CERPEN : Kerana Cinta



Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Kebingitan lagu yang kuat dan lampu yang 'berlip-lap lip-lap , menyemarakkan semangat Erra Izzati yang kian hilang dek kerana tertekan dengan keluarga dan kerjanya.Erra Izzati mesra di panggil dengan panggilan Erra merupakan anak tunggal Tuan Sri Emran dan Puan Sri Ismah.Keluarga merekan tak sedamai yang orang sangka.Tuan Sri dan Puan Sri sibuk dengan mengejar harta.Oleh itu , Erra Izzati tiada tempat untuk bermanja dan memilih jalan yang hitam.

Bagi nya , Haris kekasih hatinya akan membuat hatinya bahagia.Janji Haris , walau apapun yang terjadi , dia akan setia akhir hayat bersama Erra.

''Sayangg..Nak lagi ? '' Tanya Haris sambil menunjukkan segelas air arak kepada Erra yang sedang berada di dalam alamnya sendiri.

''Ofcourse lah.Kita datang sini nak enjoy ! Woooaa ! '' Jerit Erra sambil mengangkat tanggannnya ke atas.

Erra mengambil gelas tersebut dari tangan Haris.Haris tersenyum nakal.Entah apa yang ada di benak fikirannya.

***

''You tak boleh drive ni ,sayang.Pergi rumah I jer lah.'' Kata Haris yang sedang memapah Erra kerana tidak lalu berjalan yang terlampau banyak 'minum' hari ini.

''Nanti parents I bising lah baby.'' Jawab Erra manja.

''Parents you bukan tahu.Jom lah okey.'' Kata Haris.

Erra tidak jawab apa-apa.Malah , dia terus dengan khayal dia.Haris membawa Erra ke hotel bajet berdekatan dengan club disco tersebut.Erra tidak menyedarinya.Erra berasa ngantuk yang amat.Erra terlelap.Tidak langsung  ingat apa-apa.

*********************************************************************************

Erra terjaga dari tidur pagi itu.Dia tidak sedar apa-apa selepas Haris memberitahu ingin mengajaknya ke rumahnya.Erra terkejut apabila melihat seluruh tubuhnya hanya diselimut tanpa memakai apa-apa pakaian.

''Haris , apa you dah buat ni hah ?!'' Marah Erra.

''Relaks lah sayang.Apa-apa yang terjadi , I tanggung okeyh ? '' Jawab Haris sambil membelai pipi Erra.

''You janji tau.You akan tanggungjawab.'' Kata Erra.

''Ya ! Kan kita dah janji setia akhir hayat.Macam cerita setia hujung nyawa tu.'' Kata Haris sambil tersenyum.

Erra terdiam.Dia takut rahsianya akan terbongkar dan diketahui keluarganya.Kalau dia mengandung dalam usia yang masih muda ini , bagaimana ? 

********************************************************************************

3 bulan selepas kejadian itu..

'blueeeekk' Erra mual.Tidak tahu kenapa.Sangkaaan Erra perut nya hanya masuk angin.3 hari berturut-turut dia muntah dan tidak selera untuk makan.Baru dia teringat kejadian 3 bulan yang lepas.Puan Sri suruh Erra berjumpa dengan doktor.Tapi Erra engan ! Dia tidak mahu berjumpa doktor.

Erra takut ini petanda dia hamil anak Haris.Dalam bulan ini kitaran haidnya terhenti.Mungkin ini lah petandanya.Untuk menyakinkan Erra , Erra memeriksa dengan ujian kehamilan.Ternyata 'negatif'.Erra mengandungkan anak Haris.

*********************************************************************************

Di restoran , Erra menanti kedatangan Haris.Erra ingin memberitahunya tentang kehamilannya.Haris dah berjanji akan bertanggungjawab atas segalanya.

''Sayang ! '' Sapa Haris mesra.

''You ! Asal lambat ?'' Tanya Erra.

''Soryy.Jem lah tadi.Ada apa you nak jumpa I kelam kabut ni ?'' Tanya Haris.

''Haris , I pregnant ! '' Kata Erra.

''What ? '' Haris terkejut dengan kata Erra.

''Yes ! I dah check dengan ujian kehamilan.You sanggupkan kahwin dengan I ? I tak nak tanggung malu.'' Kata Erra dalam keadaan yang duka.

''Ermm.Parents you tahu ? '' Tanya Haris.

''Tak ! I harap diorang tak kan tahu.'' Jawab Erra.

Krinngg krinngg ! Hanphone Haris berdering.

Haris menjawab telefon jauh dari Erra.Erra curiga.Kenapa mesti berjauhan dari dia.

''Sorry sayang .Emergency call.Nenek I sakit.I balik dulu.Bye.'' 

''Haris ! Haris ! '' Belum sempat kata apa-apa , Haris sudah berlari-lari anak menuju le kereta Honda City yang dihadiahkan oleh Erra sempena hari jadinya tahun lepas.

Dalam hati Erra berharap agar Haris akan bertanggungjawab atas semua ini dengan segera.

*********************************************************************************

''Erra !'' Panggil Puan Sri , sambil menjengah kan keplanya ke dalam bilik Erra.

''Kemana pulak budak ni ? '' Tanya Puan Sri sendirian.

Puan Sri menjegah ke luar tingkap yang ada di bilik Erra.Kereta Erra tidak terparkir di garaj rumahnya.

''Keluar rumah bukan nak bagitahu.Sakit-sakit pon masih nak keluar rumah.'' Rungut Puan Sri.

Satu langkah Puan Sri untuk keluar dari bilik Erra tersekat.Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Puan Sri ternampak ujian kehamilan Erra di atas meja kecil Erra di tepi katil.Puan Sri terkejut.Darah Puan Sri Ismah menyirap naik.Puan Sri turun ke bawah dan menelefon agar suaminya lekas pulang dan menyelesaikan masalah ini.

********************************************************************************

Erra melangkah masuk ke rumahnya.

''Erra  ! Sini kejap !'' Panggil Puan Sri Ismah.

Erra akur dengan arahan mamanya.Dia melangkah longlai mendapat mama dan papanya.Tidak tahu kenapa mamanya tiba-tiba memanggilnya.

Debushh ! Puan Sri menampar Erra !

''Apa ni mama !'' Tanya Erra.

''Apa ni mama ?! Ni ! Ni apa ni ?'' Tanya Puan Sri kembali sambil menunjukkan ujian kehamilan kepada Erra.

Erra terkejut ! Tembelangnya pecah.Tidak boleh bercantum lagi.

''Mama dengan papa sibuk kerja, kau pulak sibuk buat benda tak elok.Apa nak jadi dengan kau ?!'' 

''Bukan salah Erra.Erra tak sedar.'' Erra terus menceritakan apa yang terjadi.Termasuklah yang Haris telah memperlakukan sebegitu dan akan bertanggungjawab atasnya.

''Mama tak nak lelaki tu jadi menantu mama ! Mama dengan papa dah ada calon.'' Kata Puan Sri kepada Erra.

''Maa , Erra sayangkan Haris.Haris sayangkan Erra.Erra tak nak kahwin dengan orang lain.'' Jawab Erra.

''Tak kira ! Keputusan mama muktamad ! Kamu kena kahwin dengan Faiz !'' Jawab mama.

''Apa ? Faiz ?!'' Erra pelik.Kenapa mesti Faiz rakannya yang lama semasa bersekolah lagi.

Erra gertak.Erra terus naik ke tingkat atas.Dia tertekan.Tak tahu apa yang perlu dilakukan.

*********************************************************************************

Faiz menunggu kedatangan Erra di taman.Walaupun sudah dekat 1 jam menunggunya , dia tetap sabar.Pertemuan ini bukan Faiz yang rancang.Tetapi Erra sendiri.Namun , Faiz rasa tidak sabar bertemu dengan Erra.Sejak habis persekolahan , memang jarang berjumpa seperti masa persekolahan.

''Hoi ! '' Sapa Erra.

Faiz menoleh ke belakang dan tersenyum melihat Erra.

''Hai Erra.'' Sapa Faiz mesra. ''Awak still comel macam zaman sekolah dulu kan ?'' Sambung Faiz.

''Bukannya lama pon masa sekarang dengan masa sekolah.3 tahun je kan.Tak ada apa yang berubah pon.Tapi kau yang berubah !'' Kata Erra.

''Kenapa saya berubah ? Saya dah gemok erk ? '' Tanya Faiz sekadar bergurau.

''Aku tak ada masa nak gurau dengan kau.Kenapa erk , kau nak sangat jadikan aku isteri kau ?'' Tanya Erra berpeluk tubuh yang masih lagi berdiri di hadapan Faiz.

''Awak dah berubah.Awak tak mesra macam dulu.'' Kata Faiz.Erra hanya mengeluh. ''Sebenarnya , ayah awak yang minta saya jadi suami awak.Sayang kan kalau tolak gadis secantik awak.'' Kata Faiz.

''Eeeee..Kau bukan nya apa.Kau just nak harta aku kan ? Itu je kan ?!'' Jerkah Erra.

''Tolonglah ! Saya tak berniat nak kejar harta awak lah..'' Balas Faiz.

''Hei , kau tahukan dalam perut aku ni ada anak ?'' Tanya Erra.

''Saya tahu.Ayah awak dah ceritakan segalanya.Saya hairan , mana hilangnya Erra yang baik , yang lemah lembut masa sekolah dulu ? Yang selalu happy , yang selalu buat muka comel dengan saya ? Walau apa pun yang terjadi , saya tetap redha.''

''Erra yang dulu dah hilang ! Apa masalah kau hah ?! Parents kau tak malu ke ? Aku tak cinta kau ! Aku cinta ayah pada budak ni..Haris !'' Kata Erra.

''Ibu bapa saya meninggal akibat kemalangan jalan raya.Now , saya hidup sebatang kara.Selamat compony ayah awak beri saya kerja.Saya akan tunaikan janji saya pada ayah awak.''

''Hei hei hei ! Pergi mampus lah ! Aku nak kau batalkan benda karut ni ! Faham?! '' Marah Erra lantas meninggalkan Faiz.

*********************************************************************************

Sudah berkali-kali Erra menelefon Haris.Tapi tidak diangkat.Erra ingin memberitahu yang Faiz bakal menjadi suaminya tak lama lagi.Erra tidak mahu ! Erra lantas mencari Haris dirumahnya.Sudah seminggu Erra tidak berjumpa Haris.

Ting tong ! Ting tong !

Masih tidak berjawab.

''Mana pulak Haris ni.'' Rungut Erra sambil memetik suis loceng lagi.

''Assalamualaikum ,nak'' Sapa seorang mak cik yang berumur sekitar 50 an.

''Waalaikumussalam.'' Jawab Erra.

''Cari anak bujang ni ke ?'' Tanya mak cik sambil menundingkan jarinya ke arah rumah tersebut.

''Ha'ah.Mak cik tahu dia pergi mana ?'' Tanya Erra.

''Ouh , anak bujang ni dah pindah dah.Hari tu katanya ke luar negara.Tak tahu lah ke mana.''

''Ouh.Terima kasih yaa mak cik.'' Kata Erra dan berlalu pergi dengan kereta BMW nya.

***

Erra menghentikan kereta nya di tepi jalan.Dia tak berhenti-henti menelefon Haris.

''Pembohong ! Kau tipu aku Haris ! '' Jerit Erra seorang diri dan terus menangis.Sekarang baru dia sedar , Haris bukan lah yang terbaik untuknya.

*********************************************************************************

3 bulan berlalu.Untuk menutup malu dengan 'share partner' syarikat keluar Tuan Sri Emran dan Puan Sri Ismah, Erra terpaksa dinikahkan dengan Faiz.Faiz sanggup menjadi 'Pak Sanggup' pada dirinya.Betapa cekalnya hati Faiz menghadapi segalanya.

Semakin lama , semakin besar perut Erra.Erra melayan Faiz seperti sampah. Hidup Erra bercelaru tidak tentu arah.Tuan Sri memberi Erra cuti sementara dia masih mengandung.

********************************************************************************

Alunan bacaan Al-Quran mengejutkan Erra dari tidur.Dia berasa bingit sangat.Seolah-olah terlalu hina ayat-ayat suci Al-Quran.

''Hoi ! Boleh stop tak.Kalau nak baca , baca dalam hati ! Tak payah baca kuat-kuat ! Asal kau baca kat bilik aku ?! Pergi baca kat luar !'' Marah Erra.

Untuk tidak menimbulkan syak wasangka Tuan Sri dan Puan Sri , Faiz terpaksa tidur diatas lantai kerana tidak dibenarkan Erra untuk tidur bersamanya.Katanya , hanya Haris seorang saja berhak menyentuhnya meskipun sebelum kahwin.

''Saya baca Quran untuk baby dalam perut awak tu.Saya nak bagi awak dengan baby tenang.'' Jawab Faiz.

''Ingat aku kesah ? '' Jawab Erra lalu menyambung tidurnya semula.

Bacaan Faiz terbantut kerana risaukan Erra akan memarahinya semula.

*********************************************************************************

''Awak tunggu dalam kereta tau.Saya pergi beli barang jap.'' Kata Faiz kepada Erra.Erra hanya mendiamkan diri.Bengang kerana terpaksa mengikut Faiz keluar bersiar-siar setelah dipaksa kedua ibu bapanya.

Dalam 5 minit kemudian , dia terserempak akan seseorang yang amat dikenalinya.Dari dalam kereta tersebut jelas sangat kelihatan orang yang sudah membuatnya derita bersama perempuan lain.

Erra turun dari kereta dan mengejar lelaki itu.

''Haris ! Haris !'' Panggil Erra.

Haris memandang ke belakang.Wanita yang tidak dikenali juga turut memandangnya.Jelas kelihatan wajah Haris yang cemas.

''You ! You dah lupa I ke ? Dah lama I cari you.Kenapa you tinggal kan I ? You janji nak kahwin dengan I kan ? Sanggup you tipu I.'' Kata Erra sambil menarik-narik tangan Haris.

''Sorry.Who are you.Saya tak kenal awak.'' Kata Haris berpura-pura.

''You , anak ni anak you.You lupa ke ? I sayang you.You pon sayang I kan ?'' Kata Erra yang masih lagi menarik lengan Haris.

''Hei ! Kau ni siapa ? Datang tak dijemput lepas tu nak suruh suami aku ngaku anak dalam perut kau tu anak dia ?'' Kata wanita yang berada di sebelah Haris.

''You , ni siapa ? Suami ? You dah kahwin ? Kenapa you tak bagi tahu I ! You tipu I , Haris ?'' Kata Erra sambil memukul-mukul Haris.

''Sayang , sekejap.I nak uruskan perempuan gila ni.'' Kata Haris kepada wanita yang sudah bergelar isterinya lalu menarik Erra jauh dari isterinya.

''Hei ! Kau dengar sini , aku tak kan ada anak dengan perempuan sekotor macam kau ni hah !'' Kata Haris.

''Apa ni ! You cakap , you akan bertanggungjawa atas segalanya.And now , you dengan minah mana entah tu ! Mana janji you ?''

''Pergi mampus lah ! Kau dah lah tak suci.Lepastu nak suruh aku tanggungjawab . Memang tak lah.Isteri aku adalah dari perempuan yang suci ! Bukan macam kau !''Kata Haris lalu meninggalkan Erra.

''Harisss ! Hariss ! Jangan tinggalkan aku'' Erra cuba mengejar Haris , tapi kandungannya membuat langkahnya terhalang.Erra menangis terduduk.Lantak lah apa pandangan orang terhadapnya.Dia tidak kisah lagi.

Faiz yang baru sahaja keluar dari kedai , terkejut melihat isterinya terduduk sambil menangis.Faiz berlari menuju ke arah isterinya.

''Kenapa ni ?'' Tanya Faiz.

''Haris...'' Erra terus menangis.Faiz dapat meneka apa yang terjadi.Lantas dia menolong Erra untuk bangun lalu membawa nya pulang ke rumah.

********************************************************************************

9 bulan Erra mengandungkan anaknya.Kini anaknya akan dilahirkan ke dunia.

Sakit , perit untuk lahirkan cucu pertama Tuan Sri dan Puan Sri.Erra melahirkan anak lelaki.Comel sekali bayi itu.

''Erra , tengok ni.Comel kan baby boy ?'' Kata Faiz sambil menunjukkan bayi itu pada Erra yang berbaring di atas katil hospital specialist itu.

''Itu anak haram ! Jauhkan dari aku !'' Erra menolak Faiz ketepi.Mujur saja Faiz tidak jatuh.

''Baby ni tak berdosa Erra.Kenapa kene gelarkan anak haram ? Ini anak kita.'' Balas Faiz.

''Apa ?! Anak kita ? Ini anak aku dengan Haris ! Haris bapak dia ! Bukan kau !'' Kata Erra.

Selamat Tuan Sri dan Puan Sri tidak ada.Kalau tidak , tentu Erra terpasak menadah telinga dengar leteran mereka apabila mereka mendengar percakapa Erra tadi.

*********************************************************************************

Sudah 5 bulan berlalu.Anak Erra diberi nama Farid Iwan.Sempena nama gabungan Erra Izzati dan Faiz Wahid.

5 bulan Farid hidup , 5 bulan itu jugalah Erra tak pernah menyentuh Farid.Apatah lagi mengucupnya dengan penuh kasih sayang.Semenjak kelahiran Farid Iwan , Erra suka bersendirian dalam bilik.Erra jadi tidak tentu arah.Kadang-kadang dia menangis tanpa sebab.Kadang-kadang dia ketawa sedangkan tiada apa yang kelakar.

Rutin harian Faiz kini menjaga Erra bagai anak kecil.Tapi Erra tetap tidak boleh terimanya.Puan Sri mengupah orang gaji untuk menjaga Farid.Kalau diharapkan Faiz, memang tidak menang tangan.

********************************************************************************

Tok Tok ! Puan Sri menjengah kan kepalanya ke dalam bilik.Kelihatan Erra sedang termenung di birai katil.

''Erra..'' Panggil Puan Sri.Erra tidak menyahut.Erra cuma mendiamkan diri.

''Erra.Sampai bila nak jadi macam ni ?'' Tanya Puan Sri lantas duduk di sebelah Erra.

''Sampai bila-bila.'' Jawab Erra perlahan.

''Erra ! Kalau Erra buat macam ni pon , jantan tu tak kan balik kat Erra.'' Kata Puan Sri.

''Diam !! Diam !!'' Jerit Erra sambil menekup telinganya. ''Haris akan jadi milik aku ! Pergi ! Pergi !! '' Raung Erra bagai orang gila.Puan Sri gelabah melihat keadaan Erra.Lantas Puan Sri terus keluar dari kamarnya.

Puan Sri mengeluh.Tidak tahu apa yang harus dibuat.

*********************************************************************************

Faiz membuka pintu kamar Erra.Erra asyik termenung mengenang kan Haris.

'Patutkah aku bagi tahu Erra.' Gema hati Haris.

''Erra , makan ye.'' Sapa Faiz.

Erra diam. Faiz menghampiri Erra lalu meletakkan talam yang berisi makanan di meja sebelahnya.

''Erra..Tadi saya pergi hospital ambil ubat Farid..Saya ternampak Haris..'' Kata Faiz tersekat sekat.

Erra memandang Faiz dengan penuh harapan.

''Dia ada cakap apa-apa tak ? Dia cakap nak jumpa aku kan ? Nak kahwin dengan aku kan ?'' Kata Erra gelojoh.

''Haris dah meninggal dunia.Kemalangan jalan raya.'' Jawab Faiz.

Erra ketawa bedekah-dekah. ''Kau tipu aku  kan ? kan ? kan !'' Jerit Erra.

''Tak ! Saya tak tipu.'' Balas Faiz.

''Haris tak mati ! Kau yang pergi mati ! Pergi ! Haris tak mati !'' Erra menangis apabila mendapat tahu berita itu.

Kejap menangis , kejap ketawa , kejap berkata bahawa 'Haris masih hidup'.Seisi rumah tak berani kacau Erra saat ini.Jiwa Erra terganggu.

*********************************************************************************

Faiz baru pulang dari pejabat.Penatnya masih terasa.

''Tuan..Tuan.'' Panggil orang gaji dari tingkat atas yang meluru laju turun ke bawah.

''Puan Erra ! Puan Erra !'' Belum sempat orang gaji itu meneruskan ayatnya , faiz meluru laju ke tingkat atas.

Faiz menguak pintu kamar Erra untuk melihat keadaan Erra.Betapa terkejutnya apabila mendapati Farid berbaring di atas katil , manakala Erra berdiri sambil menelen pisau di tangannya.

''Sayangg...'' Panggil Erra manja kepada Farid yang merengek.Erra menghampiri Farid.

''Sayang tahu tak...Ayah kau dah mati !'' Erra ketawa.

''Sekarang aku nak kau pulak mati ! Aku benci kau ! '' Jerit Erra.

''Erra ! Awak dah gila ke ?!'' Marah Faiz.

Erra memandang Faiz yang hanya berdiri di muka pintu. ''Ya ! Memang aku gila.HAHAHAHA'' Kata Erra.

''Erra , istighfar.Ingat Allah.'' Kata Faiz.

''Ahh ! Diam ! Berambus kau dari sini ! Tinggalkan aku dengan anak haram ni !'' Jerit Erra.

''Aku benci kau ! '' Erra menikam.

''Errra !!! '' Jerit Faiz.

''HAHA.Takut ke anak haram ni mati ? Aku tikam gambar bapak pada budak ni jer lah.HAHA'' Erra ketawa berdekah-dekah.

Faiz buntu.Tidak tahu buat apa.Faiz memanggil orang gaji nya untuk menelefon doktor sikologi.

''Alolololo..Siannya anak yang tak berbapak ni.Aku bunuh kau dulu , lepastu aku bunuh diri aku pulak.Biar kita pergi syurga dengan PAPA.'' Erra ketawa bagai orang gila sekali lagi.

Saat pisau diangkat oleh Erra , Faiz bertindak menepis tangan Erra.Pisau terpelanting.Faiz memegang tangan Erra.Erra meraung minta dilapaskan.Dalam beberapa minit kemudian , doktor sikologi serta pembantunya datang dan membawa Erra ke hospital bahagia.Alhamdulillah , Farid selamat.Berita ini diberitahu oleh Faiz kepada mertuanya yang berada di Australia kerana bekerja.

*********************************************************************************

7 bulan Erra duduk di hospital bahagia ini.Semangatnya kian pulih.Hari ini , Erra dibenarkan pulang setelah dia benar-benar pulih.Banyak yang dipelajarinya di sini.Kasih sayang , dan sebagainya.

Semasa Faiz mengemas pakaian Erra , Erra memegang tangan Faiz.Faiz terkedu.Erra menyuruh Faiz duduk bersamanya di birai katil.

''Awak , saya nak minta maaf sebab selama ni saya tak terima awak.Saya tak terima takdir.Terima kasih sebab sudi kahwini saya dan setia pada saya.'' Kata Erra.

''Dah memang tanggungjawab saya.Saya redha dengan ujian hidup ini.Walaupun awak tak terima saya , saya tabahkan diri saya.''Balas Faiz.

''Kenapa awak jadi 'pak sanggup' saya ?'' Tanya Erra.

''Kerana cinta.'' Balas Faiz.

Air mata Erra bergelinangan kerana terharu.Erra melentokkan kepalanya di bahu Faiz.Faiz terkedu.Baru pertama kali Erra bermanja dengannya seperti ini.Dalam hati , Faiz berdoa agar kebahagiaan ini selamanya.

*********************************************************************************

Setelah selamat sampai ke rumah , Erra masuk dengan langkah yang jitu.Erra nak sangat berjumpa dengan anaknya.Erra nampak orang gajinya mendukung Farid itu di ruang tamu yang tengah menenangkan Farid yang sedang menangis.

Erra menghampiri orang gaji itu dan meminta orang gaji itu menyerahkan anaknya nya.Orang gajinya faham dan tersenyum.

Erra mendukung Farid dengan penuh kasih sayang.Dari tadi Farid nangis , kini dia diam dari tangisan.

''Farid..Maafkan mama selama ni tak jaga Farid.Mama sayang Farid.'' Erra mengucup dahi Farid.Lama kucupan tersebut.

Faiz yang melihatnya terharu.Mungkin ini adalah hikmah yang Allah S.W.T beri pada keluarga ini.Alhamdulillah..

*********************************************************************************

Anak yang lahir di dunia ini semua suci.Tiada dosa dan sebarang kekotoran hitam di hatinya.Tiada istilah anak haram walaupun dia dilahirkan sebelum berkahwin.Jika di didik dengan sempurna , pasti akan menjadi anak yang soleh di masa hadapan.Sayangilah mereka , bukan buang mereka seperti sampah.

- SEKIAN -

23 comments :

N.A.M said...

nice..mungkin leh bg byk perincian..jd bila baca, tak rasa mcm ringkas sgt..^_^

Nadia Dscarnia said...

Jalan cerita ok. Cuma perlu tambah sikit elemen kejutan sebab plot cerita dari babak ke babak da boleh jangka dari awal. Apapun best dan semoga penulisan yang akan datang lebih baik :)

Razil Tahir said...

saya rasa okay jer... cuma kalau boleh nak baca sesuatu yang totally out of the box...
(banyak komen suruh saya tulis sampai tua tak siap)

papepun, bunyi telefon kringg-kringg tue terbayang telefon zaman dulu-dulu.. huhuhuhu

LyNn LyNdA said...

menarik..dpertengahan cerita, kita dah dpt agk apa ending dia..hee~

btw, done follow kamu..~

yan shamba said...

bagos cerita ada pengajaran..mungkin ada beberapa perkataan macam tak sesuai/tak kena..hehe..tapi still nice!! :)

Siti Nur Asyiqin said...

Wah..cerita yang menarik...teruskan menghasilkan idea-idea yang lagi mantap...=)

ika sham said...

menarik

Ainnabilahhafizul said...

Ada bakat menulis, cuma masukkan elemen dan unsur suspen yg lebih memuncak.
Apapun, teruskan memnulis ! ^^
Mungkin suatu hari nanti terbit satu novel nukilan kamu .. :)

miz nina said...

menarik.. ada bakat :)
done follow :D

El-Janna said...

pandainya tulis~~ kagum^^

fara athira said...

best sangat sangat ^^

~Hanie Loma~ said...

Assalamualaikum.. cantik perjalanan cerita die.. good..keep it up ok dear :)

Asmieza As said...

Ada bakat menulis :)

Sy ada cadangan, kalau letak sebenarnya faiz tu dah ada isteri pilihan keluarga dan depa tak punya anak. kahwin dgn dia merupakan peluang cerah nak dapatkan anak. Bila dia tahu hal tu, .. aaa.. ok dah blank

Btw, awak pandai menulis. Sy tak pandai sangat bab menulis ni, menyokong ja lah yang mampu. hihi
Keep it up :)

Selamat berbelog

Alia Erfani said...

best :D

gAdis qLATE said...

menarik.... :)

DhiLa__z. said...

as salam zue...mungkin ada yang kene betulkan sikit kot..

maaflah, kalau saya yang salah..

tang, 'Patutkah aku bagi tahu Erra' Gema hati Harris.
Bukankah sepatutnya, Gema hati Faiz?

neway, keep it up :)

Dayah Danisha said...

Alamak ! cam novel laa... Tp cam best je.. Dayah mark dlu taw .. hujung minggu dayah dtg baca kay.. Esok kolah .. hehee..

Fatini Adlina said...

thnx follow, dh follow back... :)

sry xdpt komen sangat pasal cerpen ni sebab saya jenis tak baca cerita melayu...heheh..tapi setakat yang saya baca best jugak cerita awak, tapi macam orang lain cakap, tambahkan elemen suspensy ya :D

good luck, teruskan usaha

dhinai adnan said...

Salam....nak komen sikit tentang story tu..kalau boleh mulakan cerita anda dengan simple klimaks agar pembaca tidak boleh mengagak dan ingin tahu apa jalan cerita seterusnya.Lakukan ulangkaji setiapkali selesai menghasilkan satu bab untuk mengelakkan terdapatnya kesalahan dari segi ejaan mahupun dari segi nahu.Syabas dan teruskan usaha anda .

hOney n' cLOver said...

mcm pernah dengar jln cite ni..mungkin bnayk sngat baca nOvel..hehehe...tapi saya suka...thanks for sharing...

Nur Tashnin said...

Saya nak komen sikit.mengesahakan kehamialn ada positif bukan negatif.kalaw negatif bermakna dia x hamil.apa2 tingkatkan usaha anda dalam penulisan ini.

suhaidah nesiri said...

Banyak lagi yang perlu ditambahbaik. Sebagai pembetulan, gelaran pangkat tu ya, TAN SRI bukannya TUAN SRI.
Apapun, satu percubaan yang baik. Teruskan, semoga menjadi penulis yang hebat satu masa nanti.

suhaidah nesiri said...

Banyak lagi yang perlu ditambahbaik. Sebagai pembetulan, gelaran pangkat tu ya, TAN SRI bukannya TUAN SRI.
Apapun, satu percubaan yang baik. Teruskan, semoga menjadi penulis yang hebat satu masa nanti.