke tingkat atas.

*********************************************************************************

''Syariff, Saya fikir lebih baik awak masuk minang saya.Saya tak nak Fitrie jadi suami saya.'' Pujuk ku.

''Hah ? Maaf Ika.Duit saya tak cukup menampung awak lagi.'' Kata Syariff

''Dulu awak kata bulan depan lah,apa lah,lepas tu awak cakap duit tak cukup untuk menampung saya.Apa ni ?!'' Rengek ku.

''Okeyh.Tengok lah dulu.Saya tak janji tau.''

*********************************************************************************

Aku terkejut bila aku sampai ke rumah,banyak kereta yang terparkir di depan rumah aku.Siapa yang datang sampai ramai macam ni ?

''Assalamualaikum'' Ucapku sejurus masuk ke dalam rumah.

''Waalaikumussalam.'' Jawab orang yang berada dalam rumahku.

Hantaran apa ni ? Siapa datang merisik ? Datin Lisa ?! Aku tak boleh teruskan.Aku perlu tolak risikan ni.

''Ika,mereka datang nak merisik Ika untuk jadi isteri kepada Fitrie.Ika terima ya..'' Bisik mama.

''No ! Maaf semua..Datin Lisa,saya tak sedia lagi nak jadi isteri orang.Maaf semua.Saya akan beritahu kalau saya dah sedia.Maaf Datin,Datuk.'' Ujar ku.

''It's okey dear.Aunty tak kesah.Lain kali,bila Ika dah sedia,Ika inform Datin.'' Balas Datin Lisa sambil berlalu pergi.

*********************************************************************************

''Ika ! Kenapa Ika malukan mama dengan papa.Selamat Datin Lisa dia tak marah.Ika malukan mereka tau ! Why you do this Shafikah Aqila ! Mana mama nak letak muka mama bila jumpa Datin Lisa ni ?! '' Marah mama padaku.

''Sorry maa.Ika memang tak nak kahwin dengan Fitrie.Ika dah ada orang lain.''

''Whose ? Kalau ada,suruh dia masuk minang ! Secepat mungkin.'' Mama terus berlalu pergi ke kamarnya.Belum sempat aku nak terangkan bahawa Shariff mempunyai masalah kewangan.Aduh ! Mati aku.

***********************************************************************************

Hah !!! Stress nya hidup macam ni.Aku terpaksa pergi ke tempat yang damai untuk menenangkan fikiran.Pantai ! Itu lah keindahan Tuhan yang paling indah.

Tiba-tiba aku terserempak dengan Syariff bersama seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan.Aku cuba mengejarnya,tapi kenapa Syariff macam tak mahu jumpa aku.

''Syariff ! '' Jerit ku.Syariff menghentikan langkahnya.

''Penat saya kejar awak.Macam mana awak boleh ada kat sini ?'' Tanya ku.

''Sayyaaaa..sayaaa..'' Syariff gugup.

''Ayah ! Nak aiskrim..'' Minta seorang anak lelaki yang comel.

'' Ayah ?? '' Aku kehairanan.Aku sudah dapat menduga,dari reaksi Syariff  ketika aku memanggilnya dan anak kecil yang memanggilnya ayah,aku sudah tahu Syariff membohongi aku.

''Saya dah berkahwin.Saya tak ada niat nak tipu awak.Maafkan saya.'' Rayu Syariff.

''What ? Sampai hati kau buat aku macam ni.Kau dah lukakan hati aku Syariff ! Sampai hati kau.Aku ingat cinta kau terhadap aku ikhlas suci.Kononnya warak ! Tapi penipu.Terima kasih sebab banyak sakitkan hati aku.'' Aku terus berlalu meninggalkan Syariff.

''Ika ! Kejap.Someone kasi awak.Buka erk.Kalau boleh,terima dia.'' Kata Shariff.

Aku menoleh ke belakang dan mengambil pleastik yang berisi kotak besar dalamnya dan berlalu pergi.

*********************************************************************************

Ya Allah,kenapa kau duga aku dalam percintaan.Hina kah aku untuk mendapat kan cinta ?

Aku menangis dan terus menangis.Aku teringat ! Siapa yang kasi hadiah yang dikirimkan pada Syariff.Aku terus membuka kotak hadiah yang dibalut kemas.Sebuah kamera DSLR yang dibalut kemas ku buka.Ada sekeping kad di dalamnya.

Harap apa yang saya buat ni betul.Buka kamera ni dan lihat fail video.

Fitri...

Aku terus open fail dalam kamera itu.Ada sebuah video yang dialunkan bersama lagu Cristina Perry-A Thousand Years.Tiba-tiba muncul gambar Fitrie yang memegang papan putih kecil yang tertulis pelbagai kata.

Gambar 1 : Assalamualaikum Nur Shafikah Aqila :)

Gambar 2 : Saya tahu,saya dah banyak salah dengan awak.

Gambar 3 : I'm so sorry.

Gambar 4 : Parents nak jodohkan kita....

Gambar 5 : Tapi awak tak nak :(

Gambar 6 : Saya dah excited nak kahwin dengan awak..

Gambar 7 : Tapi tak apa :D Bukan jodoh kita.

Gambar 8 : Mungkin ada orang yang lebih baik dari saya :)

Gambar 9 : Tapi tiada siapa boleh gantikan tempat awak.

Gambar 10 : Saya sayang awak :)

Gambar 11 : Saya suka awak sejak pertemuan pertama..

Gambar 12 : And I need you.

Gambar 13 : Hope you enjoy and get true love.

Gambar 14 : Saya pergi dulu.Assalamualaikum cinta :)

Air mata ku menitis.Aku tidak tahu cinta yang ikhlas ada depan mataku.Tapi aku sudah berjanji pada diriku.Ah !Lupakan janji kau Ika ! Kejar Fitrie ! Aku harus cari Fitrie. Adakah aku terlambat.Fitrie akan ke oversea untuk bekerja di sana.Aku mesti cepat.

**********************************************************************************

Aku berlari-lari anak untuk mencari kelibat Fitrie di airpot.Aku tidak akan memaafkan diri aku jika tak bertemu dengan Fitrie.

Sampai di satu tempat di mana semua penumpang kapal terbang hendak ke landasan,aku terlihat kelibat Fitrie.Aku memanggilnya.

''Fitrie !'' Jerit ku untuk masuk ke dalam.Namun dihalang oleh pengawal.Mujur Fitrie sempat menoleh ke arahku.Terpaksa aku bercakap dengan dia dari jarak jauh.

''Fitrie,Ika rasa Fitrie lah yang bagi cinta seikhlas Ika nak.'' Ujarku.Aku mengangkat sekeping kertas manila yang sudah ku siap dengan kata-kata yang hendak kuungkapkan.

Waalaikumussalam Fitrie. Ika sayang Fitrie macam mana Fitrie sayang Ika.Would you be my husband forever.Would you give your true love for me ?

Fitrie tersenyum lantas membatalkan hasratnya untuk ke oversea.Fitrie hendak memelukku,namun aku yang menolaknya.

***********************************************************************************

''Aku terima nikahnya Nur Shafikah Aqila Bt Rozaman dengan senaskah Al-Quran dan 300 ringgit tunai.'' Lafaz Fitrie dengan lancar.

***Alhamdulillah aku sudah pun menjadi isteri orang.Dan yang paling disyukuri semasa perjalan akad nikah dan majlis perkahwinan pun berjalan dengan lancar.Hikmah yang begitu besar dari Allah.Alhamdulillah.

***********************************************************************************

Sudah sebulan kami menjadi suami isteri.Kenangan semasa bulan pertama semua manis.Rasa hidup beristeri lagi seronok dari hidup bercouple.Tak sangka dia lah imam semasa solat dialah chef sewaktu aku sibuk dengan hal kerja dia lah badut yang sentiasa beri aku kebahagiaan.

**********************************************************************************

''Ika,tadii...aku ternampak Fitrie dengan sorang perempuan ni tau.Dan aku nampakkk....Fitrie dengan dua orang budak.Seriously,mesra gila lah.Macam suami isteri.Kau jaga-jaga wey.Aku risau lah dengan hubungan korang.'' Kata Anisah sewaktu di pejabat.

''Client dia kot.Mana lah tahu.''

''Tapi,perempuan tu doktor.Buat apa Fitrie ada client doktor.''

''Mana kau tahu dia doktor ?'' Tanya ku.

'' Doktor Diana Anidah.Kau masih ingat ?'' Tanya Anisah kembali.

Aku merenung ke dalam anak mata Anisah.Biar betul Diana kekasih lama Fitrie kembali.Ya Allah,baru je kahwin.Tak kan Fitrie dah bosan dengan aku.

*********************************************************************************

Sebagai hukuman,aku langsung tidak menegur Fitrie setelah dia pulang rumah.Hendak bercakap dengan dia,jauh sekali.

'' Sayang,kenapa ni'' kata Fitrie sambil memelukku dari belakang.

Aku menepis pelukan dia. Terasa geli pula dia cakap macam tu.Eeee...

''Fitrie,kalau Fitrie tak kesah kita tak payah kongsi katil hari ini.Tak ape.Fitrie tidur bilik ni,biar Ika tidur bilik lain.''

''But why ? Fitrie ada buat salah ke ?'' Tanya Fitrie.

'' Tak ! Ika tak ade mood.''

''Tak apa.Biar Fitrie tidor atas sofa.Ika tidor lah sini.'' Katanya dan terus berlalu.

Setelah Fitrie keluar dari kamar yang menjadi saksi kami sebulan ini.Aku menangis dan terus menangis.Kenapa Fitrie tergamak buat aku macam ni.

**********************************************************************************

Sudah sebulan aku memulaukan Fitrie.Sudah puas juga Fitrie memujuk dengan menghantar bunga,choclate serta kad ucapan.Namu tidak dapat mencairkan hati aku.Biarlah ini menjadi hukuman atas nya.

**********************************************************************************

Di rumah sedang aku berehat..

Ting tong....

Aku membuka pintu.Seorang perempuan bersama anak yang pernah Syariff bawa di tepi pantai hari tu.Aku kehairanan.Siapakah anak-anak itu.Dan siapa perempuan itu.

''Assalamualaikum Ika.Still ingat aku ?'' Tanya wanita yang akan-akan sebaya dengan ku.

''Waalaikumussalam.Sorry.Saya tak ingat.''

''Diana Anidah.'' Kata perempuan itu sambil menghulurkan salam.Aku menyambut salamnya dan mengajaknya masuk.

''Aku datang ni ada hal nak bincangkan pasal Fitrie.'' Kata Diana.

''Apa ?'' Tanya ku.

'' Fitrie dah cerita semua dengan aku.Anisah dah terus terang yang dia pernah nampak aku dengan Fitrie di cafe tempoh hari.Aku tak faham,aku ingat kau boleh tahan dengan ujian rumah tangga,rupanya...kau masih lemah lagi Ika.''

''Aku tak mau kehilangan Fitrie.Dan,aku sentiasa dikhianati cinta.Sebab tu aku lemah.'' Balas ku.

''Anisah cakap,dia nampak Fitrie dengan aku bersama budak.Dan Anisah sangka anak tu anak aku dengan anak Fitrie.HAHAHA.'' Ketawa Diana.

''Kenapa kau gelak ?''

''Aku dengan Fitrie tak pernah terlanjur.Dan Fitrie sebenarnya sayang dengan kau.Dua orang budak ni,anak aku dengan Syariff.Kau masih ingat Syariff ?''

Aku mengangguk.

''Sudah masanya aku terus terang.Syariff kawan baik Fitrie dari universiti.Kebetulan aku dengan Fitrie masuk universiti yang sama.Masa tu,aku dengan Fitrie couple.Lepas aku berkenalan dengan Syariff,aku jatuh cinta dan aku putuskan hubungan dengan Fitrie.Then,kitaorang dah kahwin,Fitrie cadang nak cari kau balik.Syariff rapat dengan kau atas paksaan aku dengan Fitrie.Fitrie sanggup pindah ke Johor sebab kau.Fitrie sayang kan kau.Fitrie nak uji sejauh mana cinta kau dan sedalam mana sabar kau bila dapat tahu Syariff sudah berkahwin.Aku minta maaf..'' Terang Diana.

''Jadi ? Ni bukan salah Fitrie ? Aku yang salah ?'' Aku tidak tahan.Air mata aku gugur ke pipi.

''Semua tak salah Ika.Jumpa dia.Forgive him and give him your true love.''Kata Diana.

''Aku nak jumpa dia.'' Ujar ku.

''Aku tahu dia di mana.'' Kata Diana.

Aku pantas mengekori Diana untuk mencari suamiku.

********************************************************************************

Aku ingat lagi taman ini.Taman di mana aku selalu lepak dengan Fitrie sewaktu zaman sekolah dahulu.Bergurau mesra.Belajar bersama.Rindu zaman sekolah.Aku ternampak Fitrie duduk di kerusi batu keseorangan bersama bunga ros.

''Ika,ika tahu tak,masa Ika nak pindah,Fitrie tak tahu Ika nak pindah mana.Puas Fitrie pujuk Anisah supaya bagi tahu Fitrie ika pindah bila.Time Ika dah nak pergi,Fitrie lambat sesaat.Fitrie cuba kejar kereta Ika,tapi Ika dah pergi.Fitrie hampir kene langgar.Tapi Fitrie tak pernah salahkan Ika.Fitrie sayangkan Ika.Fitrie dapat tahu dari parents yang Ika stay kat Johor.Fitrie cari Ika.Fitrie rasa syukur sangat bila dapat tahu parents Ika dengan parents Fitrie nak jodohkan kita.Sebab tu Fitrie suruh ibu masuk minang Ika.Sebab Fitrie cintakan Ika sejak pertemuan pertama kita terpaksa duduk bersebelahan di kelas.'' Fitrie meluahkan segala yang terpendam sambil memandang bunga itu.Aku pelik ! Bunga dah layu,buat apa disimpan.

''Bunga ni,Fitrie nak bagi kat Ika tanda perpisahan kita.Tapi Ika dah pergi jauh dari Fitrie.Fitrie simpan bunga ni sampai layu.Walaupun layu,Ika tetap mekar di hati Fitrie.Mungkin,Ika buat macam ni,hukuman atas Fitrie yang suka sakitkan hati Ika.Hukuman kerana Fitrie tak pernah berikan cinta ikhlas suci untuk Ika.Abang Minta maaf sayang.''

''Abangggg.....'' Panggilku dengan keadaan mata yang berkaca.

Fitrie menoleh ke arahku.Dan mengesat air mata yang membasahi pipiku.

''Abang,Ika tak akan tinggalkan abang.Dan ika akan sentiasa bersama dengan abang.Cinta ini ikhlas untuk abang.'' Ujar ku.

''Abang sayang Ika.Ika,cinta abang ikhlas sepenuh hatinya untuk Ika,sampai akhir hayat abang.'' Fitrie terus memelukku.

Diana tersenyum melihat aku dengan Fitrie.Pelangi yang menyinar membuat hatiku tenang setenang-tenangnya.

***********************************************************************************

Kadang-kadang Allah hilangkan matahari buat seketika.Dan Allah turunkan Guruh dan petir.Puas kita mencari menangis mencari matahari.Rupa-rupanya Allah sediakan pelangi untuk kita.Alhamdulillah,setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

*SEKIAN*






24 comments :

✿Lady Ainaa✿ said...

nice cerpen... keep it up.. byk iktibar yg ena dpt.. ena ni masih lemah dgn rintangan.. byk dlm cerita ni menguatkan dri ena...

Lina md. munir said...

Cinta akan datang bila sampai waktunya. Belajar dulu rajin-rajin dan gengam kejayaan di tangan dulu sayang :-)

are_lin@yu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Trisna N said...

very nice you cerpen :)
jangan lupe comment in my article :D

aina said...

nice cerpen....btw...cinta tu dtg sendri...
mcm tu jer...

Zulaikha Amielia said...

bercinta-cinta jugak belajar jangan lupa. btw, jemput follow dan comment di entry sya balik

wawa rahmat said...

nice cerpen =)

NAISMA said...

Cerpen yang menarik.

DeqNa Azhar said...

kita suka..sampai kita nangis~ahakss jiwang karat

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

awak.. jom terjah cerpen dgn novel saya pulak.. :)

bilatintadikarang.blogspot.com

qeysahbaby said...

Nice entry..jalan cerita yg menarik..keep it up ! :)

LeenNajib said...

nice entry. suke wt cerpen rupenye :)

MissNick said...

keep it up....good job :)

chocola winkwink's said...

sedih giler cerita tapi best :'D

Yana Blogger said...

wow!great story sys! penggunaan ayat tepat dan bahasa yang spontan membuatkan sy begitu seronok utk mengetahui selanjutnya! Keep it up sys!

nadia egie said...

so sweet :') kdg2 kita cuma kna sabar klau nk dpt apa yg kita nak .. n tak bole serbu tk pkai helmet kan .. :)

Afiqah Hani said...

Sweet sangat :) Nice work :) teruskan menulis :)

Aizan Shazlin said...

Masya-Allah, sweet sgt cerpen ni..best sgt jalan cerita dia..

Cik Qaseh said...

xde bnyak tekanan dgn cerpen ni..agak ringan..menarik...:)
teruskan berkrya..

Yanie Andierah said...

=') menarik.

Wan Areisya said...

nice cerpen.. x puas baca :)

diniadilla.ag said...

great (:

Misz Mieza said...

Good job! Cuma penggunaan bahasa Inggeris tu boleh diperbaiki lagi ye dik.. =)

sya fiqaf said...

bile nk update cerpen bru??
xsbar mnanti karya sterusnya.. ;)