Cerpen : Aku seorang Isteri


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Perkampungan sawah padi yang luas terbentang , bermulalah kisah cinta kita.Aku sangkakan semanis cinta ''Romeo and Juliet'' tapi sangkaan aku salah.Kusangkan panas hingga ke petang.Tetapi hujan pada tengah hari.Cinta yang aku lalui bersama kau teramat pahit.Pahit di hatiku.Aku , Aku Nur Suhaila sudah sah menjadi isteri mu Anuar Syafidan.Suamiku Anuar , andai aku tiada........

Sedang aku bernyanyi lagu ''Anak kampung- Jimmy Palikat ft One Nation Emcees'' sambil menaiki basikal mengelilingi sawah padi yang terbentang.....

Poonn !! Pon !!!

''Oi mak kau anak kampung ! '' Latah ku.Aku tidak dapat kawal basikal yang ditunggang.Lalu , 'gedebuk!' jatuh dalam sawah.Habis bajuku kene lumpur.

''Aduhh ! Hoi , tak reti bawa kereta ke ?! '' Jerit ku kepada pemandu kereta tersebut.

Kereta itu berhenti di hadapanku.Lalu pemandu itu pon turun.

Dengan gaya ala-ala 'poyo' seorang lelaki yang lebih kurang seumur dengan ku membuka kaca mata hitam.

''Hey ! Kau tak reti bawa elok-elok ke ? Jangan berlagak lah ada kereta besar kalau masih tak ada lesen lagi ! '' Marah ku walaupun aku masih duduk bersimpuh di tepi jalan sambil menahan kesakitan di kaki.

''Eh ! Sorry sikit.Kau tu bawa basikal jer.Macam lah jalan ni kau punya sorang je.Dah lah bawa basikal tengah-tengah jalan.Aku salah ke , kau yang salah ? '' Kata lelaki itu.

''Ish ! Cantiknya bahasa kau ? Sukahati aku lah ! Hergghh ! ''  Aku cuba untuk bangun walau dengan lelaki yang begitu perit untuk ditegakkan.

''Eleh.Jatuh sikit jer pon.Belah lah ! '' Lelaki itu terus pergi bersama kereta yang dirasakan megah sangat tu.

''Tak ada adab ke ! Bukan nak tolong ke apa ! Kalau macam ni lah perangai bakal suami aku , memang aku bujang sampai ke tua lah. '' Pelan-pelan aku menuntun basikal ku dengan kaki terjengkut-jengkut pulang ke rumah.

*********************************************************************************

Di teratak kampung ku yang telah memberi jasa pada ku sekeluarga...

''Aduh makk ! Sakit lah.Jangan lah kuat sangat.'' Aku mengaduh kesakitan.

''Haish.Tahan lah sikit,Sapa suruh hang dok cari pasai tengah jalan tu.Aku suruh hang duduk rumah tolong aku masak , yang hang pi merayau tak tentu pasei.Terima lah padah hang ni hah.'' Bebel mak aku.

Aku terdiam.Kalau aku menjawab , lagi beribu-ribu patah perkataan yang keluar.

''Su , hang nak sambung belajar lagi kaa , nak cari kerja ?'' Tanya bapak ku yang sedang menghisap rokok di tangga rumah.

''Su ingat , su nak cari kerja lah pak.Su kesian tengok mak dengan pak penat kerja.'' Jawabku.

''Bagoih lah ! Hang dok pi belajar dekat KL tu pon dah berapa tahun.Elok sangat lah tu.'' Kata bapak.

''Hang tak mau kerja pon tak po su.Hang kawin dengan orang yang bergaya sikit.'' Kata mak.

''Mak ! Apa ni.Tak mau lah cek.'' Kenapa mak boleh terfikir sampai ke situ.Aku tak bersedia lagi berkahwin dalam linkungan umur ku yang muda.

*********************************************************************************

''Assalamualaikum...'' Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Mak menjengah ke muka pintu.

''Waalaikumussalam.Eh ! Fatimah.Lamanya tak jumpa.Mai lah masuk.'' Mak bersalaman dengan Mak cik Fatimah lalu dipelukanya kejap.Mak menjemput Mak cik Fatimah yang sudah dikenali sejak kecil lagi.Tetapi berpisah selama 3 tahun atas mengikut suaminya ke Kuala Lumpur.Aku pelik , kenapa ramai sangat yang datang ni.Nak kata hari raya pon bukan.Selesai bersalam , aku terus ke dapur menyediakan apa yang patut.

*** Aku meletakkan dulang yang berisi cawan , dan kuih muih di atas meja ruang tamu.

''Segak nya dia.'' Kata Mak cik Fatimah kepadaku.

Mak tersenyum. ''Bila kita nak lancarkan majlis tu ? '' Tanya mak kepada Mak cik Fatimah.

''Haih.Kalau macam tu , tak kisah lah bila.'' Jawab Mak cik Fatimah.

Apa ni ? Majlis apa ?

''Assalamualaikum.'' 

''Waalaikumussalam.'' Jawab seisi rumah yang ada.

''Hah Esah ! Ini lah bakal menantu hang.'' Kata Mak cik Fatimah kepada mak.

Aku berpaling.Apa ?! Lelaki yang poyo semalam tu ? Menantu ? Aku anak tunggal mak dan bapak.Maknanya.........Oh tidak !!!

*********************************************************************************

''Mak ! Cek tak nak kahwin dengan mamat tu , makk..Tolonglah mak.'' Rengek aku merimaskan mak.

''Nama dia bukan mamat.Nama dia Anuar Syaifudin ! Sedap nama dia noh.Orangnya pon segak.Bergaya.Haish ! Tak kira.Mak dengan Mak cik Timah hang , dah setuju nak nikahkan hangpa berdua.'' Jawab mak.

''Apa ni mak ! Mak kenal tak sapa dia tu ?'' Tanya ku.

''Pasaipa dengan dia ?'' 

''Dia lah yang langgar su tu mak.'' Jawabku.

''Alaah.kira dah jodoh lah tu berlanggar-langgar ni hah.'' Jawab mak.

''Makk ! '' Aku buat muka monyok.Geram pon ada .Hish.

*********************************************************************************

Aku termenung melihat pemandangan sawah bendang.Fikiranku bercelaru.Usiaku masih muda untuk berkahwin.Kenapa mesti aku berkahwin , sedangkan umur ku masih 20 tahun.

''Aku sebenarnya tak nak kahwin pon dengan kau.'' Suara itu mengejutkan lamunan aku.Bila dia sampai ke sini.Ya Allah , kuatnya aku mengelamun.

''Kalau tak nak , asal tak tolak ?'' Tanya ku.

''Sepatutnya kau yang tolak.Bukan aku.Aku dah ada calon dekat KL, tapi mummy yang tak suka.Dia lebih suka kan kau.Aku tak paham betullah. Kenapa lah mummy minat sangat perempuan kampung yang macam kau ni ? Malang betul nasib aku.''

Debusshh ! Kata yang dihamparkan , terasa bagai ditusuk sembilu.

Anuar tunduk dan sepertinya hendak berbisik di telingaku. '' Kau jangan ingat , aku akan manjakan kau , sayang kan kau macam orang lain.I have my choice.So , kau terpaksa terima.'' Katanya lalu meninggalkan aku seorang diri.

Air mata ku terasa hendak berguguran.Kata cacian yang dia lemparkan teramat menusuk jiwa.Akhirnya, air mata dingin jatuh setitis demi setitis.

*********************************************************************************

Sebulan kemudian....

''Aku terima nikahnya Nur Suhaila Bt Yakub dengan mas kahwin 5 ribu ringgit tunai.'' Selesai sahaja lafaz itu , Anuar Syaifudin sah menjadi suami ku.

Selesai sahaja berdoa, si suami perlu menyarungkan sebentuk cincin kepada si isteri.Jelas terlihat wajah Anuar yang begitu masam.Sampaikan aku nak bersalam , dia masih was-was.Mak cik Fatimah , Ops !  Mummy suruh dia mencium dahiku.Tapi katanya , malu.

Ya Allah , inikah ujian yang pertama engkau berikan padaku ? Suamiku sendiri tidak mencintaiku.Aku akan usaha untuk mencintai mu wahai suamiku.

*********************************************************************************

Malam pertama perkahwinan....

Aku tak tahu nak buat apa.Aku hanya duduk di bangku solek yang tersedia dalam bilik yang besar rumah mummy Fatimah.Suamiku masih di ruang tamu berbual dengan mummy dan daddy.Entah apa yang dibualkan.

Tok ! Tok ! Tok !

Terjengul muka Anuar lalu masuk ke dalam kamar yang berhias indah.Langsung ! Langsung tak menegur ku.Anuar terus berbaring dia atas katil.Aku hanya diam.Diam ! Tak tahu berkata apa.

''Kau ambil toto dalam almari tu.Nah bantal ! Selimut pun ada dalam almari.Kau tidur bawah.'' Kata suamiku secara tiba-tiba dan membaling bantal ke bawah.Terkejut aku ! Kenapa sampai begini.Hina sangatkah aku merampas kebahagian kau suamiku ?

''Kau nak tidur ke tak nak ni ? Tutup lampu cepat !'' Arah suamiku.

Aku kelam kabut menyuruh segala arahan dia.

''Aduh ! '' Aku tersepak kaki bangku.Sakitnya kakiku..

''Aku suruh tu pon dah kelam kabut.Macam mana kau nak uruskan aku nanti ?!'' Ujar suamiku melihat keadaanku lantas baring semula.

Aku tidur ditemani air mata.Ya Allah , kenapa ini yang terjadi.

********************************************************************************

Seminggu kemudian..

''Hah , dah bangun dah anak mummy.Isteri bangun awal , suami bangun lambat.Apa lah Nuar ni.'' Sapa mummy sambil membawa bihun ke meja makan.

''Sorry mummy.Ngantuk sangat lah mummy.Menantu mummy tu bukan nak kejutkan suami dia.'' Jawab Anuar.

Kenapa aku pulak yang kena ?

''Maaf kan su abang.Su tengok abang tidur lena sangat.'' Jawab aku.

''Tak pa lah sayang.Nanti kejutkan abang erk , kita buat kerja ni sama-sama.Tak payah lah susahkan mummy.'' Kata Anuar dengan lembut dan romantis sambil membelai rambutku.

''So sweet.Nuar nak pindah bila ? Rumah tu dah tunggu Nuar.'' Tanya mummy.

''Insyaallah lusa mummy.'' Jawab Anuar.

''Boleh lah manja-manja kat sana kan.HAHA.'' Tanya mummy lalu masuk ke dapur.

Suami ku menjeling ke arahku.Aku tidak faham , kenapa aku mesti duduk serumah dengan lelaki kolot macam tu.Apa nasib aku nanti ?

*********************************************************************************

Anuar mencampak beg yang berada ditangannya.Aku yang diluar rumah terkejut.Aku beristighfar.

''Woi ! Kau angkat beg ni naik atas sekarang.Lepastu kau kemas semua barang aku.Aku nak keluar.Aku balik karang , aku nak tengok semua siap ! Faham ?!'' Aku hanya mengangguk.Tidak tahu apa yang aku nak ungkapkan.

''Apa lagi tercegat kat situ ?! Tak paham lagi ke ? Bodoh betul ! ''Marah Anuar lalu menghidupkan enjin kereta.

Bodoh ? Bodoh sangatkah aku ? Air mata sudah banyak berlimpahan sejak aku kahwin.Sampai tak sanggup keluarkan air mata lagi.Ya Allah , tabahkanlah hati hamba Mu ini.

********************************************************************************

3 Bulan aku berumah tangga dengan suamiku.Walau serumah , tapi tidak pernah sebilik.Aku tidur di bilik bawah.Suamiku tidur di bilik atas.Aku mahu bekerja tapi dihalang olehnya.Sudah puas kupujuk.Tapi dilarang nya juga.Kalau aku tahu ini nasib aku , tak akan aku bersusah payah sambung pelajaran aku.Biarlah setakat SPM.Buat apa kalau ada sijil tinggi-tinggi tapi muka hanya untuk mengelap , mencuci macam orang gaji.

*********************************************************************************

''Assalamualaikum abang...'' Sapa ku dalam telefon bimbit yang diberi hadiah perkahwinan oleh mummy.

''Nak apa ?'' Jawab Anuar dengan malas.

''Barang dapur dah habis.Su nak minta izin nak keluar beli barang.''

''Jangan balik lambat sangat ! ''

Selesai sahaja bercakap , suamiku terus mematikan talian.

Aku terus bersiap untuk tidak membuang masa lagi.

*** Selesai sahaja beli barang dapur , aku terus menuju ke perhentian bas.Anuar langsung tidak mahu menyediakan kemudahan pengangkutan buat ku kerana takut aku salah guna kan.Aku menunggu bas dengan barang yang begitu banyak.Terpaksa lah.

''Assalamualaikum su.'' Sapa seorang lelaki.

''Waalaikumussalam.'' Aku menoleh ke arah suara itu. Fahri ?

''Lama tak jumpa awak.Awak sihat ? '' Tanya Fahri lalu duduk di sebelah aku.

'' Alhamdulillah.'' Aku seakan malu dengannya.Padahal kami dah lama kawan.Mungkin lebih dari kawan semasa di kampung dahulu.

''Saya minta maaf sebab hilangkan diri masa...''

''Jangan ulang perkara tu lagi,boleh ?'' Aku memotong kata-katanya.

''Maaf.Awak...saya dengar awak dah kawin dengan Anuar anak mak cik Fatimah ?'' Tanya Fahri.

Aku mengangguk.Mungkin ibu Fahri merangkap kawan mak aku yang beritahunya.

''Awak tak bahagiakan ?''

''Kenapa awak cakap macam tu? Saya bahagia lah.'' Aku terpaksa menungkapkan kata itu walaupun hakikatnya hanya dalam mimpi.

''Kalau awak bahagia , suami awak tak kan biarkan awak beli belah dengan barang yang banyak ni , lepas tu suruh awak naik bas.Awak isteri ke hamba ?'' Jawab Fahri.

Aku terdiam.

''Kenapa diam ? Betulkan apa yang saya cakap ?'' Tanya Fahri.

''Dia busy..Busy dengan kerja.'' Jawabku.

Tiba-tiba , sebuah kerta parkir di depan perhentian bas.Aku kenal kereta tu.

''Tu yang aku malas nak bagi kau keluar tau.Pandai kau tipu aku erk ? Masuk kereta sekarang ! '' Tengkin Anuar ke arah ku dalam khalayak ramai.

Aku menurut sahaja kata-katanya.

''Anuar , asal kau buat isteri kau macam tu hah ? '' Sampuk Fahri.

''Kau sapa nak nasihat kan aku ? Tak cukup lagi ke kau nak rampas business bapak aku.Sekarang kau nak pengaruh su pulak ?! Masa kau nak tunang dengan dia , kenapa kau lari ? Tak bertanggungjawa ! Entah-entah kau dengan su....''

Debusshh ! Fahri menumbuk pipi Anuar.

''Kau agak-agak lah sikit.Suhaila tu tahu mana baik dan mana buruk ! Kau tak kenal dia lebih dalam ! Lelaki jenis apa kau ni !'' Marah Fahri.

Anuar diam sambil memegang pipinya.Anuar menahan geram.

'Siap lah kau suhaila!' Anuar terus pergi tanpa membalas tumbukan Fahri.

Di dalam kereta , Anuar hanya diam.Aku pelik.Kenapa Anuar tidak memarahi Fahri yang telah menumbuknya ?

*** Selepas sampai di rumah.

Debukk ! Anuar menolak ku sampai aku jatuh.

''Aku suruh kau pergi beli barang dapur.Bukan mengadu domba dekat bekas kekasih kau !Sekarang aku tahu apa muslihat kau ! Kau jangan keluar rumah dah ! Aku bagi muka , kau pijak muka aku.Tak guna !'' Anuar tidak tahan kemarahan nya.Dia mengambil tali pinggang lalu memukul ku tanpa belas kasihan.

Puas aku meraung , tapi Anuar tidak henti memukul ku.Sakit ! Perit !

''Kau jangan jumpa lagi dengan lelaki tu ! Kalau aku nampak , siap kau aku kerjakan.'' Amaran Anuar dan terus berlalu menuju ke tingkat atas.

Ya Allah , inikah dugaan yang engkau berikan ? Aku menahan kesakitan yang ada di tubuhku.Aku terlantar kesakitan di ruang tamu.

*******************************************************************************

Suamiku sedang menonton televisyen di ruang tamu.Nak ke tak nak cakap kat dia.Aduhh.Nanti merana pula.

''Abang..'' Sapa ku.

''Nak apa ?!'' Belum sempat ku tanya dah melenting.

''Su nak pergi klinik.Dalam dua tiga hari ni , zu kerap sakit kepala.''

''Kau ingat aku nak caya dengan propaganda kau ? Kau nak pergi klinik ke , pergi dating dengan Fahri tu ?''

''Tak bang.Sumpah! Su nak pergi klinik.''

''Tak payah.Dalam peti sejuk tu , ada ubat pening.Kau sumbat je.Tak payah nak keluar rumah.Macam lah aku caya sangat kat kau.''

''Tapii...''

''Kau tak faham ke cakap aku ?! Kau degil sangat kenapa !Menyusahkan hidup aku lah kau ni.'' Tengkin suamiku sambil menolak kepala ku.

Anuar terus beredar naik ke tingkat atas.

********************************************************************************

Ting Tong !

Aku berlari anak dari dapur menuju ke muka pintu.Barangkali suamiku.

Ya ! Memang suamiku.Tapi , ada perempuan di sebelahnya.

''Kenapa ? terkejut ? Aku nak kenalkan kau , ni lah Azila , perempuan cantik yang aku tak jadi kahwin sebabkan kau ! Tepi ! '' Ujar suamiku sambil menolak tubuhku.Selamat aku tidak jatuh tersungkur.

Dalam 4 jam , macam -macam yang dibualkan.Bukan hanya mereka.Dalam setiap jam , ada sahaja tetamu yang lain.Cemburu ? Memang lah.Siapa tak cemburu bila suami bermesra dengan orang lain.

Macam-macam suamiku suruh aku buat itu , buat ini.Kalau suasana jadi kelam kabut , aku yang dipersalahkannya.

''Wey , tu isteri kau kan ? Kejam gila kau buat dia macam tu.HAHA'' Ujar seorang lelaki yang merupakan kawan Anuar.

''Tu bukan isteri aku , tu balaci aku ! Hei ! Tengok kaki laahh..Isteri yang sesuai untuk aku ni , macam Azilah.Bukan minah kampung macam tu.Kan sayang ?'' Jawab suamiku sambil membelai lembut pipi Azilah.

Menitis air mata ku bila suamiku tidak menganggap diriku sebagai isterinya.

*** Aku sedang menatang dulang berisi gelas untuk suamiku dan tetamu.Tiba-tiba , aku melihat seperti rumah ini berpusing.Sakit kepala yang selalu menghantui hidupku.

Parrkkkk ! Dulang terjatuh.Pandangan ku kabur.Dalam beberapa saat , aku tidak menyedarkan diri.

*********************************************************************************

Di hospital...

Aku tersedar.Aku di hospital mana ni ? Suamiku...tertunduk di birai katil.Mungkin tidur..

''Abangg...'' Perlahan-lahan aku kejutkan dia.

Anuar bangkit.Matanya merah.Dia pandang aku cuma sekilas.Lepas itu , dia terus pandang tempat lain.Aku nampak dia mengesat air matanya.Apa salah aku ?

''Abang...Su ada buat salah ke ?''

''Tak de lah.'' Jawab suamiku.

''Kenapa abang nangis ?''

Belum sempat Anuar menjawab , ibu dan bapaku serta keluarga mertua ku masuk.

''Alhamdulillah.Dah sedar pun.'' Ucap ibu mertuaku.

Anuar terus beredar dari situ.Aku tidak tahu.Kenapa dengan dia ?

''Su , doktor sah kan.........Su ada menghidap barah otak.'' Mak tak tahan.Mak terus nangis teresak-esak.Mak ! Mak tipuu ! Su sihat lah mak..

Aku dah agak.Rahsia ini pasti akan terbongkar.Sudah sekian lama ku rahsiakan.Akhirnya.

''Doktor cakap , Su kena jalani chemotrapi. Biar mummy tanggung bayaran semua tu.'' Jelas mummy.

''Mummy tahu kan chemotrapi tu sakit ? Su tak sanggup.Walaupun sebulan lagi tempoh masa Su hidup , su redha.'' Jawabku.

********************************************************************************

Sudah nak dekat sebulan aku tanggung semua derita ini.Rambutku semakin berkurangan.Gugur di sana sini.Anuar ? Anuar lah yang menjagaku selama ini.Saat aku dah nak mati, baru lah dia berbuat baik dengan ku.Kenapa tak dari dulu ? Setahun mendirikan rumah tangga , kau tidak selembut dengan aku begini.

''Abangg..Su tanya , abang jangan marah erk ?'' Tanya ku yang sedang berbaring di atas katil.Suamiku duduk di birai katil sambil menyuap aku makan yang sudah diusaikan.

''Tanya lah.Abang tak marah pun..''

''Kenapa abang tak pernah berlembut dengan su sejak kita mula kahwin dulu ?''

Air muka Anuar berubah.

''Sebenarnya....abang sedar ego abang tinggi.Su bukan lah macam perempuan lain.Bila abang tahu su bekas kekasih Fahri , benci abang terus membuak-buak.Hari tu Fahri ada jumpa abang.'' Terang Anuar.

~

''Anuar ! '' Panggil Fahri.

Suamiku berpaling menghadap Fahri.

''Kau nak apa lagi ? Kau tak puas-puas ke kacau hidup aku ?!'' Marah Anuar.

''Kau jangan jadikan Suhaila jadi mangsa keadaan.Di seorang wanita yang lain dari yang lain.Kau tak patut buat dia macam tu.Kau tahu tak , suhaila ada penyakit ?'' Jelas Fahri. 

''Kau merepek apa ? Kau dengan Suhaila tu pon sama nak tipu aku ! Kau ingat aku akan percaya cakap kau dengan perempuan tu ?! Tolonglah.'' Anuar terus berlalu pergi meninggalkan Fahri.

~

''Bila dengar semua tu , abang terus bengang sebab abang ingat su masih contact dia lagi.Ingat tak abang bawa Azilah haritu ? Sebenarnya abang nak cemburukan Su.Memang Azilah kekasih abang sebelum abang kahwin dengan Su.Tapi dia pisau cukur.Abang tinggalkan dia.Lepas dapat tahu apa yang Fahri cakap tu betul , abang rasa kesal sangat.Abang rasa diri abang ni bodoh , ego tinggi.'' Jelas suamiku.

''Kerana dendam , su jadi mangsa ?''

''Abang minta maaf.Abang sayang su.Abang minta maaf'' Anuar menangis sambil memeluk tanganku.

''Abang , sebesar mana dosa abang , su tetap maafkan abang.''

Sedangkan nabi ampunkan umat , apatah lagi umatnya.Itu lah bapak ku selalu berpesan padaku.

*********************************************************************************

Sudah tiga bulan aku menanggung kesakitan.Aku penuhi harianku dengan beribadat kepada Allah.Aku tahu , aku tunggu masa je.Di malam ini , entah kenapa aku rasa malaikat Izrail dekat denganku.

''Abang...Su nak tengok bintang malam ni ? '' Mintaku kepada suamiku yang setia menemaniku.

''Okey.Abang dukung erk.'' Suamiku terus memikul ku.Aku tak larat nak berjalan.Walaupun ke bilik air.

*** Suamiku baringkan aku di kerusi malas yang sudah tersedia dia tepi kolam renang.

''Cantikkan bintang dengan bulan malam ni .'' Kata ku.

''Cantik macam sayang.'' Ujar suamiku sambil tersenyum.

''Sesinar cinta abang terhadap su.'' Aku pula yang balas.

Anuar tersenyum.Lalu melihat bintang di langit.Aku pelik , kenapa tiba-tiba suamiku buat muka cemas.

''Sayang , sayang tahu tak...Semalam abang kira bintang ada seratus..Tapi hari ni ada sembilan puluh sembilan pula.'' Ujar suamiku.

Kira bintang ? Bisakah kita mengira bintang.

''Mana lagi satu?'' Tanya ku.

''Di dalam hati sayang.Sweet tak ? HAHA.'' Ujar suamiku sambil ketawa.Ketawa yang sungguh mencuit hati.Aku hanya tersenyum.Senyuman yang hambar.

''Abangg...duduk sini..'' Arah ku sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahku.

Suamiku akur.Suamiku terus duduk lalu memeluk separa tubuhku.

''Andai hari ni hari akhir bagi su di dunia , su nak abang jaga diri.Walaupun abang dah berpunya , abang jangan lupa su tetap di hati abang.'' Ujarku.

''Apa ni su.Tak baik cakap macam tu.Su tetap untuk abang.Su hanya untuk abang sorang.Abang janji , abang tak kan cari peganti lain.'' Balas Anuar.

Aku tersenyum. '' Terima kasih sebab jaga su , belai su.Walaupun abang kadang-kadang nakal , abang tetap buat su happy.Terima kasih.'' Ucapku lalu menitiskan air mata.

''Shuhh.Jangan cakap macam tu.'' Kata suamiku sambil menutup bibirku dengan jari telunjuknya.

*********************************************************************************

''Sayaangg...Bangunn..Dah pagi dah ni.Nak pergi hospital kan ?Sayangg..'' Suamiku mengejutkan ku dari tidur.

''Sayangg..Bangun lah.Abang geletek karang.'' Aku masih tidak menyahut.

Suamiku merasa nadiku.

''Sayangg..Jangan tinggalkan abang.'' Suamiku terus menangis.

*** Saat sakaratul maut menjemputku , aku sempat memutuskan yang aku maaf dosa sekalian manusia yang berbuat salah denganku dengan ikhlas.Aku sempat mengutuskan surat buat suamiku.

Assalamualaikum abang...

Abang , maafkan su kerana pergi terlalu awal.Ajal dan maut semua di tangan Tuhan.Saat abang baca surat ini, mungkin su sedang berada di alam barzakh.Abang , jika tiada nya su di sisi abang , abang mesti kuat.Abang mesti tabah.Sebab abang masih ada mak , bapak , mummy dan daddy.Halalkan makan dan minum su.Su sayang abang sampai bila-bila.Kalau abang nak cari peganti su , su relakan.Cuma satu je yang su pinta , maafkan kesalahan Fahri terhadap abang.Dia tak bersalah bang.Abang , insyaallah kita akan berjumpa di padang masyar.Semoga Allah menyatukan kita dan memberkati cinta kita yang terjalin.

Assalamualaikum , ikhlas dari isterimu Suhaila.

Menitis air mata Anuar.

'Sayang ,hanya su je yang ada di hati abang.Tiada siapa lagi dah.Abang sayang su.' Gema hati seorang suami.

Walaupun suamiku bukan cinta pertamaku , tapi dia lah cinta terakhir ku.Walaupun seorang isteri pikul banyak tanggungjawab , tugas seorang isteri , tidak boleh di lupakan.Kerana AKU SEORANG ISTERI.

-SEKIAN-

21 comments :

MiMiNadam said...

penulisan yang baik . buku kan laa :)

Nabiela Dhah said...

sedihnya :) tapi best sangat teruskan menulis ya akak :)

Farah Wahidah said...

bagus..tapi nape buat cerpen baik buat novel terus..mgkin permulaan..

Yuyu Mi said...

ada bakat..nnt bolehlah tulis novel pula kan..teruskan usaha :)

kasya syiera said...

not bad ! keep it up :D

Mahaney A. said...

klu kembangkan bakat tu mesti gempak :) keep it up.

N.A.M said...

mcm cepat sgt habis..hehe..buatlah pnjg2 skit..episode by episode..lg puas nk bc..good story..keep it up..^_^

Shahira Rohaiza Sakrani said...

wow! best lah cerita awak..sedih..keep it up..^_^

iefa lolilpop said...

wow ..best nye cerpen awak ..ada bakat

PinkyPink Aryya said...

ermm..jln crite mnrik..cube gaya penceritaan tu..agk kurang..sorry r..sbb sy nie mmg kaki novel..=)

Aiesyah Syaeh said...

Best ! Saya suka gila ! :)

Alia Az said...

buat sendiri ehh ?? terer laaa ! hehee .. btw , sory late follow .. agak bz laa .. hehe .. nice blog too .. =)

Nadia Dscarnia said...

Nice :')
Awak berbakat. Jangan sia-siakan bakat awak :)

Lulu Leeyana said...

wah ! berbakat nie ~! kalo diasah lagi sah boleh jadi penulis novel :)

jemput singgah kea blog saya
http://lululiyana.blogspot.com/

Farhanah Mokthar said...

I think its good enough for the beginner.. tp bila awk buat novel nnt cba cri jln crita yg lain dari lain pula ya.. sbb jln crita mcm ni dah bnyk. Cntohnya mcm cerita setia hujung nyawa.. anyway its still nice ti read.. keep it up girl.. look forward to ur next entry ;))

IBTISAM HASHIM said...

bukukan please :)
http://ayundaibtisam.blogspot.com/

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

sedihnya :(

NuRuL AtiQAh said...

Assalamualaikum :)
Penulisan yang baik :)
Buat sendirik ke ?
Bagus lahh :)
Cubalah hantar karya ni dekat laman web penulisan2u :)

Nur Irdina said...

cube buat novel.. tapi... ade fakta yg tak berapa nak betul. macam yg perempuan tu dah nak meninggal tu. dye kate malaikat jibril yg dekat. sptotnye Izrail. oke tu je. tapi tetap best. =D

Eira Azmira said...

maaf ye.jln cite dh ok tp mcm jln cite dlm tv cinta si rempit.
keep it up writer

BiNtaNg kEhidUpaN said...

Assalam..wah terbaik lah cerpen akk..sempat tangkap leleh..sedih..hope novelkan..msti laris..just pnjgkan storynya..gud ekk..:-)