Pengalaman Berblogger


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Apa habaq para readers zu ? Sehat ? Alhamdulillah :) Zu ? Sehat jer :) Haih ! Minggu exam lah baru zu rajin sangat nak hupdate blog kan ? Sebelum ni tak pulak.Nampak tak yang zu malas tengok buku ? HAHA.Relaks jer.Tak boleh hadap buku 24 jam jugak.Nanti otak stress , satu apa pon tak masuk.Lagi terok kan ? So , Take A Time with my blog kejap :) 

Tujuan zu hupdate blog ni sebab nak kongsikan sesuatu dengan korang.Kongsi apa ? HEHE.Sabar sabar ! 

Tadi dekat sekolah , kawan zu ada cakap pasal blog or tumblr.Siapa kawan zu tu ? Meh sini zu mention nama dia sikit , Nur Syazanna :) Nak ngorat ? Tak boleh.Dia single but not available ! HAHA.So , dia cakap dia teringin sangat kongsi kisah hati dekat tumblr.Tapi dia takut dia SYOK SENDIRI.Alaa.Perkara biasa lah tu Nana.

Dia ada tanya zu , tumblr ke blog lagi bagus ? Bagi zu , blogger is better than tumblr.Sebab blog dah jadi kebiasaan bagi orang lain :) Tumblr ? Tak tahu lah pulak.Sebab zu bukan pernah buat account tumblr.HEHE.Gelakkan zu cepat !

So , bila si Syazanna ni cakap ''Aku tak sefeymesh kau'' ''Aku tak pandai buat post yang menarik.'' ''Aku selalu syok sendiri'' bagai ni , zu teringin pulak kongsi pengalaman zu.

Sebenarnya nak diikutkan blog zu tak sefeymesh blog kak Lyssa Faizureen , blog kak Yuyu Zulaikha , blog abang Ben Ashari semua tu.Zu hanya seorang blogger yang mampu untuk mencoret kisah hidup zu :) 

Kalau korang nak tahu , blog pertama zu bukan lah blog yang zu guna sekarang.Kalau korang tengok blog zu yang pertama , mesti korang cakap ''Ni betul ke blog Zulaikha comel ni ? Apahal bahasa rempit , ayat tertonggang tonggeng , semua post macam bodoh-bodoh.'' HAHA.Zu buat blog yang pertama masa zu form 1 nak masuk form 2.Memang fikiran zu time tu pon like childish lagi right ? Zu kenal blog dari rakan sekolah zu Izah dan Fajaratul.Bila baca blog diorang terasa gatai pulak tangan ni nak buat blog.So , zu bukak lah account blog.Wahha ! Masa tu , bila dapat followers yang pertama , zu melompat macam monyet.HEHE.Yer lah , sape tak bangga dapat followers kan ? Rasa nak melompat tinggi-tinggi kan :) Heeee..

So , macam-macam lah zu update dekat blog tu.Pasal family lah , cousin lah , kawan lah dan yang paling lawak kalau zu boring , time zu sakit perut pon zu nak bagitahu jugak.HAHA. Bahasa zu dalam blog kemain kome oii.''Hoii ! aq cayunk gleww at mamat sowng niew.'' Rempit gile kan ? HAHA.Lepas zu dah naik form 2 , zu mula ubah sikit-sikit.Blog makin cantik *cantik lah sangat* , bahasa jer yang tak tukar-tukar.HAHA.Zu edit blog pon sampai mana yang zu tahu jer.

And then , one day , zu tengah edit blog pertama tu.Zu edit punya lah lawa , warna purple gitu :) Bila dah siap , zu pon excited lah nak buat post ''syok sendiri'' nak tunjukkan blog zu dah lawa.Tetiba tak boleh nak post.Time tu zu bengang gila ! Zu nangis tahu tak ! Haiyoo..Dah lah zu sayang blog tu.Tak kan zu nak buat blog lagi satu.Zu dah kumpul sampai 174 followers dah dalam blog tu.Haish ! Macam-macam zu fikir ''Kalau aku nak kumpul sampai seratus pon , mesti dalam masa 3 tahun.Hermmm'' Zu tanya ramai blogger pasal masalah blog zu tu , tapi sorang pon tak nak tolong :( 

Zu beranikan diri buat blog baru.Then zu suruh kawan zu , Liyana tolong editkan.Wow ! Terasa berbeza blog zu yang dulu dengan blog zu yang baru buat ni.Dan blog zu yang baru buat awal tahun lepas (2012) tu lah kekal sampai sekarang :) Alhamdulillah , harap followers dan pembaca setia blog zu akan terus meningkat :) Siapa sangka kan , budak bahasa rempit time form 1 dan 2 boleh tulis dengan ayat penuh macam ni time form 3 sampai sekarang :) HAHAHA. *tak malu gila minah ni puji diri sendiri

Zu cuba untuk perkenalkan lagi blog zu dekat para bloggers-bloggers yang lain.Cadangan pertama , zu nak buat tutorial blog.Sebab ramai bloggers yang buat tutorial jadi feymesh.Woww ! So , zu nak lah feymesh jugak.Cehwahh ! HAHA.Tapi bila fikir-fikir balik , ramai sangat dah buat tutorial.Apa kata buat lain dari yang lain.Hah ! Tapi apa dia ? Haishh !

Time tu jugak lah , zu suka sangat baca novel.Mungkin ilham dari situ , terbitnya di hati zu nak buat cerpen dekat blog.Bila cerpen zu mendapat sambutan yang BOLEH LAH , zu terus malas  baca novel.Nampak tak ? Allah nak bagi ilham dekat zu :) Alhamdulillah.

So , sebelum ni zu bukan lah sefeymesh mana :) Dan zu tak lah sefeymesh mana sekarang ni.Zu still jugak promote blog zu ni dekat orang.Especially dekat group blogger yang ada dekat facebook.Lepas update jer mesti zu akan hantar ''Dei ! Follow sini woii ! Komen sekali ! Nanti gua follow lu balik !'' Cewahh .

Pengalaman berblogger teramatlah manis.Tapi , jangan lah sampai blog or tumblr jadi tempat luahan sampai lupakan Allah.Mungkin blog dengan tumblr tempat kita berkongsi cerita dan nak dapatkan advice dari orang lain.Tapi jangan lah sampai post macam zu cakap tadi tu.HAHA.Memang kena hantam lah siapa yang bukak blog kita time tu yedok ?

So , kawan ku Syazanna :) Aku hupdate post ni khas untuk hang.Teruskan usaha anda.Tak kira lah blogger or tumblr , di mana ada kemahuan , di situ ada jalan highway ye kak :) HEHE. 

Terima kasih support blog zu selama ni.Harap korang teruskan support zu dan sentiasa bagi zu nasihat / pandangan ye :) Muaaahhh :* 

Assalamualaikum...

6 comments :

Siti Khadijah said...

satu cerita yang menarik . hehew best baca blog ni (:

Mysara Ab Rahman said...

mnulis blog ni best sbnrnyer
mcm2 kte dpt...

mamawana said...

Assalam sweetie...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2013/05/kaki-puisi-1987.html

FITRAH JAMIL said...

sgt menarik bace blog zu

anys said...

wah cantik blog kaler biru. nampak tenang jew.

Jom join! =)
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

faiz hazard said...

nice story on this entry . keep writing more interesting story sis :)