Perpisahan Yang Memeritkan


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Aiyyooo.Rindunya tak update blog ni.HAHA.Pergi ambil kain buruk , lap sikit.Dah berhabuk.Uhuk uhuk.HEHE.

Apa yang dah terjadi ? Banyak yang terjadi dalam awal tahun ni.SEDIH ! Amat MENYEDIHKAN.Sampai life zu dekat sekolah hilang arah.Suka termenung.Suka menangis.Semua nya bermula minggu lepas ! Minggu lepas ! Dan sampai lah ke hari ni.

Hari Selasa yang lepas , zu dikejutkan dengan berita crush zu akan pindah.Tapi masa tu zu tak tahu dia pindah mana.Zu harap sangat dia tak pindah.And then , hari Khamis , Anis (kawan baik zu) dia pergi jumpa crush zu semata-mata nak tanya dia pindah bila.And then dia cakap , Hari Isnin.Pindah Kolej Vokasional.Balik rumah , zu terus nangis.Tapi panangan dia tak kuat sangat.Zu tabahkan hati zu and cakap kat diri zu '' Dia bukan sesiapa! Buat apa kau nangis sebab dia ?! Biarlah dia pergi..Asalkan aku tak kehilangan kawan baik aku.'' So , zu redha.Hari Isnin memang dia dah tak da dah.Pindah Kolej Vokasional.

Lagi memeritkan cerita zu yang kedua.Zu tak sangka , hari Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir zu dengan dia.Kami rapat ! Memang tak pernah terpisah ! Ramai kawan dia ingat yang dia pindah hari Isnin.So , zu saja tipu yang dia akan pindah hari Isnin. Mungkin pintu langit terbuka time zu menipu tu.Mungkin Allah nak balas perbuatan zu.Kehilangan seorang kawan rapat yang sudah berkawan dengan zu sejak darjah 4 , dengan pahit manis bersama , akan meninggalkan zu setengah mati kat sekolah.Anis Anisah , Itu lah nama nya.Kawan baik yang satu-satu zu ada.Kawan yang satu-satu faham zu.Kawan yang satu-satu sekepala dengan zu.

Zu tak sangka , hari Selasa , dia kena daftar sekolah Teknik bagi pemilihan yang kedua.First , dia tak dapat teknik.Macam zu cakap tadi , mungkin Allah nak balas.Pagi Isnin tu , Anis bagi tahu zu yang dia akan pindah.Masa perhimpunan pulak tu.Zu tak boleh kawal.Zu dah rayu kat dia jangan pindah.Zu nangis ! Serious ! Zu tak sangka dia akan pergii..Sedangkan zu dah tekad untuk diri zu jangan nangis sebab crush tinggalkan kita.Zu tak sangka zu simpan air mata ni untuk pemergian kawan baik zu.Siapa zu nak berkawan lepas ni ? Anissss....







Cantik kan dia ? Ramai peminat owww *tangan dibahu , mata keatas* . Masa balik rumah for the last day dengan dia , zu nangis sekuat-kuat hati zu.Huwaaaaa.. Rehat dengan dia , balik dengan dia , gaduh dengan dia , mencarut dengan dia , usya crush dengan dia , semua dengan dia . Sapa tak sedih bestfriend pindah.

Bila zu pegang kata hikmah '' SETIAP PERTEMUAN , PASTI ADA PERPISAHAN '' membuatkan zu rasa , zu akan kehilangan segala-galanya.Zu takottt ! Tapi , mesti ada hikmah sebalik semua ni kan ? Harap macam tu.

Ya Allah , kuatkan lah hati aku untuk menempuhi ujian Mu ini.Now , zu tak ada kawan macam dia.Memang tak ada peganti untuk Anisss T_T

Aku nak kau tahu Anis , aku sayangg kau sampai akhirat.Maafkan aku kalau ada salah kat kau :) 

Assalamualaikum :')

5 comments :

Asmieza As said...

I do understand what you feels. It was totally hurts :')

Btw, dia tetap kawan awak sampai bila bila. Jgn lost contact ok.

Perpisahan itu perlu dan sangat memedihkan. Sy dah rasai :)

Nas Izzati said...

she's still your bestie. kdg2 kita perlu lepaskan org yg kita sayang. :)

Siti Zunairah said...

sabar eh .. mungkin ade hikmah disebaliknya .. :)

Miss NR said...

Hai..singgah sini dan dah follow. Thanks sebab follow saya :)

Sabar ye kak. Pasti Allah janjikan pengganti yang lebih baik, kan? Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Banyakkan istighfar, ingat Allah. Qur'an jangan tinggal. Redhalah dengan ketentuan :)

Shaza Amani Hidayah said...

tabah yew.....Segala yang kita miliki hy pinjaman...