Hati Yang Kotor,Boleh Diubati


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Dua hari lagi bro.Dua hari lagi :) Apa yang dua hari lagi ? Bulan puasa bro.Bulan syaaban nak pergi dah.Yes ! HAHA.Zu tak tahu,kenapa bulan puasa tahun ni zu excited.Dont think negative lah.HAHA.Zu semangat nak puasa penuh ni.INSYAALLAH :)

Eh,time puasa jugoklah trial PMR datang weyh.Masak ! Haduihh.Memandangkan tahun ini adalah tahun yang paling bermakna bagi zu,dan bulan puasa ini lah bulan yang perlu zu berusaha,zu kena cuci hati zu dulu guna clorox,softlan,varnish.HAHA.

Korang pon kena bersihkan hati jugak.Jangan ingat korang tak ambil apa-apa pereksa,tak ambil apa-apa rintangan di dunia,korang biar hati korang kotor.Nak tahu hati korang kotor ke tak ? Jom baca bawah ni :)

TANDA-TANDA HATI KOTOR :-

- Gelisah walaupun tiada masaalah
- Selalu berbangga dengan diri sendiri
- Angkuh dan memandang hina terhdap orang
- Sombong dan bongkak
- Suka mengumpat dan membuka aib orang
- Gembira melihat orang lain susah dan rendah diri daripadanya
- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
- Berlagak alim semata-mata nak kepujian orang
- Menyampaikna ilmu dengan riak
- Derhaka kepada ibubapa
- Talam dua muka (depan orang baik,belakang orang jahat)
- Mudah berprasangka buruk
- Solat yang tidak boleh kusyuk
- Suka bergossip dan menaburkan fitnah
- Menganggap diri lebih hebat dari orang lain

Yess.Adakah anda tergolong dalam kumpulan itu ? Zu ? Slaah satu mesti lah ada.Zu tak perfect,dan zu mengaku apa salah silap zu :) Nak tahu macam mana nak cuci hati sekotor itu ? Bukan macam zu cakap tadi guna clorox,downy bukan ! Guna kaedah ini :)

MENGUBATI HATI YANG KOTOR :-


- Solat lima waktu dengan sempurna
-Banyaklah berdoa ''Ya ALLAH,bersihkanlah hati ku ini''
- Berselawat
- Lakukan solat taubat
- Membaca Al-Quran untuk membersihkan jiwa dan raga dan menenangkan hati
- Sentiasa bermaafan
- Berpuasa lah untuk mendidik kita jadi lebih tenang dan menghindari kejahatan
- Ingat mati
- Sentiasa dalam keadaan wudhuk
- Sentiasa berpesan-pesan
- Bersedekah ke jalan ALLAH
- Menjaga makan dan minum antara halal dan haram
- Menajaga adab (jangan mengumpat,memfitnah dan sebagainya)

Ouuhh..Senang je kan nak cuci kan hati.Kalau dosa dah terlampau berat sangat,minta ampun banyak-banyak dekat ALLAH.Kerana ALLAH lebih senang mengampunkan kita dari orang yang memaafkan kesalahan kita.Mungkin dari bibir orang tu dah cakap dia maafkan kita,tapi hati dia ? Kalau ALLAH,sekali ALLAH dah ampunkan dosa lampau,selangkah lagi nak masuk syurga.Best nyeee.

Okeh.Petikan Hati kotor dan cara mengubatinya dipetik dari Datuk Dr.Hj Fadzilah Kamsah :) Dan dicopy dari SINI . Terima kasih ye pak,ibu :)

Sucikan lah hati mu :) SUBAHANNALLAH !



1 comment :

Scha Nazri said...

Salam ramadhan 1433H syg. :)


Good luck trial. do ur best!