Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
Hello readers yang zu rindu sangat sangat ni :) Apa khabar ? Sihat ? Zu ? Alhamdulillah :) How your holiday ? Mesti dihiasi dengan pelangi bertemankan bintang kan ? Seronok lah korang.Zu ? Holiday zu ? HAHA.Jangan cakap lah.Holiday zu dihiasi dengan suasana suram dan hanya ditemani oleh internet.Sebut pasal suasana suram ni , zu ada story nak bagitahu.Semuanya berlaku time holiday ni.Sebab tu zu cakap suasana zu suram time holiday ni.Baca betul-betul erk ,SURAM bukan SERAM ! HAHA.
Korang nak tahu tak , baby zu masuk hospital :( Baby ?? Whose your baby ? HAHA.Relaks relaks..Nampak tak gambar dekat atas tu ? Nampak kan ? Kalau tak nampak , pergi kedai cermin mata and tanya apa masalah mata korang sampai tak nampak gambar besar menggondang tu.
So , hari ahad yang nak memulakan holiday bagi semua kaum pelajar ni lah hari malang zu.Tengah zu main-main dengan baby nokia c3 zu , tiba-tiba je rosak.Then , zu bagi tahu mak zu. Mak zu macam tak ade perasaan je.Dia cakap ''Mesti jatuh''.Padahal sebelum ni jatuh okey je.Time rosak tu , langsung tak jatuh.Zu nangis.Seriously ! Ye lah , siapa tak sayangkan phone dia even phone tu murah kan ? Banyak data yang zu simpan dalam tu.Example , text dari crush zu , ucapan romantik dari crush zu , gambar crush zu , madah romantik untuk crush zu.HAHA.Menyampah kan bile dengar ? Semua dari crush kot.Siapa tak nangis :( Hurmmm
So , now ayah zu hantar repair.Orang yang repair tu cakap , dia pon tak tahu apa yang rosak -.- So , dia kena call operator lah apa lah.Dia yang cakap ! Zu tak cakap.Harap-harap lah baby c3 zu okey je.Hope bayaran repair tu tak mahal.Parents zu cakap , kalau mahal , beli phone baru -.- Tak nak !! Zu nak baby c3 tu jugak.Sebab ? Kan zu dah bagitahu.HAHA.
Now , zu pakai handphone yang orang kata 'baling kat anjing , kepala senanjing yang senget'.HAHA.Karut tu semua.Zu pinjam phone abang zu.Sebab takut-takut kawan nak ajak zu hang out ke kan ? Nanti diorang call zu tak dapat-dapat macam mana.HAHA.Kalau diorang tahu phone zu rosak , mesti diorang gelakkan zu macam pontianak harum sundal malam.HAHA.
Hopefully , tak ada benda yang hilang especially benda yang boleh buat zu teersenyum :) EKEKEKEK.Doakan baby c3 zu okey erk :) Harap sangat baby c3 zu keluar dari hospital cepat-cepat :) Baby , zu miss awak ni :) Ermmm :(
Kalau ada kelapangan masa , zu akan update cerpen erk.Now , zu tak ada idea for the cerpen.Kusut fikirkan phone zu tu :( Eh ! Lupa pulak nak cakap.Ujian selaras 1 ,alhamdulillah sudah selesai.Dan syukur pada Allah , zu dapat jawab dengan baik :) Harap result ujian selaras 1 zu boleh mengembirakan hati kama zu ni haah.HEHE.
Sampai sini saja.Hope baby saya sihat cepat :) Assalamualaikum :)
1 comment :
LOL! Mati-matikku hengatkan anak betui! Kui, kui! Jemput singgah :) SALE! SALE! SALE!
Post a Comment