CERPEN : Kisah Cinta Si Tomboy


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
 
''Woi mangkok ! Bangun.Pergi kolej ! '' Jerit ibu kepada Nad sambil menarik selimut Nad.
 
'''Arrrmm..Baru pukul berapa...Lambat lagi lah bu.'' Jawab Nad dan menyambung tidur nya semula.
 
''Haih ! NUR NADIA BINTI AMIR JELANI a.k.a NAD AMIR !!!! Bangun !!!!! '' Jerit ibu Nad.Bagai nak runtuh bangunan KLCC jika ibunya menjerit.
 
Kalau ibunya tak menjadi tarzan pagi-pagi jangan harap Nad bangun.
 
''Okey..okeyy..'' Jawab nad lantas bangun dari katil dan berlari menuju ke bilik mandi.
 
''Hoi , siapa nak kemas bilik kau ni haa ? Bilik macam tongkang  pecah.''
 
''Ibu lah yang kemas..LALALALALALA '' Jerit Nad dari dalam bilik mandi.
 
''Ya Allah.Ada anak dara tapi rupa ada anak bujang jer.Nadia , Nadia..'' Ibu mengeluh.

Inilah rutin harian Nad.Sudah sepuluh tahun ayah Nad meninggal.Dan disebabkan itu Nad mengubah penampilannya demi mempertahankan keluarganya.Hanya ibu nya sahaja tempat dia bergantung.
 
*********************************************************************************
 
Nad berlari menuju ke dewan kuliahnya.Dia tahu sudah terlambat.Dan dia tahu dia ada kelas bersama Proffesor Zoliani yang teramat garang , bengis dan menakutkan itu.
 
Nad terus berlari dan berlari.Tiba-tiba 'debuukkk' Nad terlanggar bahu seseorang dan menyebabkan Nad terjatuh.
 
''Aduh.....'' Nad mengaduh.
 
''Maaf.Saya tak sengaja tadi.'' Pinta seorang lelaki.
 
''Ya Allah ! Kau buta ke ? '' Nad memarahi lelaki itu tanpa memandang wajah lelaki itu. ''Ada luka tak..ada tak ?'' Tanya Nad seorang diri sambil memeriksa lengan nya.
 
''Huh ! Selamat tak ada.'' Nad terkejut.
 
''Kalau awak sakit mari saya hantar pergi klinik....Bro..'' Kata lelaki itu.
 
Mata Nad membuntang apabila mendegar lelaki itu memanggilnya bro.Nad berdiri.
 
''Hoi,aku peremm..'' Kata-kata Nad terhenti di situ apabila melihat kekacakkan wajah lelaki itu.
 
''Ouh.Perempuan rupanya.Maafkan saya.Saya ingat student lelaki.Nak pergi kelinik ke ?''
 
Nad hanya mendiamkan diri.Masih terpegun melihat kekacakkan wajah lelaki itu.
 
''hello..awakk..''Kata lelaki itu sambil memetik jarinya.
 
''Ehh.Sorry.Apa awak cakap tadi ?'' Kata Nad sambil meletakkan tangan di bahu lelaki itu.
 
Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan memberi isyarat supaya tangan Nad dialihkan.
 
''Opss.Sorry'' Kata Nad.
 
''Okeyh,kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu.'' Kata lelaki itu dan berlalu pergi.
 
Nad mengejarnya.
 
''Ehh..Jap.Nama saya Nur Nadia.Tapi orang panggil Nad je.Awak ?'' Tanya Nad sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
 
Lelaki itu mengangguk. '' Saya Muhd Nadzrin.'' Jawab lelaki itu tanpa menyambut huluran salam lelaki itu.
 
''Eh..Nak dekat sama lah ! Ada jodoh tu.'' Kata Nad sambil menepuk bahu Nadzrin.

Nadzrin hanya tersenyum.
 
''Okeyh.Jumpa lagi.Bye.'' Kata Nad sambil melambai.
 
Nadzrin hanya mendiamkan diri.Tekaku melihat perempuan yang seperti lelaki itu.Hanya gelengan sahaja mampu diungkapkan.
 
********************************************************************************
 
Selamat hari ini Proffesor Zoliaton tidak hadir ke kolej kerana ada hal.Nad mengambil peluang ini untuk melepak di kafe bersama kawan karibnya Don.
 
''Weyh Don ! Tadi aku ada jumpa mamat ni hensem gila kaw kaw punya hensem.Macam Aaron Aziz.Badan dia tough macam Fahrin Ahmad.Pakai baju kemeja sendat kat dada tu hah.HAHA.'' Kata Nad kepada Don.
 
''HAHA..AHAH..Bu..bu..kann ke..e ka..ka..kau je..ee yaa...ng hen....hen...semm kaa..at ko..ko..ko..lej ni ? Kata Don yang memang gagap orangnya sambil membetulkan kedudukan kaca mata nya.
 
''Ehh..Kau melampau nampak ! Tapi dia ni memang terpaling hensem pernah aku jumpa lah..''
 
''Kaa..u sss..uka diaaa kee ? '' Tanya Don.
 
''Ehh..mana ada.Kau tahu kan aku tak percaya cinta...bende ni,Karutt..'' Nad berfikir sejenak. ''Ehee Don . tapi tak mustahil kan aku bercinta ?''
 
''HAHA..HA.HAH.Kau bercinta ?Laa.waakk lah.''
 
''Hoi ?! Dah kurang dah gagap kau bila aku cakap aku nak bercinta ?! '' Nad menunjukkan penumbuknya.
 
''HAH..HA..Maa...ma..mana a..da.'' Kata Don.Sudah berapa kali dah Don disepak oleh Nad yang perangai macam jantan tu.Don tidak mahu sejarah berulang lagi.Sakit , perit , merana.
 
**********************************************************************************
 
Nad duduk di atas meja dan bersembang dengan Don sementara tunggu kelas yang berikutnya.
 
Dalam beberapa minit sekumpulan perempuan yang dikatakan 'hot' di kolej masuk ke dewan kuliah tersebut.
 
''Haduyaii..Minah miskin pakaian ni pulak dah ! ''Jerit Nad.
 
''Miskin pakaian pon ,perangai aku rupa perempuan.Kau ?! Dasar PENGKID !'' Jerit Syarlina dan terus ketawa bersama rakannya.
 
''Kurang hasam !'' Nad terus turun dari meja dan memberi tamparan yang hebat pada wajah Syarlina.Dia memang cukup marah apabila orang gelarkan dia pengkid.
 
''Lu jaga mulut lu haahh..Mulut lu serupa dengan loji haa.'' Marah Nad.
 
''Eleh.Kalau aku mulut loji , kau mulut sampah !.'' Kata Syarlina.
 
''Kurang ajar !'' Nad hendak menghadihkan tamparan tapi dihalang oleh seseorang.
 
''Tak malu ke perempuan sama perempuan bergaduh ?'' Kata Nadzrin.
 
''Ehh.Awakk.'' Nad tersenyum melihatnya. ''Eh ! Mana ada awak.Dia ni haaa.Minah tak cukup kain ni haa mulakan dulu.'' Kata Nad.
 
''Hoi ! Kau yang mulakan dulu.'' Jerit Syarlina.
 
''Lina , dah lah tu.'' Kata Nadzrin.
 
''Apa Pak Usu.Memang dah dia yang mulakan dulu.'' Kata Syarlina.
 
''Wait wait wait ! Wohhoo.Pak usu ? '' Nad membuat muka pelik.
 
''Yes ! This is my uncle.Why ? For your information , kau tak layak bersaya awak dengan dia.Dia bukan student sini.Tapi dia mengajar kat sini.Dan aku nak kau tahu...''
 
''Lina..Cukup.'' Nadzrin menghentikan ayat Syarlina. ''Dah.semua balik tempat..Lina and errmm...apa nama tadi ?'' Tanya Nadzrin kepada Nad.
 
''Nur Nadia binti Amir Jelani.'' Jawab Nad sambil tersengih.
 
''Okeyh.Nadia and Lina jumpa saya lepas ni.''
 
*********************************************************************************
 
''Awak berdua sebagai student di kolej ni patut menunjukkan perangai dan moral yang baik.Bukan macam tadi.Kalau lelaki saya faham.Tapi perempuan.Jagalah maruah tu sikit.'' Kata Nadzrin mulakan bicara di bilik pejabatnya.
 
''Dear Pak Usu , not my false.Dia yang ejek Lina..miskin kain bagai.''
 
''Hoi ! Kau agak-agak arr.Kau yang cakap aku pengkid!Pantang aku haih ! '' Tengking Nad.
 
''Hey ! Sudah lah.Tak malu ke orang tengok.''
 
''Hahh ! Whatever lah Pak Usu.'' Kata Lina lalu keluar dari bilik pejabat milik Encik Nadzrin.
 
''Nadia..'' Panggil Nadzrin.
 
''Ehh..awakk..Ehh..Encik ingat nama saya ?'' Tanya Nad sambil tersenyum.
 
''Tolong ubah perangai awak.Okeyh , kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar.''
 
''Ouh.Okey encik.'' Nad keluar dari bilik pejabat Nadzrin.
 
''Encik !'' Sapa Nad kembali di muka pintu.

Nadzrin terkejut.
 
''Jumpa lagi.'' Kata Nad.
 
Nadzrin hanya tersenyum.
 
***********************************************************************************
 
Sudah sebulan Nadzrin mengajar di kolej ini.Dan sebulan juga lah dia terpaksa hadapi Nadia yang tidak putus-putus ngorat dia.Student ngorat 'lecturer' memang pelik bunyinya.Tapi , Nad kisah apa.Hati Nad sudah dicuri oleh Nadzrin.
 
Walaupun sepengkid-pengkid Nad tu pon,Nadzrin geli hati melihatnya.Pagi-pagi atas meja mesti ada nota dari Nad.Hai Nadia Nadia !
 
********************************************************************************
 
Nad sedang termenung.Sudah sebulan dia 'try' Encik Nadzrin namun tiada jawapan.
 
''Termenung pasal LELAKI !'' Spaa ibu di muka pintu.Nad terkejut.
 
''Oi mak kau , aku jatuh cinta !'' Nad melatah.
 
''Oooooo.Sejak bila kau jatuh cinta ?.'' Tanya ibu.
 
''Eee...ibu ! Masuk bilik orang bagi lah salam dulu ! Ibu nii..Busy body hal orang lah.'' Kata Nad.
 
''Allah hai..Anak ibu.Suka hati ibu lah.'' Kata ibu. ''Kau jatuh cinta kat siapa ni haa..Cer cita dengan ibu sikit.'' Tanya ibu.
 
Nad tersenyum. ''Allaa buu..Adalah satu mamat kat kolej Nad bu..Nama dia Muhd Nadzrin.Nak dekat sama kan nama kitaorang.Ada jodoh kan bu ? HAHA.''
 
''Merepek lah kau.Nama sama ingat jodoh lah tu ? Hey ! Kau cermin diri kau dulu.Besar dah hah aku belikan cermin untuk kau ! Tak cukup lagi ?'' Kata ibu.
 
''Allaa bu.Tapi dia dah curi hati orang bu.Kalau ibu nak tahu ,  Nadzrin tu lecturer kat kolej orang....haaa..'' Kata Nad dengan angkuh.
 
''Apa ? Kau gila ke ? Ya Allah.Aku tengok cermin kat bilik kau ni elok je.Tak retak pon.Ada hati anak aku nak bercinta dengan lecturer sendiri.HAHA.''
 
''Ibu ! Orang cakap betul lah.''
 
''Hah ! jangan dikau merepek lagi sayang.Tidor !'' Kata ibu lalu keluar dari kamarnya.
 
Setelah ibu keluar , Nad terus kan lamunannya.Nad sentiasa berharap agar Nadzrin akan menjadi miliknya.
 
********************************************************************************

Sedang Nad berjalan-jalan di sekitar KL , Nad merasakan ada seseorang mengikutnya.Bila Nad menoleh ke belakang , tiada siapa ! Mungkin hanya perasaan dia sahaja.

Tiba-tiba , seorang lelaki telah meragut beg sandangnya.Nad jerit meminta tolong.Mujur ketika itu Nadzrin lalu di situ.

''Kenapa ni ?'' Tanya Nadzrin.

''Ehh..encik...'' sempat juga Nad melayan perasaan. ''Eh! Beg saya kene ragutt..'' Sambung Nad.

''Mana ?'' Tanya Nadzrin.

''Tu , lelaki kepala botak tu.''

''Tunggu sini.Jangan pergi mana-mana.'' Kata Nadzrin.

Nadzrin mengejar lelaki berkepala botak tersebut.Nad hanya mengekori langkahnya.

Nadzrin dapat menangkap lelaki tersebut , namun lelaki itu melawan.Nadzrin dan lelaki berkepala botak itu lawan anatara satu sama lain.Tiba-tiba , lelaki kepala botak mengeluarkan pisau.Malang sekali Nadzrin cuba mengelak tapi terkena pada bahu kirinya.Alhamdulillah , dengan panangan tumbukan padu oleh Nadzrin , lelaki itu mengalah dan terus berlari.

Nad yang hanya lihat aksi itu ,terpegun.Terharu dengan perbuatan Nadzrin mempertahankan dia.Nadzrin mengambil beg sandang Nad lalu diberikan pada Nad.

''Encik tak apa-apa ? Tangan encik darah ni.Jom.Ikut saya.'' Kata Nad sambil tarik tangan kanannya.

*** ''Macam mana ?'' Tanya Syarlina.

''Sorry boss.Uncle bos lawan saya tadi.'' Kata lelaki kepala botak itu.

''Bodoh ! Kau buat kerja tak sistematik ! Menyesal aku ada anak buah macam kau !'' Kata Syarlina.

''Sorry boss.Uncle boss terlalu kuat.Sakit aku dia tumbuk aku.Upah boss ?''

''Upah ! Upah ! Buat kerja pon tak memandang.Aku bayar kau separuh dari harga biasa.Aku tak nak kau ganggu hidup aku dah.Belah ! '' Kata Syarlina kepada lelaki berkepala botak itu.

''Okeyh boss.Thank you.'' Kata lelaki itu dan terus berlalu.

'Tunggu lah kau pengkid.Ada hati nak rapat dengan Pak Usu aku.Hemhh.' Kata-kata Syarlina hanya bergema dalam hati.

********************************************************************************

Nad merawat Nadzrin di rumahnya.Mujur ibunya tidak bekerja hari ini.Kalau tidak , terpaksa lah Nadzrin pergi ke klinik.

''Encik kalau nak berlawan hati-hati.Ni baru sikit.Kalau dia tikam perut ke dada ke , siapa yang susah.Saya jugak tau.'' Bebel Nad sambil mencuci luka Nadzrin.

''Awak tak payah risau.Saya tahu jaga diri saya sendiri.Awak tu yang perlu dirisaukan.Masih mentah.''

''Eyh ! Hello encik Nadzrin ! Sementah-mentah saya , saya berakal tau.Bukan macam anak sedara encik tu.Si Syarlina tu.Eee..Gedik.'' Kata Nad sambil buat aksi kegelian.

''HAHA.Dia memang macam tu.''

''Encik,saya nak tanya satu soalan boleh ?''

''Tanya lah ? Apa dia ?''

''Kenapa erk encik selalu tak balas nota-nota saya.Saya bagi coklat semua encik tak makan.Encik bagi student kan ? '' Tanya Nad.

''Hemmhh.Saya tak suka coklat.Nanti rosak gigi saya.''

''Ouhh..Encik suka saya tak ?'' Tanya Nad sambil mengebil-ngebilkan matanya.

''Hoi.Apasal kau tanya macam tu dekat encik Nadzrin ni ?'' Marah ibu yang muncul dari dapur.Agak kuat suara Nad hingga boleh terdengar oleh ibu.

Nad hanya menunjukkan muka masamnya.

''Okey lah.Saya nak balik.Ada hal.'' Kata Nadzrin.

''Ehh.Encik tak jawab lagi pertanyaan saya.'' Nad menahan nya dari pergi ke pintu rumah.

''Cari jawapan tu ye.'' Jawab Nadzrin.

''Okeyh.Saya tak kan putus asa encik.'' Kata Nad semangat.

''Mak cik , saya balik dulu.Terima kasih Nad.Assalamualaikum.'' Ucap Nadzrin.

''Waalaikumussalam.'' Jawab Nad dan ibu serentak.

Nadzrin berlalu keluar.Nad hanya tersenyum memandang ke awan di muka pintu rumah.

''Tak payah nak berangan sangatlah Nur Nadia hoii.'' Jerit mak dari dalam rumah dan menghentikan lamunan Nad.

*********************************************************************************

Satu kolej kecoh dengan gambar yang tersebar.Gambar Nad dengan Don yang melakukan kerja yang tidak senonoh.

Nad datang ke kolej dengan wajah yang ceria.Tapi bila melihat pelajar kolej memandangnya dia hairan.Apa yang tak kena pada dirinya.Dia memeriksa tubuh nya takut ada suatu yang tak kena.

Nad terjumpa Don yang sedang duduk di tangga.Wajah Don kelihatan muram sekali.

''Woi Don ! Apa masalah diorang ha ? Tengok-tengok aku.Maybe aku cantik kot hari ni.'' Kata Nad lalu ketawa.

Don hanya mendiamkan diri.

''Hoi ! Kau dah bisu apa ?'' Jerit Nad sambil menepuk belakang Don.

''Eeee..Tak sangka diorang buat kerja tak senonoh.GAY kowt.HAHAHA'' Kata Syarlina lalu ketawa bersama rakannya.

''Apa masalah lah minah ni ?''

''Hey ? Kau tak tahu ke ? Gambar kau buat kerja gila tu dah tersebar luas ?'' Kata Aliya rakan kepada Syarlina.

''Apa ? Gila ke kau ! Aku still waras lah nak buat kerja gila tu.Bukti mana bukti yong ?'' Tanya Nad.

''Ouh.Tak tengok lagi rupanya.Kat sana tu ada bukti..'' Kata Syarlina sambil menunding jari ke arah papan kenyataan yang ramai pelajar betenggek di situ.

Nad berlari ke papan kenyataan tu.

''Woi sana lah ! '' Jerit Nad sambil menolak kesemua pelajar.

Betapa terkejutnya Nad melihat gambar dia dan Don sedang bercium.

Nad terus mendapatkan Syarlina.

''Hoi ! Ni kerja kau kan ?! Kau tak puas hati dengan aku kan ?!'' Jerkah Nad.

''Wow.Budak Gay dah marah lah.HAHA.Hey pengkid ! Dah terang lagi bersuluh kau memang gay kan ?Tak malu.Lepastu ada hati nak ngorat Pak Usu aku.Eeee..Tak ingin aku berbesan kan pengkid macam kau !'' Kata Lina dan berlalu pergi.

''Weyh Don ! Jom ahh bawa perkara ni kat atasan.'' Kata Nad kepada Don yang masih lagi duduk di tangga.

''hemm..hukk..Huwaaaa..'' Don menangis.

''Hoi.Asal kau nangis.''

''Aaa...kuu Ta..aa..kut Ma...ak aku ma..maa.raa..ah..'' Kata Don yang masih ada dalm sisa tangisan.

''Jap.Aku nak jumpa encik Nad..'' Kata Nad terhenti apabila menoleh untuk naik ke tingkat atas.Nadzrin sudah menghadapnya.

''Ikut saya.'' Kata Nadzrin.

*********************************************************************************

''Tak malu ke buat perbuatan ni ? Malu kolej tau malu..'' Kata pengurus kolej En.Sariman.

Nadzrin turut berada di situ.

''Percayalah Encik.Kami tak buat benda semua tu.Ada orang sabotaj.'' Kata Nad mempertahankan diri.

''Dah jelas-jelas gambar awak berdua.'' Kata Nadzrin.

''Mana ada encik.Percayalah.Saya di pihak yang benar !'' Kata Nad lalu mengetuk meja tersebut.

''Opss.Sorry.'' Kata Nad apabila melihat semua orang diam memandangnya.

''Saya akan gantung kolej awak atas kesalahan awak lakukan ni.'' Kata En.Sariman.

''Encik tolonglah !Kalau mak saya tahu mati saya kene kelar dengan ibu saya.Bukan saya yang buat.Syarlina yang sabotaj saya.'' Kata Nad.

''Awak dah lakukan kesalahan , awak nak tuduh anak sedara saya pulak yang buat.Hey ! Orang jeni s apa awak ni ? Sedar lah sikit.'' Marah Nadzrin.

Nad terkejut mendegar Nadzrin mempertahankan Syarlina.

''Kalau encik nak pertahankan sangat anak sedara encik tu silakan.Tapi tolonglah ! Siasat dulu.Yakin saya di pihak yang salah atau betul.Dalam diri encik ni tak ada kepercayaan ! Tanamkanlah kepercayann tu sikit demi kerja encik , keluarga mahupun cinta ! '' Balas Nad dalam keadaan geram dan berlalu keluar dari pejabat.

Nadzrin terdiam.Ada betul kata Nad.Dia salah atau Nad yang betul itu dia tidak tahu.

''Saya keluar dulu En.Sariman.'' Kata Nadzrin.

''Baiklah.'' Balas En.Sariman.

********************************************************************************

''Okey class..Boleh bersurai.'' Ucap Nadzrin.

Setelah kelas bersurai dia terlihat ada 'pendrive'' pleajar tertinggal dia atas meja.Tiada nama yang ditulis pada 'pendrive' tersebut.Jadi terpaksalah dia membuka fail dokumen untuk mengesan pemiliknya.

''Emhh.Lina ,lina.Carless sungguh.'' Kata Nadzrin seorang diri sambil mengelengkan kepala.

Tiba-tiba ada satu fail yang menarik perhatiannya.Dia membuka Fail tersebut.Terdapat dua foto yang pernah dia tengok.Satu gamabar Nad elok bersama Don.Tiada sebarang benda yang tak senonoh.Satu lagi telah diedit dan sebiji seperti gambar yang tersebar di kolej.

Baru dia tahu , dalangnya adalah Syarlina.Nadzrin menyesal kerana menuduh Nad melakukan perkara tak elok.

*** Syarlina dipanggil untuk mehadap pihak atasan.Syarlina terpaksa mengaku apabila didesak oleh Nadzrin.

Nadzrin menyesal dengan perbuatannya.Nadzrin terus membuat panggilan dengan Nad , tapi tidak diangkat.

***********************************************************************************

Di kampung Puan Khamisah iaitu ibu kepada Nad..

''Udah lah Nadia oii.Tak payah kenang sangat secret admire kau tu.Ada dia kisah bila kau kene fitnah ? Tak kan ?'' Kata ibu kepada Nad yang duduk di tangga kayu di hadapan rumah.

''Tapii ibuu..''

''Tapi apa ? Kau suka dia ? kau cinta dia ? Kau nak kahwin dengan dia ? Lupakan lah.'' Kata ibu.

''Tapi , hati orang dah memang ada kat dia.Nak buat macam mana.'' Kata Nad.

''Hati saya pun dah ada kat awak.'' Kata Nadzrin yang muncul tiba-tiba.

Nad terkejut melihat Nadzrin tiba-tiba muncul dihadapannya.

''Assalamualaikum.'' Ucap Nadzrin.

''Waalaikumussalam.Hahh encik Nadzrin.Sembanglah dulu erk.Mak cik ada kerja kat dalam.'' Kata ibu dan berlalu masuk ke dalam.

''Mana encik tahu kampung saya ?'' Tanya Nad.

''Don yang bagitahu.'' Kata Nadzrin terseyum.

''Buat apa datang sini ?'' Kata Nad.

''Cantik baju kurung awak.Awak pon berseri bila pakai macam ni.'' Kata Nadzrin hanya mengambil hatinya.

''Bukan tu je kan encik nak cakap ? '' Kat Nad.

Nadzrin mengangguk.

''Semua dah dijelaskan.Awak tak bersalah.Syarlina kirim kemaaafan.Dia yang lakukan semua tu.Dia edit gambar awak.Saya pon nak minta maaf sebab tuduh awak.''

''Serious ? Tu lah.Saya dah kata.Saya di pihak yang benar.'' Kata Nad lalu menepuk bahu Nadzrin.

''Ouh..Maaf.'' Kata Nad.

''Dan sebab tu lah saya datang sini untuk minta maaf...sekaligus lamar awak.'' Kata Nadzrin.

Nad terkejut.

''Nur Nadia Binti Amir Jelani , sudikah awak menjadi suri hati saya ? '' Ucap Nadzrin.

Nadia terus mengambil kotak cincin tersebut lalu mengangguk.

*********************************************************************************

''Itulah kisah terindah Bagi mama dan papa.'' Kata Nadzrin kepada Nur Nadhirah Binti Muhd Nadzrin yang berumur 7 tahun.

''HAHA.Mesti masa muda mama comel kan papa ?Sebab tu papa suka kat mama.'' Tanya Nadhirah.

''Masa muda mama tak comel.Mama macam lelaki.Sekarang baru comel.Tapi papa buta.Papa pilih mama jugak.Sebab cinta itu buta.'' Kata Nadzrin sambil mencuit hidung Nadia.

Kisah yang terindah dalam alam percintaan.Sifat percaya harus ada dalam percintaan agar percaya antara satu sama lain.

-SEKIAN-

 



32 comments :

amir faiz said...

nice

ZieraSigadisKecik said...

boleh jadi penulis ni.:D

syahganu said...

best...tak pernah baca perempuan pikat lelaki tapi..cerita mendatar..kalau ada cabaran sikit lagi best rasanya...hihi..nice cerpen..

Hidayah Idris said...

Wahhh, best cerpen ni. :) Ada bakat. Boleh jadi penulis kalau macam ni. :D

Izza Sakura said...

bce cerpen di sini ,best jg,truskan usaha

Nurul Farhana said...

hai2..saya da follow awak balik..
cerite die boleh tahan
semoge sukses2 selepas ni :)

Emma Althafunissa Deliysma said...

Best Cerpen awk :D ..

Iaz Steady said...

Best !! Suka² !! Nak lagi cerpen ? Hehe

Fatin Nur'Aqillah said...

Wah..Bestnya cerpen awak..Next time kalau free buat lgi tau..Ada bakat nak jadi penulis yang glamour ni.

Cik Eyqaleysha said...

best.. :) (ayusham qaseh sham)

dya zafira said...

nice :)) ade bakat . keep it up girl (Y)

Eizza Lee Arish said...

Best :) kalau complicated lagi masalah yg berlaku lagi best. Apapa pun teruskan bt cerpen! Boleh baca free. mwehehe

meerasmira said...

besttt suka sgt :)

FaLya said...

haha..mak nad rock eh?hee

Anis Zulhas said...

Waa! Bestlah! Nadia dengan Nadzrin sweet je :D

womahimia said...

cute story XD

cik chenta said...

wah nice gila citer ni .. suka :D

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

suke la. nadia dan nadzrin ;) hehe.. tomboyy bagai. hehee

Julia Kamaludin said...

haha don gagap...
but nice la cerita awk...
kembgkan lah bakat tu,gud luck ok!!!

Noraqilah Johari said...

wah..pasni blh jadi penulis t'kenal la =)
best sgt =)gudluck dear =)

.pasni blh jadi penulis t'kenal la =)
best sgt =)gudluck dear =)

Nunu Yusop said...

wah! kenapa tak post cerita ni kat penulisan2u? boleh pergi jauh~

Helloimdiyana said...

ade bakat jadi penulis :)

Gadess.Butterfly said...

wahh ..nice cerpen (Y) goood job .suka suka ..sweet :)

preety sung said...

nice ! keep it up dear :)
jalan cerita baguss . kalau suspen sikit lagi best~
mak Nad ganas jugak eh . hihi

AFIFAH NATRAH ™ said...

nice...berbakatlah awak nii...teruskan menulis yea..

zulhilmi tempoyak said...

nice art/.

Nurul Aqila Azmi said...

nice sayang!! macam pernah baca je cerita ni.....huhu good job!!

Nurfara Hani said...

best cita ni:) boleh buat novel ni.

Eyza said...

Sweeeeeet ! Best la cite ni :D

Seindah Langit Biru said...

best crita nihh..

myna crazzy said...

best cerpen ni..teruskan menulis ye

Ojie Montel said...

terbaik arhh. best of luck utk yg seterusnya tp biar ar ad cabaran sikit