Keep Dreaming


Assalamualaikum :) 
Hello Guys :) 

OMG ! OMG ! Zulaikha here ! Excited ahh weyh. Aku update ni. HAHA. Okey. Maaf.Zu terlampau excited pulak sebab dah laaaaaammmmaaaaaa tak update kan. Ish ish. Zu hilang ke mana ? Oh maaf. Zu busy dengan hal dunia dan akhirat. Acecece. I had told you before , zu busy tahun ni. Busy dengan study , dengan extra class. Lepas balik sekolah terus tidur , malam pulak busy dengan homework and tuisyen. Nampak tak....I'm tired. Not lazy girl.But , trust me , zu 24 jam bukan dengan buku pon. HAHAHA 

Okey. Stop bebeling. Everbody have their own dream. Yaa , exactly AMBITION. Bila zu tanya mesti ada macam-macam jawapan.Kalau korang dah habis sekolah pon ,  mesti korang ada cita-cita jugak. Cita-cita ni is not just like '' i want to be a doctor'' '' i want to be a lawyer'' NOT ! Cita-cita mengejar cinta Allah , juga merupakan CITA-CITA. Everybody , keep dreaming ! Cause , ada orang cakap kalau kuat berangan ni , insyaAllah angan-angan jadi kenyataan. Tapi mesti dengan usaha dan doa. Kalau korang berangan macam Mat Jenin , your dream never come true. When i ask somebody , ''whats your dream ?''. Kebanyakkannya cakap ''Hmm. entah lah.'' Dan jawapan yang lagi hebat ''Hanya Allah saja yang tahu.'' . Dear , memang kita hanya merancang , tapi Allah yang tentu kan. But , kalau kita merancang dengan usaha yang gigih , InsyaAllah , Allah akan perkenankan impian kita. But , kalau Allah tak perkenankan , redha saja . Jangan marah. Allah lebih tahu. Allah lebih 'expert' dari korang. Allah dah rancang yang lagi baik apa yang korang rancang. Allah always give the best for his servant.


Zu selalu berangan , bila lepas SPM nanti , zu nak masuk UPSI . Zu nak sambung belajar sampai degree level. And yes ! I want to be a lecturer. Thats my ambition. Bila mak zu tanya ''Kenapa nak jadi lecturer ?'' I answer ''Zu suka kehidupan di universiti'' Acececece. Macam dah masuk U jee lagaknya. Kadang-kadang zu terfikir , time sekolah tak reti nak ajar kawan macam mana. Bila zu ajar kawan-kawan zu , mesti zu terbelit-belit sana sini. Entah kawan zu faham atau buat-buat tak faham. HAHAHA. So , i wonder , why i want to be a lecturer if i dont know how to teach my students. Tak apa. Boleh belajar nanti. InsyaAllah. Kita hanya merancang , Allah yang tentukan.

Jika diizinkan Allah S.W.T , zu nak sambung ke peringkat PHD . Ya ! I want to be a professor ! Aminnn. Hopefully. Nanti PROFESSOR ZULAIKHA muncul dalam 20 tahun akan datang. Professor yang akan menegakkan bahasa wahana bangsa kita , BAHASA MELAYU.HAHAHA. Kuat berangan sungguh. Doakan impian + dream + cita-cita zu menjadi kenyataan. Zu akan usaha !

Zu sentiasa doakan kejayaan kawan-kawan zu , kejayaan readers-readers zu even kita tak kenal atau tak berapa nak rapat. Semua orang ada impian masing-masing. Cuma tercapai atau tak saja. Can i repeat this word ''KITA HANYA MERANCANG , TUHAN YANG MENENTUKAN'' HAHAHA. 

Sentiasa berusaha , sentiasa berdoa.InsyaAllah kejayaan akan menemui anda. Allah tidak menjanjikan kejayaan dalam diri seseorang tanpa usaha. I will update other time.Thats all.

Assalamualaikum.

Hello Readers ! Zue's In The House !


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

So , how can i start the writting ? I forgot how to write my own introduction when i'm blogging.HAHAHA. Long time no see you readers.Miss me ? Awwwww ! So sweet. *Sparkles face* HAHA. So , how your days ? Much better , or more bad than last year ? If you ask me , i dont know how to describe.Seriously , for this 3 month on 2014 , i've got many sadest part in my life.Yaa ! Sometimes ada jugak yang mengembirakan zu.But , cukup lah untuk minggu ni , zu rasakan the sadest weak for me.

I'm sorry darling , cause this year i rarely with my blog. I am SPM candiates you know.So , responsible sebagai calon SPM tu mesti ditunaikan.Even i'm not with a book all the time. HAHA. I just on my twitter , wechat and whatsapp only.Itu pon guna phone yang tak habis-habis dok sekat-sekat memanjang tu.Kalau buka blog dekat phone , memang stuck habis lah kan.So , thats why i'm rarely with blogger this year. Hahhh ! Tapi , jangan ingat zu lupakan blog zu.Setiap hari zu berniat nak update.Tapi tak update-update pon . Busy yang teramat.Busy with all dramas king that le people acting in the world ! Busy with the killer subject ! OMG !

Alhamdulillah . i've past my Ujian Selaras 1. Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan oleh Allah. Selesai dengan gilang gemilangnya yang disinari dengan bunga api , boom ! boom ! Hanya tunggu result , walaupun ada result yang dah tahu. But i'm not satisfied cause i know theres have something wrong. HAHAHA.But , zu redha dengan ketentuanNya.Ada kejadian yang buat zu sedih gila.But , i'm sorry i've to keep the story.HEHEHE.Imagine that your teacher have done mark your paper , and you get the highest marks , but your friends , come to the teacher and check your paper.And they tell the teacher , and teacher cut your mark become lowest.What do you feel ? But , it's okey. My mom have given me some advice, there is wisdom behind all of this.And i trust to Allah , that Allah had plan a better life for me.So ,zu malas nak gaduh , and i will let this problem go far away and never come back again.

So , wish me luck for this ujian selaras 1 result. And , who will get SPM RESULT 2013 ? I wish you good luck senior ! I pray , that you get a good key((result)) to open the lock of your future ! HWAITING ! 

Dear my short story readers , this year i cannot write any short story.I will continue after my SPM examination.On DECEMBER ! HAHAHA I'm sorry. I have no time to write some short story.SORRY AGAIN my darlings ! 

Thats all for today ! if i have a free time ,  i will writting again.Wassalam ~

Setelah Lama Tidak Berceloteh


Assalamualaikum :)
Hello Guys :) 

Fuhh ! Lamanya zu tak hupdate blog ni.Maafkan saya ! zu terlampau busy teramatlah busy bulan ni.Haihh.Maafkan zu sekali lagi yaaa.Psst ! Psst ! Dalam lama kelamaan zu tak update blog ni , macam-macam cerita yang zu nak ceritakan dekat korang.Tapi...tak semua lah kan boleh cerita.Takkan zu nak cerita zu makan apa pagi bulan lepas.Melampau lah kan -.- hahaha.By the way , rindu zu tak ? Ofcourse lah kan ? *angkat-angkat kening* Yeahh ! Ada jugak orang rindu zu. Proud of me ! :D

Antara salah satu storynya ialah zu kecewa.Kecewa sebab apa? Sebab....ermm yaa sebab lelaki only.But,now i'm move on ! Buat apa nak sedih-sedih pasal lelaki dah.Waste my time ! Okeyh , ingat tak story yang zu pernah cerita pasal seorang lelaki tu ? Tak ingat ? Oh ! Maaf , cerita yang zu update pasal dia semua zu dah delete.Maaf sangat-sangat.Siapa yang ikuti perkembangan blog zu ni , dia tau lah :) Okeyh , zu dengan dia sudah teeettttt ! Nothing ! Okeyh.Alhamdulillah , now zu dah terima kenyataan yang dia bukan milik zu.Even dia tabur janji-janji manis seperti gula-gula , apa zu kesah.Dia yang tanggung dosa.Aiyokkk ! tak tahu ! hahaha.Firstly , zu memang susah nak accept kenyataan yang DIA BUKAN MILIK AKU LAGI ! Bila dengar advice dari kawan , then hati zu pon cakap ''Woi minachi ! Tak mati lah kalau dia bukan milik kau ! Allah akan beri kan kau orang yang lagi baik dari dia untuk kau.'' So , i'm gonna move on even it difficult ! Oh my God ! Susah gila nak move on kateko ! hahaha but i try ! Lastly , alhamdulillah , zu bahagia dengan life single zu sekarang.Zu bahagia single sebab tak payah nak jaga hati lelaki seperti permata but dia jaga hati kita seperti sampah.Sorry to say :) I FORGIVE HIM and i really want to forget the moment all about him.Ya Allah , give me some help and strength :') 

Okeyh stop story about that ! Korang nak tau tak , zu cakap zu busy bukan sebab frust menonggeng lah.hahaha.Zu busy dengan my final exam.Alhamdulillah , exam final berjalan dengan lancar selama sebulan.Bayangkan zu menghadap buku selama sebulan weyh.Penuh otak dengan fakta-fakta yang perlu diingat.Oh my god ! macam nak pecah dah.Zu mintak maaf , sebab zu tak bagi tau korang pasal final exam ni.Sebab sebelum ni , sebelum exam zu akan update then korang kasi kata-kata semangat kat zu.Oh please zulaikha jangan bajet feymeshh ! hahahaha.And let me tell you that final exam kali ni is ssooooo 'errghhh'*tangan dibahu mata ke atas*.I gonna to die ! Soalannya ikut format SPM.So , kalau SPM macam ni memang tempah kerja suri rumah jer lah kan seumur hidup.Macam mana nak jadi proffesor kalau benda senang macam SPM ni tak boleh jawab.Belum lagi soalan-soalan peringkat Degree or PHD lagi.Time tu zu rasa , zu takkan tidur malam.hahaha.Hurmmm , nak buat apa fikir benda yang lepas.Zu dah usaha , so i just tawakkal and pray to Allah S.W.T for my result :) Pray for me too , and i will be SPM CANDIDATES next year ! Oh my god ! I'm scared and i dont want to leave my school , teachers and friends.I want to be a student untill.....forever.hahahaha,Pray for me readers for this final exam result.

Okeyh , sampai sini saja celoteh zu.sebenarnya banyak lagi yang nak diceloteh but , takut nanti korang tertidur time baca blog zu ni pulak.Dah lah lagu dalam blog ni boleh buat orang tidur.hahahaha.Eh ! I have something to story.But next entry okeyh dear :) Assalamualaikum :)

Raya ! Raya ! Raya !


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Selamat hari raya , hari untuk kita bersuka ria :) Selamat kami ucapkah lalalalalala ~ ehh ! Nyanyi lagu raya pulak zu ni.HAHAHA.Raya dah habis ke ? Belom kan ? Raya kan sebulan *angkat-angkat kening*.HAHA.Sebelum zu published cerpen Baju Melayu Untuk Suami ni , zu ada ucap SELAMAT HARI RAYA :) Siapa tak baca ? Zu merajuk dengan dia T^T HAHAHA.Abaikan.Siapa yang terlepas baca cerpen raya sila-sila kan lah eh jemput komen sekali yaa.

Dah berapa minggu dah raya and dah dua minggu dah start sekolah tapi zu baru nak update and post gambar raya zu.HAHAHA.Very slow ! Zu busy lepas raya dengan ketupat , lemang , rendang , biskut raya untuk dicekik.HAHA.Lepastu zu nak published cerpen lagi.Then zu nak edit blog lagi.Fuh ! Sebok kalah perdana menteri you oalsss :)

So , zu nak story lah pasal raya zu ni hah.Ermmm..Nak dikatakan meriah , idok leww meriah mana kome oi.Hamboih ! Bahasa Perak pekat bebeno nye pon.Kenapa zu cakap tak meriah ? Sebab mak su zu tak beraya di Perak.Dia beraya kat Negeri Sembilan.Anak mak su zu ni semua kecik-kecik dan paling kecoh.So , bila tiba-tiba mak su zu beraya di sana atas sebab-sebab yang tertentu jadi mendap sikit suasananya.Tapi ! Alhamdulillah sebab raya tahun ni mak yang zu balik Perak.Boleh jalan-jalan dengan kak Farah , abang Syafiq , Amin and my brother :) So , tak lah mendap sangat.

Yeahh ! We go to the part of very adventure.Baju raya zu warna apa ! Hoyeaahh ! Nak tahu tak baju raya zu tahun ni warna biru terquois :) Lawa ke tak ? Ofcourse lah.Zu yang pilih zu cakap buruk memang bodoh lah kan.HAHA.Duit raya ? :) Alhamdulillah duit raya zu........... secret xD Mana boleh bongkarkan.Nanti semua serbu rumah zu.HAHA.Let's go to the story first day of raya :)

Raya Pertama


With kak Farah my cousin from Peneng.


Kami memang suka syok sendiri.Problem ? 


From left abang Syafiq , me and kak Farah :)


Ops ! Candid di pagi raya :)

Yeahhh ! Itu gambar di pagi raya pertama.Sorry ! Gambar dengan family tak ada sebab semua sebok.Ada yang sebok di dapur , sebok mencekik semuuuuuaaaa ada ! 

Baju peplum yang terkenal di zaman sekarang ni zu gayakan bersama tudung half moon yang ku belit sampai susah nak bukak balik -.- HAHA Lawa tak baju I ? -.- Tak eh ? Okeyh fine.

Andddddd ! One more story petang raya pertama.Petang raya tu dalam pukul lima kami pon bertolak ke Ipoh dari kampung.Kampung zu dalam sekitar Perak jer.So , senang lah kan.HAHA.First destination kami pergi farmasi dulu sebab kak Farah nak beli ubat.Lepastu kitaorang pergi KFC :) My first brother belanja.Who his name ?  Mohd Imran :) Mention sikit name dia bagi peymeshhh -.- lalalalala.Let's go and see the picture.



Nak ? Sorry ! Tinggai tulang jer :( 


My brother sebelah kiri , and my cousin sebelah kanan.Tengok abang aku ! Hardcore kan ? >.<


My first brother , kak Farah and me :)

Time kitorang kat KFC ramai yang masih tak ganti baju melayu dengan baju kurung diorang.Kemain.Tengok kitaorang ! Dah ganti sebelum zuhur lagi.Menyusahkan lah pakai baju kurung.Kene bersimpuh itu lah ini lah.HAHA.So , lelaki malaya , kalau nak cari gadis ayu-ayu , dont choose me ! HAHA.So sampai sini jer lah raya pertama punya cerita.Lepas penat melantak KFC kami pun pulang ke kampung dengan letihnya.Oooooo balik kampung ~ Oooooooo balik kampung ~

Raya Kedua

Raya kedua ? Ops ! Gambar raya kedua tak ada lah cik abang dan cik akak.Time raya kedua semua busy nak kemas balik ipoh semula.Sooooo....Sorry dear :)

Raya Ketiga

Hah ! Yang ni best sikit ! Time pagi raya ketiga zu , abang yong , kak Farah , abang Syafiq , Amin , Haziq and Athirah pergi jalan-jalan :) Selamat raya kedua mak su zu dah balik Ipoh balik.Boleh lah ajak Athirah dengan Haziq pi jalan-jalan.Meriah sikit.Pergi mana ? JJ jer pon -.- HAHA.Kak Farah nak beli cover phone galaxy Y dia tapi tak dapat-dapat.Dah dua mall kitaorang terjah.Tapi tak berkenan.Haih ! grumbeling betoi kak Farah ni -.- HAHA.So , kitaorang pergi JJ.And kejadian yang paling lawak , cousin zu , Amin yang sebaya dengan zu boleh hilang.Semua gelabah.Kak Farah kakak kepada Amin ni dah mula lah.Abang Syafiq dah marah-marah kak Farah.Kesian nya.Nasib jumpa.Kalau idok terpaksa pergi dekat kaunter announcement then terpaksa buat pengakuan budak berumur 16 tahun hilang.Oh my god ! Malunya ! So  let's go to the picture.



Muke happy :)


Muka zu nampak pucat kan -.- HAHA

Time ni lah zu rasa zu lah paling happy :) zu jarang keluar dengan cousin zu.Lagipun , cousin zu jenis sporting tak kisah belanja zu.So , zu sayang diorang.Terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku keluarga bahagia.

Okeyh ! Hari yang sama jugak.Zu dengan family and cousin zu celebrate birthday kami semua :) Ini semua cadangan mak yang dan kak Farah.Diorang cadang nak buat BBQ.Tapi ada lah beberapa perkara yang menyebabkan terbatalnya niat tu.Sedih :'( HAHA.So , ayah zu sponser kek and kfc untuk celebrate birthday zu , kak Farah , Haziq , Mak Su and abang Syafiq.Sungguh meriah.HAHA.


Action jer lebih zu ni -.- HAHA


Kak Farah :)


Haziq :) Cousin yang paling banyak songeh.


Abang Syafiq :)


Me with Kak Farah and Afiq yang comel :P


Me with my cousin :) Maaf cameraman yang tak berkualiti.


Jejaka-jejaka pujaan malaya.From left to right abang yong , amin , haziq , abang Syafiq , abang chik :)


Birthday girl and boy :) HAHAHA


Semua berkurumun macam semut nak kan gula.

Celebrate birthday ni dekat rumah zu.And , kalau korang nak tahu , rumah zu tak pernah semeriah macam ni.Abang Syafiq happy gila sebab dia kata ''seumur hidup ceq tak pernah sambut hari jadi'' HAHA.Korang boleh bayangkan macam mana happy nya kitorang.

Lepas dah penuh perut semua , jejaka-jejaka terhangat di pasaran tu pon duduk lah depan tv tengok bola Malaysia vs Barcelona.Even Malaysia kalah , we proud of you Malaysian.Eh ! Keluar tajuk pulak.

Wahhaa.Panjangnya entry zu kali ni.Macam buat cerpen pulak.Hope korang sudi komen entry zu :) Assalamualaikum and Salam Merdeka ke-56 Tanah Tumpahnya Darahku :) 

Baju Melayu Untuk Suami


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

''Aku terima nikahnya Nur Zuraini binti Abdul Halim dengan mas kahwin satu ratus ringgit tunai'' Lafaz Adam dengan tenang dan lancar.

Kini , Adam Safwan bin Ahmad Rafie sah menjadi suami aku.Setelah lebih 18 tahun kami berkawan , kini dia milikku.Tiada siapa yang bisa mengambil nya melainkan Allah S.W.T. 

Air mata ku mengalir di pipi.Sebak ! Terharu ! Aku tidak sangka percintaan kami ini akan sampai ke sini jua.Orang yang aku teramat sayang suatu ketika dahulu , kini sudah menjadi milikku yang abadi.Aku tersenyum mengenangkan saat aku suka dengan adam sejak aku berusia 9 tahun.

** ''Zu...'' Panggil Adam

Aku tidak menyahut.Aku leka membaca buku cerita Sang Kancil dan Buaya yang baru dibeli ayah.

''Zuuu !'' Jerit Adam.

''Ish ! Awak ni kan.Terkejut kite tau.Kite merajuk karang padan muka awak kena pujuk.'' Aku menjelir lidah ke arahnya.

''Saya panggil awak,awak tak dengar.'' Adam menarik muka masam.

''Eh ! ye ke ? '' Aku membuat muka 'blurr'

''Macam mana nak dengar.Awak tak habis-habis dengan buku tu je.Tak nak kawan awak dah.'' Adam memeluk tubuh dan menarik muka masam.

''Allaa awak ni.Itu pon nak merajuk.Alala busuk busuk ni.HAHAHA'' Aku geletek leher Adam.

Adam ketawa tahan geli.

''Awak ni ! Pandai eh buat kite hilang majuk.'' Kata Adam.

''HEHEHE.'' Aku hanya ketawa nakal.

''Zuu.....'' Panggil Adam lagi.

''Yaa Adam ? '' Aku jawab.

''Kite rasa kan....kite suka awak lah.Kite rasa kite nak kahwin dengan awak bila dah besar nanti.'' Adam tersengih.

Aku terkedu.Terdiam ! Tak tahu nak cakap apa.

''Awak sanggup kan tunggu kite ? Kite janji kite tak kan cari perempuan lain.'' Kata Adam sambil menhulurkan jari kelinking nya.

Aku mengangguk lantas memaut jari kelingking aku dengan jari kelingking Adam.

** ''Zuu ! zuu !'' 

Aku diam.

''Zuu !'' Ibu menggoyang kan tubuhku.

Aku tersedar dari lamunan.Ya Allah ! Jauhnya aku termenung.Rasa-rasa ada orang nampak tak ? Ada tak air liur aku meleleh ? Ouh malunya ! 

''Apa ni ! dah kahwin pon sebok dok menung sana sini.'' Marah ibu.

Aku hanya sengih.Adam ada dihadapanku untuk menyarung cincin.Betul punya termenung jauh lah aku.Sampai Adam ada depan mata pon aku tak sedar.Zuraini zuraini.

*********************************************************************************

Aku menyisir rambut di meja solek yang terhias indah di bilik.Ada kalanya berdebar melihat wajah Adam.Oh Tuhan ! Hilangkan lah debaran ini.

''Sayang...'' Adam menarik lembut tangan ku dan duduk di birai katil.

''Cantik lah rambut sayang.'' Adam tersenyum sambil membelai rambut aku yang sudah mencecah ke pinggang.

Aku hanya tersenyum.

''Ingat tak masa kecil-kecil dulu yang abang cakap abang akan kahwin dengan sayang ?'' Tanya Adam.

''Ingat.'' Aku mengangguk.

''Sekarang hajat abang dah pon termakbul.Abang dah miliki sayang.Abang janji abang akan jaga sayang , abang akan didik sayang , abang akan cinta kan sayang sampai akhir hayat abang.'' Adam mengucup lembut dahiku.

Air mata ku mengalir.Ish ! Kenapa lah senang sangat air mata ni mengalir.

''Abang , zu pon sama abang.Zu akan cintakan abang sampai akhir hayat zu.Walau apa pun yang terjadi , zu nak abang tahu abang tetap ada di hati zu.'' Aku mengusap lembut pipi Adam.

Adam memelukku erat.Erat sangat.Aku rasa aku disayangi sangat-sangat.Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan jodoh dengan orang yang aku sayang sejak kecil lagi.

********************************************************************************

Alhamdulillah , sudah genap dua tahun kami mendirikan rumah tangga.Dan aku kini sudah mengandung lapan bulan.Dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan , aku merasakan nikmat sekali.Insyaallah raya ni anak aku akan lahir melihat bumi yang indah.

Ting tong !

Aku yang sedang bersandar di sofa terkejut mendengar loceng berbunyi.Aku bergegas membuka pintu.Mungkin Adam pulang kerja awal hari ni.

''Ibu ! Kenapa datang tak bagi tahu ?'' Tanya aku.

''Adam ada ?'' Ibu tidak menjawab pertanyaan ku malah memberikan aku soalan pula.

''Adam kerja.'' Aku melihat gadis yang ayu yang bertudung labuh di sebelah ibu. ''Siapa ni bu ? '' Tanya aku.

''Hah ! Lupa pula.Ini Syahidah.Bekas tunang Adam !'' Jawab ibu.

Aku tergamam.Ini lah orang yang pernah Adam cerita kan pada ku.Ayu orang nya.Kenapa hati aku berasa tak sedap ni.Aku dapat rasakan ibu lebih sayang kan dia dari aku.

*** ''Ibu berbuka puasa kat sini saja lah.Nanti Zu call abang Adam suruh beli juadah banyak sikit.'' Ujar ku.

''Kamu tak masak ke ?'' Tanya ibu.

''Abang Adam tak bagi.'' Jawab ku.

''Huh ! Dasar pemalas.Kamu tu mengandung jer.Bukannya patah riuk sana sini.'' Jawab ibu.

Aku terdiam.

''Tak apa lah aunty.Zu , biar Ida tolong zu masak.Tak payah suruh abang Adam beli juadah kat bazar eh.'' Kata Syahidah.

Aku mengangguk.

*** Aku hanya menolong kerja dapur yang ringan-ringan saja.Memasak semua diurus oleh Syahidah.Ibu melayan Syahidah begitu manja sekali.Ibu layan aku macam anak buangan.Terasa pulak.

'Baby...mungkin baby lahir kat dunia ni baru nenek layan mama macam nenek layan aunty Ida.' Aku bercakap dalam hati sambil mengusap lembut perutku.

''Assalamualaikum.'' Adam memberi salam lalu mengucup lembut pipi ku.

''Waalaikumussalam'' Jawab kami semua.

''Eh ! Ibu pon ada.'' Adam terkejut lalu menyalam ibu.

''Adam , kenal tak lagi ?'' Ibu memeluk mesra bahu Syahidah.

Adam diam.Adam mengangguk selepas melihat wajah aku tersenyum.

''Adam mandi dulu eh ibu.Jom sayang.''Adam menarik lembut tangan ku.

Aku mengekori Adam.Hanya Adam saja yang faham perasaanku.Ibu Adam memang kurang mesra dengan ku sejak kami kahwin lagi.Sedih.

*********************************************************************************

Azan maghrib berkumandang menunjukkan tanda untuk berbuka puasa.Alhamdulillah , aku dapat melaksanakan puasa dengan jayanya.Ewah !

''Hummh ! Sedapnya sayang abang masak.'' Kata Adam sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut dengan gelojoh.

Aku terdiam.

''Ini bukan Zu yang masak.Ida yang masak.'' Aku menoleh ke arah Syahidah.

Adam tergamam.Muka bersalah terpancar ke wajahnya.Adam terus makan dengan sopan dari tadi.Mungkin dia tak nak aku kecewa.Tapi hati aku dah kecewa ! Abang !!!

''Hurmm sedap kan Adam ? Tu lah ibu suruh kamu kawin dengan Ida kamu tak nak.Kamu putus tunang dengan dia sebab Zu.So , sekarang siapa susah ? Nak kena beli jer.Membazir tahu tak ! Kamu tahu...'' Ibu membebel.

''Ibu ! Adam yang tak bagi Zu masak.Bukannya dia tak reti masak.'' Adam memotong kata ibunya membela aku.

''Eleh ! Tapi Ida masak lagi sedap dari Zu kan ? '' Kata ibu lagi.

Aku bangun dan terus mencuci tangan dan beredar ke atas .Tidak sanggup aku dengar perbualannya yang menyakitkan hati aku.

''Sikit sikit merajuk ! '' Jerit ibu dari bawah

Air mata yang hanya bergenang di kolam mata sejak tadi jatuh jua di pipi.Ya Allah , ini kah dugaan di bulan yang mulia ini.

********************************************************************************

Sedang aku ingin medapatkan suami ku di balkoni depan rumah , langkahku terhenti mendengar perbualan Syahidah dan Adam

''Abang , ida sanggup bermadu asalkan Ida dapat abang.'' Kata Syahidah.

''Apa ni Ida.Saya dah ada isteri.Dan saya sayangkan isteri saya.'' Jawab Adam.

''Abang ! Ida sanggup lakukan apa saja untuk abang.Tolonglah abang.Ida cintakan abang dunia akhirat.'' Kata Syahidah sambil memegang lengan Adam.

Adam menepis tangan Ida. ''Awak jangan macam-macam Ida.Saya sanggup buat apa saja demi isteri saya Zuraini ! Saya tak nak dia kecewa.'' Adam marah Syahidah.

''Ouh ! Walaupun Aunty Asmah tak suka dia?! '' Jerit Syahidah.

Aku tergamam.Memang benar ibu mertuaku tidak menyukai aku.Aku berlalu ke dapur.Tidak tahan mendengar kata-kata yang begitu menyeksa jiwa dan ragaku.

*** ''Apa sal kau menangis ? Takut suami kau madukan kau ? Hah ?!'' Ibu tanya padaku dengan muka yang angkuh.

Aku mengesat air mata dengan tangan.

''Ibu tahu kan , Zu sayang kan abang Adam sampai hujung nyawa Zu.Zu takkan biarkan abang Adam dirampas oleh sesiapa saja kecuali zu sudah tidak bernyawa lagi.'' Aku berlalu pergi meninggalkan ibu.

Ya Allah , apakah dosa aku kau beri ujian seperti ini.

*********************************************************************************

''Seminggu sebelum raya ibu datang sini yaa Adam.Ibu bawa Ida beraya dengan kita sekali.'' Kata ibu kepada kami berdua di muka pintu.

Aku memandang Adam.

''Ibu , kami ingat tahun ni nak beraya di kampung Zu.Jadi seminggu sebelum raya kami nak berangkat ke Johor.'' Kata Adam.

''Apa ni ?! Tak boleh ! Ibu nak kamu beraya di sini dengan ibu.Ibu penat-penat datang sini.Kamu pulak nak pergi Johor tu buat apa.Tak boleh ! Ibu nak kamu raya kat sini.Seminggu sebelum raya ibu datang.Jom Ida.'' Ibu menarik tangan Syahidah masuk ke dalam perut kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah ku.

''Sayang...'' Adam memegang tangan ku.

''Tak apa lah abang.Insyaallah tahun depan kalau panjang umur kita boleh beraya di kampung zu kan.'' Aku tersenyum.

Adam terus memelukku erat.

********************************************************************************

Di dalam kamar tidur kami....

''Abang..'' Aku memanggil lembut suamiku yang sedang sibuk membaca buku di atas katil.

''Ya sayang ?'' Jawab Adam.

''Abangg....kalau masa pagi raya nanti Zu tak dapat uruskan persiapan raya abang , Zu minta maaf yaa.'' Aku tersenyum.

''Apa sayang cakap ni ? Sayang tahu kan abang cintakan sayang.Abang tak nak sayang pergi.'' Kata Adam sambil mengusap lembut pipiku.

Aku mengangguk dan tersenyum.

''Nanti pagi raya nanti abang bukak eh hadiah yang zu bagi ni.'' Aku menghulurkan sebuah bungkusan kepada Adam.

''Nak buka sekarang boleh ? '' Tanya Adam manja.

''Mana boleh.Buka time pagi raya jugak.'' Aku mencuit hidung Adam.

''Okey sayang.'' Adam baring di atas riba ku.

''Abang , Zu rasa raya tahun ni , raya yang tak pernah abang lupakan.'' Aku membelai lembut kepala Adam.

''Mesti lah.Sebab tahun ni , raya abang ada sayang.'' Adam tersenyum.

Ya Allah , aku tidak tahu hidup Adam bagaimana jika tanpa aku.Semoga engkau lindungi hambaMu yang aku amat sayangi.

********************************************************************************

Ting Tong !

Aku yang sedang leka menghidang juadah berbuka puasa bergegas membuka pintu.

''Ibu.Ida tak ikut ? '' Aku bersalam dengan ibu mertuaku.

''Nanti dia datang.Dia ke Asian Mall beli baju raya katanya.Zu masak apa ?'' Tanya ibu lembut.

Aik ! Kenapa ibu bercakap lembut dengan aku.Selalunya kasar.

''Masak juadah berbuka puasa untuk ibu , Ida dengan abang Adam.

''Zu puasa ?'' Tanya ibu.

''Tak.Zu rasa penat sangat hari ni.'' Jawab ku.Memang sejak akhir-akhir ramadhan ni aku berasa letih sangat.Mungkin baby dalam perutku ini membesar dan perlu banyak makanan.

''Hah ! Ibu ada satu masakan khas untuk orang mengandung macam kamu ni.Ibu nak kamu dan anak kamu ni sihat bila dah bersalin nanti.Jap ibu masakkan yaa.'' Ibu bergegas ke dapur bersama barang masakan yang dibawanya.

''Zu nak tolong sekali boleh ?'' Tanya aku.

''Eh ! jangan ! Zu rehat.Kesian kat baby zu ni penat.Rehat yaa.'' Ujar ibu sambil mengusap perutku.

Aku terdiam.Betul cakap ibu.Aku penat sangat.Aku berehat di atas sofa.Tidak sampai beberapa minit mata aku terlelap.

*** ''Zuu..Ohh Zu..'' Ibu mengejutkan aku dari tidur.

''Ya bu.'' Aku bangun sambil menggosok mata.

''Ibu dah siap masak.Zu makan dulu , ibu naik atas mandi sekejap.'' Kata ibu dan berlalu pergi.

Aku melulu ke meja makan.Haruman masakan ibu menusuk ke hidung.

''Wah ! Sedapnya bau.'' Ujar ku sendirian.

Tanpa membuang masa aku makan bubur yang dimasakkan ibu.Memang lain dari yang lain rasanya.Sedap !

Tak sampai beberapa suap aku rasa tekak ku semacam.Otakku rasa seperti tidak boleh berfikir lagi.Aku meluahkan semua makanan itu.Muka aku biru.Aku terjatuh dari kerusi meja makan.Mulutku di penuhi dengan buih-buih putih.Aku memegang leherku.Ya Allah , sakitnya !

''Zu !'' Jerit Syahidah dan mendapatkanku.

Ida cuba menolong aku.Tapi dia seperti buntu tak tahu nak buat apa.

Ibu turun dari tingkat atas dan melihat keadaanku.

''Aunty bubuh apa dalam bubur ni !'' Jerit Sayhidah.

''Racun tikus ! HAHAHAHAHA'' Ibu ketawa terbahak-bahak.

''Astarghfirullahalazim'' Syahidah mengucap.

''Assalamualaikum..'' Adam sudah pulang ke rumah terkejut apabila melihat aku terbaring dengan lumuran darah di kaki dan buih-buih putih keluar dari mulutku.

''Ya Allah ! Sayang ! Kenapa ni ? '' Adam memangku aku.

''Aunty ! Dia bunuh Zu !'' Syahidah menjerit.

Adam memandang ibu.

''Apa ni ibu ?! '' Marah Adam.

''Ibu taruh racun tikus jer pun.HAHAHA.Yeay ! yeay ! Zu mati ! Ida ! Ida ! nanti Ida boleh kahwin dengan Adam.Kan Adam kan ?'' Ibu seperti orang gila.

Saat Adam mahu membawa ku ke hospital , aku tidak sedar apa-apa lagi.Air mata ku menitis kedukaan.

*********************************************************************************

Di hospital Tunku Saffiyah....

''Sayang..sayang sabar yaa..Abang sayangkan zu.Zu takkan tinggalkan abang kan.'' Aku mendengar sayup-sayup suara Adam walaupun aku tidak menyedarkan diri.

''Sayang.. abang minta maaf atas kesalahan ibu abang.Sayang jangan tinggalkan abang..'' Adam berkata lagi.Setitis air mata Adam jatuh di pipiku.

Ya Allah , andai aku pergi kepadaMu semula , lindungi lah Adam dari bencana dan malapetaka.Air mata ku menitis ke pipi.

*********************************************************************************

Takbir sudah bergema di corong-corong televisyen dan radio.Sedang suamiku hendak bersiap , Adam teringat akan hadiah yang pernah aku berikan semasa bulan ramadhan yang lalu.

Adam membuka pembalut dengan cermatt.Sepasang baju melayu biru berserta kad hari raya aku berikan padanya.Adam mebuka kad raya yang sudah ku tulis untuknya semasa aku masih bernafas di muka bumi ini.

Assalamualaikum abang yang disayangi,
Abang , mungkin masa abang baca kad ni Zu sudah tiada di sisi abang.Sempena Hari Raya Aidilfitri ini , Zu ingin susun sepuluh jari memohon kemaafan dari abang andai Zu banyak buat dosa pada abang sejak pertemuan pertama lagi.Maaf kan zu andai tidak dapat mencium tangan abang di pagi raya yang indah.Zu harap hari raya ni hari raya yang paling abang ingat sampai bila-bila.Mungkin Ida dapat menggantikan tempat Zu disisi abang.Mungkin Ida yang dapat menguruskan abang setiap hari.Ampunkan zu abang sebab Zu pergi bersama anak kita ini.Baju melayu ni khas untuk suami Zu yang tercinta.Kalau Zu masih hidup , warna baju kita sedondon.Baju ni Zu jahit sendiri tanpa pengetahuan abang.Maafkan Zu abang.Harap abang suka dengan pemberian terakhir dari zu.Selamat hari raya abang ,maaf zahir dan batin.

Adam menitiskan air matanya.

''Sayang..Abang rindu kan sayang..'' Adam memeluk baju melayu itu sambil menangis teresak-esak.

*** Adam memakai baju yang aku beri kan padanya di pagi raya satu syawal menziarahi kuburku.Andai saja aku boleh lihat ia memakai baju melayu itu , mungkin aku akan jatuh cinta lagi dengan dia.

*********************************************************************************

Ibu mertuaku kini dimasukkan ke hospital bahagia di Tanjung Rambutan , Perak.Ini lah balasan yang di beri oleh Tuhan kepadanya.Kini , Syahidah yang selalu mengambil tahu pasal Adam.Alhamdulillah , lepas raya mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka.Mungkin perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta , tetapi aku percaya suatu hari nanti ikatan itu akan terjalin dengan utuhnya sampai hujung nyawa mereka.

-SEKIAN-

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum :)
Hello Guys :) 

Yeay yeay ! Esok raya ! Yeay yeay ! Esok raya ! HAHAHA. Seronok kan nak raya ? Tapi....Ramadhan akan berlalu pergi.Harap lah kita semua dapat berjumpa bulan Ramadhan lagi :) Eh ! Tengok perubahan blog zu :) Cantik kan ? *perasan gila minah ni * HAHAHA.Zu ambil tema hijau sebab..........sama dengan warna ketupat yang zu gantung tu hah ! HAHA.

Eh ! Nak buat ucapan macam dalam kad raya lah.HAHA.

Assalamualaikum semua.

Korang apa khabar ? Sihat ? Zu di sini sihat saja.Sempena raya nak dekat ni , zu pon nak ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! Raya ni korang balik kampung ke ? Hati-hati di jalan raya okeyh.Jangan bawa laju-laju tau ! Ingat orang yang tersayang + tercinta :) Eh ! Dah beli baju raya ? Ofcourse dah beli kan ? Warna apa ?! Wahh excited nya nak tahu.Baju raya zu tahun ni warna TRAFFIC LIGHT :/ HAHAHA.Percaya tak ? Karut kan ? Kalau nak tahu , tunggu lah updated yang seterusnya.Eh eh eh ! Kuih raya korang berapa jenis ? Mesti banyak kan :) Nak cikit boyehh tak ? HAHAHA.Zu nak minta maaf andai zu terkasar bahasa pada korang.Mungkin zu tersengaja or tak sengaja.Maaf kan saya yaa ! :) Raya nanti jemputlah datang rumah zu :) Eh ! Jangan lupa kasi duit raya maaa :) Sampai sini saja :)

Pecah kaca pecah gelas , 
Sudah baca harap balas xD

Okeyh ! Siap sudah kad raya zu.HAHA.Walaupun tak ada kad , hanya bertuliskan di skrin , itu sudah memadai.Bersyukur sikit ! HAHAHA.

Ampun dan maaf zu pinta sempena syawal menjelma ni.Maaf kan kesalahan dan kesilapan zu andai terkasar bahasa , tertypo apabila menulis sepanjang zu berblogger :)

Nak tahu raya zu tahun ni meriah atau tidak ? Nak tahu baju raya zu warna apa ? Tunggu di next entry pulak ye u ollsss.

So , ini khas untuk anda :)


Salam Ramadhan


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Horaayyy ! Dah masuk bulan Ramadhan lahhh :) *lompat kegembiraan*.HAHA.Alhamdulillah , dah 3 hari kita jalani bulan puasa.Siapa tak puasa ?! Ngaku cepat ! HAHA.

Sudah 3 hari puasa , so tak terlambat kan nak ucap SALAM RAMADHAN kepada SEMUA READERS-READERS BLOG ZU sekalian.Semoga Ramadhan ini dipenuhi dengan barakah dan rahmat daripada Allah S.W.T :)

So , amacam 3 hari puasa ni ? letih kan ? HAHA.Cikgu yang mengajar zu Sejarah cakap ''kalau puasa tapi tak rasa letih , lapar , dahaga semua tu , tak ada maknanya.Sebab , tujuan Allah adakan bulan puasa ni sebab nak rasa bagaimana susah nya orang yang tak makan , tak minum sehari suntok.'' Haaaa.So , kalau rasa lapar , dahaga , letih tu kira bersyukurlah.Sebab ada yang kena puasa terus sebab kesusahan hidup.Dah nama pun Bulan Ramadhan , bulan yang penuh kesabaran :) 

Korang nak tips puasa ? Nak tak nak tak ? Nak kan ? HAHA.okeyh. Zu kongsi dekat korang :)

1 . Bersedekah.
2 . Bersahur.
3 . Berbuka puasa awal.
4 . Tidak bercakap kosong.
5 . Berniat puasa.
6 . Tidak melakukan kerja yang sia-sia
7 . Selalu mendengar atau membaca ayat suci Al-quran.

Hah ! Itu jer lah yang zu tahu setakat ni.Tips ni pon zu dengar dari tazkirah dekat sekolah pagi tadi.Maafkan zu kalau ia terlampau sedikit :) Ilmu zu tak berapa luas.InsyaAllah kalau ada masa zu akan kongsikan dakwah atau ilmu di bulan Ramadhan ini :)

Baik lah.Sampai sini sahaja entry zu.SALAM RAMDHAN AL-MUBARAK TO ALL MUSLIM IN THE WORLD :) Semogo bulan ini dilimpahi rahmat dan hidayah untuk kita semua :)

26 days to go :) Bagi yang boleh puasa , puasa lah eh.Dah tahu dosa tu banyak , tak puasa lagi , memang bertambahlah dosa korang.So , kumpul lah pahala yang banyak :) InsyaAllah , pahala itu di berkati Allah S.W.T.

Salam Ramadhan :) 

SixTeen Years Old


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Ehem ehemm.Happy birthday to ME , happy birthday to ME , happy birthday to MEEEEEE , happy birthday to ME :) HAHA.Kesian zu nyanyi birthday song untuk diri sendiri :( Sob sob :'(

HAHA. 1 JULAI 2013 hari ISNIN yang lepas , hari tua zu.Ehh ! Zu muda lagi lah.Alhamdulillah , sudah 16 tahun zu bearada di muka bumi Allah S.W.T :) 16 tahun jugak zu dapat nikmat serta dugaan yang diuji dari Allah :) Alhamdulillah.Walaupun kadang-kadang hidup lama ni pelbagai cobaan dan ujian yang datang , bersyukur lah :) 

1 Julai 97 , pukul 8.03 malam , zu dah merengek menangis like a baby nak susu :) HAHA.Ada ke baby yang keluar dari dalam perut ibu dia gelak ? Tak ada kan ? Kalau ada , bagitahu zu.Zu nak tengok :) Even zu menangis tak henti-henti , parents zu tersenyum di sisi zu.Mak zu cakap ''Mak terharu time kamu lahir.Sebab kamu satu-satunya anak perempuan mak dan ayah tapi tak boleh di harap !''.HAHA.Zu ada dua abang , dan zu sorang jer perempuan.Jadi korang boleh bayangkan betapa syukurnya parents zu time dapat zu kan ? *ewahh.Nak puji diri sendiri konon*.

TERIMA KASIH banyak-banyak pada sesiapa yang wish zu especially kawan-kawan zu yanmg zu sayang.First yang wish birthday dekat zu , SITI NUR SAKINAH :) And thanks to kawan-kawan zu yang wish dekat twitter and facebook.Thanks to Wani , Diana and Nana for sing a birthday song to me dalam versi Korea :) Sumpah terharu gila :') Thanks to Shukri for present keychain from Melaka.Thank you very very very much to my parents to , sebab belanja zu Domino's and satay :) Sayangggggg semua nya :*

So , walaupun tak dapat hadiah yang terlampau banyak macam zu dapat time darjah 6 dulu , zu tak kisah :) Wish tu penting ! HAHA.Zu terus terang , zu terkilan dengan kawan-kawan zu yang tak wish birthday zu.Huwaaaa :'( HAHA.Tapi tak apa.Mungkin diorang lupa.HAHA.Zu tak mengharap langsung hadiah tahun ni.HAHA.Kalau zu minta dekat korang hadiah tu , hanya GURAUAN semata-mata.Deii ! Mahu hadiah !!! HAHA.Abaikan -.-

So , sampai sini sahaja :) Maaf kalau zu terlampau lama tak update blog.Sekian lama ni asyik busy saja.Oh God ! Kalah PM you know.HAHA.

Assalamualaikum ....

My Loves Birthday


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Ohoiii ! Lamanya tak ketemu dong.HAHA.Rindu zu tak ? *angkat kening* Mesti rindu kan ? Alahai ngaku jer lah.HAHA.Abaikan jer lah.Tengok !!! Ada apa-apa kelainan tak dekat blog zu :) Ada kan ? semakin lawa kan ? HEHEHE.Lagu pon zu tukar.Lagu feberet kome oii.Maaf kan zu sebab lama gila tak menhupdate blog ni hah.Dah berhabuk dah. *tiup habuk*

Ehh ! Berbalik kepada topik.Bulan enam ni ada tiga orang yang zu sayang sambut birthday :) Siapakah dia ? Jeng jeng jengggg !


Encik Abdul Patah Hasan : 29/6 and Salmiah Ani 26/6

Thats my parents :) Bergaya kan ? Tengok lah anak dia sapa.HAHA *poyo gila budak ni*.Birthday my parents dekat-dekatkan.Ouhhh suweet nyee.HAHA.Zu tak bagi apa-apa kat diorang.Ermm.Zu rasa bagi kasih sayang cukup lah kot.Tak pe tak pe , bila zu dah besar dah berkerjaya nanti zu bawa diorang pergi travel bukan semata-mata hadiah hari jadi , tapi hadiah sebab jaga zu selama ni.Memang jasa parents tak dapat dibalas.Tapi zu cuba untuk bekorban demi diorang.Zu tahu parents zu minat travel apatah lagi pergi luar negara kan.Memang langkah kanan jer lah kan.HAPPY BIRTHDAY AYAH & MAK ! Me love you untill JANNAH :) Hope mak and ayah panjang umur dan murah rezeki :)

Zu cakap ada tiga orang kan.Siapa lagi sorang ? tengg terenggg.


Anis Anisah : 22/6

Kalau korang nak tahu , dia lah bestfriend zu dunia dan akhirat.Dia sorang jer yang faham zu.Yang pandai jaga hati zu.Even zu tahu dia dok menyampah , meluat , nak termuntah , getik tahap yang maksimum dengan perangai zu ,  tapi dia tetap sabar dengan perangai or kerenah zu yang macam-macam ni.

Now , dia dah pindah sekolah teknik brass.Tak ada siapa tempat zu mengadu , menggila , mencarut dah.Kalau dulu , tak pernah lengkang kecuali bila nak masuk kelas masing-masing.Sekarang dia tak ade , zu rasa kosong sangat-sangat.KOSONG ! Even ada jugak sudi yang kawan dengan zu , tapi diorang tak sama macam Anis.

Ada jugak yang dok mengata zu sebab zu tak ada kawan.Ada jugak yang cakap ''Bila ada Anis , lupa kan aku.Sekarang padan muka''.Korang kena faham , aku tak rapat dengan korang sangat ada sebab.Zu sayang Anis lebeh dari kawan zu yang lain.Tapi tak bermaksud zu tak sayang korang dan sanggup lukakan hati korang.Tak pernah terniat langsung dong !

Korang mesti sedih kan bila kawan baik korang tinggalkan korang.Semalam zu hantar birthday text dekat dia.Zu luah segala-galanya.Dia jugak yang faham zu.Dia jugak yang dengar cerita zu bila zu ada problem.Dia jugak yang selalu back up zu.Kalau zu dok marah someone , dia pon join sama.HAHA.Tu yang best kawan dengan dia :)

Banyak kenangan yang kami simpan.Kadang-kadang dok gelakkan orang depan orang tu sendiri.Macam-macam lah.Bila dia ada problem dengan buah hati dia , dia luah dekat zu.Even zu tak boleh buat apa-apa , zu tetap nak tolong dia.Dia pon sama.Even dia tak pernah tolong zu selesaikan problem zu , dia jugak yang selalu bagi zu tersenyum balik :) HAPPY BIRTHDAY ANIS ANISAH :) MAY ALLAH BLESS YOU :*





HAPPY BIRTHDAY ! Zu nak ayah , mak , anis tahu zu sayangggggg kome ketat-ketat woiiii :) sayang sampai syurgaa :) May Allah bless you on your birthday :) 

Sampai sini saja zu sempat mengomel :) Ada masa zu pot pet pot pet lagi eh :) By the wayyyy ! Cerpennn bakal datangg di pawagam TAKE A TIME !!! Nantikan eh :)

Assalamualaikum :)

Mahu Atau Tidak ?


Assalamualaikum :)
Hello Guys :) 

Eh korang apa khabar ? Rindu zu tak ? Ofcourse lah kan.Lama tak dengar celoteh zu dekat blog ni hah. *perasan gile minah ni

Eii ! Korang perasan tak zu dah lama tak buat cerpen ? Perasan kan :( Hurmm.Zu sebenarnya tak ada masa lah nak buat cerpen.Nak di jadikan cerita zu BUSY ! Haish.Busy apa ? busy dengan sekolah , dengan exam , dengan si dia , dengan family lagi.Hurgghhh ! Kusut woii kusut !

Sebenarnya , zu tak letak jawatan langsung dari menulis cerpen.So , jangan nak memandai cakap zu dah bersara jadi penulis cerpen.No way ! Zu masih lagi menulis cuma zu tak ada idea nak menulis.Idea ni makin lama makin hilang dah.Mungkin sebab zu dah jarang berangan kot.Sebab tu jerawat tak timbul-timbul kat muka dah hah sebab jarang berangan.HAHA *tak ada kena mengena dengan jerawat pon zulaikha woii*.

Korang nak tahu tak ? Ofcourse lah nak tahu kan.Hari Isnin zu beli novel.Novel apa ? next entry zu cerita.Zu saja belek-belek muka surat belakang novel tu , then dia kasi satu artikel macam ni ''Minat menulis ? Berbakat ? Ada karya yang ingin diterbitkan ? Ingin melihat karya anda diterbitkan ,mengapa tidak cuba nasib dengan kami ?'' Wow.Macam tukang tilik pulak nak cuba nasib dekat kau.HAHA.So , zu exciting gila bila baca artikel tu.Then , zu menung..Zu rasa zu nak hantar lah karya zu yang vogue sangat tu :) HAHA

Bila zu baca tentang pengarang novel dia pulak , zu terkejut gila bila dia cakap dia mulakan menulis dari blog yuuu ~ Wow.Macam zu lah kan.Tapi zu hangat-hangat tahi ayam -.- HAHA.So , zu respect lah dia.Bila zu usha blog dia , dia hanya lah gadis yang biasa.Tak sepopular Hanis Zalikha or Lyssa Faizureen.Tapi dia boleh jadi novelis.Kelas kau jahh :) HAHA

So , zu nak tanya pendapat korang korang korang semua ni hah.Patutkah zu join contest tu ? Teringin jugak novel yang dikarang ''ZUE HASAN'' naik dekat kedai buku kan.Wowww.Bila jumpa jer orang tanya ''Zue Hasan kan ? Penulis novel dot dot dot tu kan ? Arghhhh ! I minat novel you.'' Oh Tuhan ! Time tu , gembira zu , hanya Allah yang tahu. *perasan lagi minah ni.*

Bagi pendapat korang yer :) Bagi advice banyak-banyak tau :) Zu suke gila baca advice dari readers zu :)

Terima Kasih :) Assalamualaikum...

Pengalaman Berblogger


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Apa habaq para readers zu ? Sehat ? Alhamdulillah :) Zu ? Sehat jer :) Haih ! Minggu exam lah baru zu rajin sangat nak hupdate blog kan ? Sebelum ni tak pulak.Nampak tak yang zu malas tengok buku ? HAHA.Relaks jer.Tak boleh hadap buku 24 jam jugak.Nanti otak stress , satu apa pon tak masuk.Lagi terok kan ? So , Take A Time with my blog kejap :) 

Tujuan zu hupdate blog ni sebab nak kongsikan sesuatu dengan korang.Kongsi apa ? HEHE.Sabar sabar ! 

Tadi dekat sekolah , kawan zu ada cakap pasal blog or tumblr.Siapa kawan zu tu ? Meh sini zu mention nama dia sikit , Nur Syazanna :) Nak ngorat ? Tak boleh.Dia single but not available ! HAHA.So , dia cakap dia teringin sangat kongsi kisah hati dekat tumblr.Tapi dia takut dia SYOK SENDIRI.Alaa.Perkara biasa lah tu Nana.

Dia ada tanya zu , tumblr ke blog lagi bagus ? Bagi zu , blogger is better than tumblr.Sebab blog dah jadi kebiasaan bagi orang lain :) Tumblr ? Tak tahu lah pulak.Sebab zu bukan pernah buat account tumblr.HEHE.Gelakkan zu cepat !

So , bila si Syazanna ni cakap ''Aku tak sefeymesh kau'' ''Aku tak pandai buat post yang menarik.'' ''Aku selalu syok sendiri'' bagai ni , zu teringin pulak kongsi pengalaman zu.

Sebenarnya nak diikutkan blog zu tak sefeymesh blog kak Lyssa Faizureen , blog kak Yuyu Zulaikha , blog abang Ben Ashari semua tu.Zu hanya seorang blogger yang mampu untuk mencoret kisah hidup zu :) 

Kalau korang nak tahu , blog pertama zu bukan lah blog yang zu guna sekarang.Kalau korang tengok blog zu yang pertama , mesti korang cakap ''Ni betul ke blog Zulaikha comel ni ? Apahal bahasa rempit , ayat tertonggang tonggeng , semua post macam bodoh-bodoh.'' HAHA.Zu buat blog yang pertama masa zu form 1 nak masuk form 2.Memang fikiran zu time tu pon like childish lagi right ? Zu kenal blog dari rakan sekolah zu Izah dan Fajaratul.Bila baca blog diorang terasa gatai pulak tangan ni nak buat blog.So , zu bukak lah account blog.Wahha ! Masa tu , bila dapat followers yang pertama , zu melompat macam monyet.HEHE.Yer lah , sape tak bangga dapat followers kan ? Rasa nak melompat tinggi-tinggi kan :) Heeee..

So , macam-macam lah zu update dekat blog tu.Pasal family lah , cousin lah , kawan lah dan yang paling lawak kalau zu boring , time zu sakit perut pon zu nak bagitahu jugak.HAHA. Bahasa zu dalam blog kemain kome oii.''Hoii ! aq cayunk gleww at mamat sowng niew.'' Rempit gile kan ? HAHA.Lepas zu dah naik form 2 , zu mula ubah sikit-sikit.Blog makin cantik *cantik lah sangat* , bahasa jer yang tak tukar-tukar.HAHA.Zu edit blog pon sampai mana yang zu tahu jer.

And then , one day , zu tengah edit blog pertama tu.Zu edit punya lah lawa , warna purple gitu :) Bila dah siap , zu pon excited lah nak buat post ''syok sendiri'' nak tunjukkan blog zu dah lawa.Tetiba tak boleh nak post.Time tu zu bengang gila ! Zu nangis tahu tak ! Haiyoo..Dah lah zu sayang blog tu.Tak kan zu nak buat blog lagi satu.Zu dah kumpul sampai 174 followers dah dalam blog tu.Haish ! Macam-macam zu fikir ''Kalau aku nak kumpul sampai seratus pon , mesti dalam masa 3 tahun.Hermmm'' Zu tanya ramai blogger pasal masalah blog zu tu , tapi sorang pon tak nak tolong :( 

Zu beranikan diri buat blog baru.Then zu suruh kawan zu , Liyana tolong editkan.Wow ! Terasa berbeza blog zu yang dulu dengan blog zu yang baru buat ni.Dan blog zu yang baru buat awal tahun lepas (2012) tu lah kekal sampai sekarang :) Alhamdulillah , harap followers dan pembaca setia blog zu akan terus meningkat :) Siapa sangka kan , budak bahasa rempit time form 1 dan 2 boleh tulis dengan ayat penuh macam ni time form 3 sampai sekarang :) HAHAHA. *tak malu gila minah ni puji diri sendiri

Zu cuba untuk perkenalkan lagi blog zu dekat para bloggers-bloggers yang lain.Cadangan pertama , zu nak buat tutorial blog.Sebab ramai bloggers yang buat tutorial jadi feymesh.Woww ! So , zu nak lah feymesh jugak.Cehwahh ! HAHA.Tapi bila fikir-fikir balik , ramai sangat dah buat tutorial.Apa kata buat lain dari yang lain.Hah ! Tapi apa dia ? Haishh !

Time tu jugak lah , zu suka sangat baca novel.Mungkin ilham dari situ , terbitnya di hati zu nak buat cerpen dekat blog.Bila cerpen zu mendapat sambutan yang BOLEH LAH , zu terus malas  baca novel.Nampak tak ? Allah nak bagi ilham dekat zu :) Alhamdulillah.

So , sebelum ni zu bukan lah sefeymesh mana :) Dan zu tak lah sefeymesh mana sekarang ni.Zu still jugak promote blog zu ni dekat orang.Especially dekat group blogger yang ada dekat facebook.Lepas update jer mesti zu akan hantar ''Dei ! Follow sini woii ! Komen sekali ! Nanti gua follow lu balik !'' Cewahh .

Pengalaman berblogger teramatlah manis.Tapi , jangan lah sampai blog or tumblr jadi tempat luahan sampai lupakan Allah.Mungkin blog dengan tumblr tempat kita berkongsi cerita dan nak dapatkan advice dari orang lain.Tapi jangan lah sampai post macam zu cakap tadi tu.HAHA.Memang kena hantam lah siapa yang bukak blog kita time tu yedok ?

So , kawan ku Syazanna :) Aku hupdate post ni khas untuk hang.Teruskan usaha anda.Tak kira lah blogger or tumblr , di mana ada kemahuan , di situ ada jalan highway ye kak :) HEHE. 

Terima kasih support blog zu selama ni.Harap korang teruskan support zu dan sentiasa bagi zu nasihat / pandangan ye :) Muaaahhh :* 

Assalamualaikum...