CERPEN : Aku Pilih Dia


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
 
 
Namaku Nur Mariana Nasuha Bt Nazim Aman.Keluarga aku memang aman.Sebab nama bapa aku pun Aman.Mama kata nama aku susah sangat nak sebut,sebab dua-dua panjang.Jadi mama aku gabungkan namaku Mariana dan Nasuha menjadi satu iaitu NANA.Tapi,masa sekolah menengah,ramai yang panggil aku BANANA.Teruk kan ? Aku baru lepasan SPM.Alhamdulillah,SPM aku baru-baru ini,aku lulus.Baru-baru ni juga,aku ada terima surat tawaran ke Kolej UITM Shah Alam.Ibu bapa aku memang suruh aku masuk situ.Kata mereka masa depan lebih terjamin.Tapi di situ lah bermulanya kisah cinta aku.Hanya di situ lah,kisah cinta itu,berkekalasn sehingga ke jinjang pelamin.
 
 
**********************************************************************************
 
 
''Nana !!!!!!!!!!! Bangun anak oiii.Pergi kolej.Dah lambat dah ni.Kau baru masuk first day tak kan nak tunjuk belang.'' Jerit mama ku dari bawah rumah.Bagai gajah memanggil anaknya pula.Terkejut aku.Selamat aku tak ada penyakit jantung.
''Ye mama.'' Jawabku dalam keadaan mamai. ''Hish.Baru pukul sepuluh pagi.Apa lah mama ni.'' Aku sambung baring semula.Tiba-tiba,aku teringat. ''Alamak ! Masuk kelas pukul 10.15.Adoi mama ni.Bukan nak kejut awal-awal.'' Bicara aku sendirian.Aku terus bergegas mencapai tuala ku dan meluru ke bilik air.Mandi kerbau.Itu lah aku lakukan.
*** ''Mama.Nana pergi dulu erk.Lambat ni haaa.Bye.Iloveyou.'' Kata ku selepas turun dari tangga.

''Eh ! Tak sarapan dulu ?'' Tanya mama ku.

''Dah lambatlah maa.Okey.Pergi dulu maa,paa.Bye.''Kataku pada mama dan papa ku.

''Tengok anak awak tu.'' Kata mama.

''Anak saya,anak awak juga.'' Balas papaku.
Aku memecut kenderaan tergesa-gesa.Entah sempat,entah tak aku sampai ke kelas.Baru first class dah tunjuk diri tak berdisiplin.Nana nana.
 
 
**********************************************************************************
 
 
'Aduhai.Mana kelas aku ni.' Bicara hatiku.
Sedang aku naiki tangga dengan tergesa-gesa tiba-tiba.....GEDEBUK ! Bahu ku seperti tersentap oleh orang.Sakit tak terkata lah.Habis barang-barang aku jatuhh.Bukan setakat barang je,dengan aku aku sekali jatuh.Nasib badan lah.
'' Woi ! Jalan tengok-tengok lah sikit.Padan muka kau jatuh macam nangka busuk ! '' Jerkah lelaki itu.
'Suka suka hati jer kata aku nangka busuk.Alamak ! Handsomenya lelaki ni.Macam mana nak marah ni.Ehh.Handsome sangat ni.Ahh.Tunjuk baik jer lah.Mana tahu,dia terpikat ke' Bisik hati ku.
''Maafkan saya.Saya nak cepat tadi.Sorry.''Aku menghulurkan tanganku.Mana tahu,kalau aku bersalam dengan dia,aura dia boleh datang kat aku.Eh.Perasannya !
''Belah lah.'' Lelaki itu terus pergi tanpa menyambut tanganku.Allah ! Malunya.Ahh lantaklah.Aku dah lambat ni.
Selamat aku jumpa kelas aku di tingkat itu.Kalau tak,mesti hari ini aku ponteng kelas.Huh ! Lega.
 
 
**********************************************************************************
 
 
Di kafe Ria Kolej UITM....
''Beb ! Asal lamabat datang tadi ? HAHA.Selamat lecture tak marah.Kalau tak,first day kau belajar kat luar.HAHA.'' Kata Hanani kepadaku.Rasa nak cili-cili jer mulut lezer dia ni.
''Diam lah.Dah lah mama aku gerak aku lambat.Aku bangun-bangun,tengok-tengok dah pukul 10.00.Memang lambat lah kan.Lepas tu aku terlanggar mamat mana entah.Dah lah sombong ! Bongkak ! Ada ke dia kata kat aku padan muka sebab aku jatuh macam nangka busuk depan mata dia.Dasar MAMAT TAK SEDAR DIRI ! '' Haihh.Kalau boleh aku tak nak buka keaiban dia.Tapi hati ku panas bila melihat dia tidak menyambut huluran salam tanganku.
''Ouh.Aku sombong,aku bongkak erk ? Mamat tak sedar diri ? Okey lagi dari kau.MINAH NANGKA BUSUK !'' Kata seorang lelaki betul-betul di belakang telingaku.
'Oh my God !'' Aku terus berpaling kebelakang.Alamak ! Dia lah. Lelaki itu tersenyum sinis ke arah ku dan berlalu pergi.Kenapa lah mulut aku ni celupar sangat. Dan kenapa hari ni hari suwey aku ? Adoi !
''Siapa tu weyh ? '' Tanya Hanani.
''Itu lah mamat tu weyh.Adui.''
''Seriously ? Handsome gila.'' Kata Hanani.
''Hello ! Handsome ke ? Hish.Rupa macam pisang jer.'' Eh Nana ! Tadi masa langgar dia,bukan main kau cakap dia handsome.Apa dah jadi kau ni Nana.
''Eleh ! Tapi elok lah dengan kau.Sorang pisang,sorang Banana.Haa.Kan sepadan.'' Kata Hanani.
Debush ! Terasa Hanani membaling bom dekat  muka aku.Kenapa aku terasa suka gila-gila bila Hanani kata begitu.Tak kan aku suka dia.Tak kan lah.Haishh.
 
 
**********************************************************************************
 
 
''Aku lihat dia di sana,aku ingin mendektinya,aku cuba menghampirinya,lalu aku menyapa dia'' Nyanyi ku dalam keadaan hati yang riang di dalam kereta.Fikiran aku tak lepas-lepas dari fikirkan Mamat yang aku terlanggar tadi.Oh Mamat Tak Sedar Diri.
Sedang asyik Nana menyanyi lagu aku suka dia yang dunyanyi oleh Ainan Tasneem,Nana tidak perasan ada sebuah kerata brek secara tiba-tiba.Apa lagi,BOOMMM !
''Oh my God.Bala apa lagi ni Ya Allah.''Kata Nana.
Kelihatan pemandu kereta yang dilanggar Nana tadi keluar dari perut keretanya untuk melihat belakang keretanya.Nana pun keluar dari kenderaanya untuk melihat apa yang terjadi.
''Maaf abang.Saya tak sengaja.''
Lelaki yang berbadan sasa itu pusing ke belakang untuk berhadapan denganku.Dia lagi ? Kelihatan seperti dia pun terkejut sama.Dia menundingkan jari ke muka ku dengan riak muka marah.Comel nya.
''Hoi pompuan ! Kau tak ada kerja lain ke nak langgar kereta aku ? Dari tadi kau asyik langgar aku.Sejak jau tak muncul dalam hidup aku,hidup aku tak lah suwey macam ni.Hish ! Aku nak kau ganti balik.'' Kata lelaki itu.
''Okey.Berapa ? '' Tanya ku yang malas memanjangkan hal.Memang aku yang salah sebab leka memandu.
''Tengok dari segi kereta aku yang memang dah remuk kau langgar,dengan calar balar bagai,seribu !'' Jawab lelaki cerwet itu.

''Mak aii ! Banyak nye.Remuk sikit jer pon.Calar sikit jer pon.Sampai seribu.Ni cekik darah bang ! Dua ratus sudah lah ye.''

''Banyak cantik muka kau.Kau tengok lah aku kereta apa.Sparepart kereta skyline semua mahal.Bukan macam kau.Kereta cabuk ! '' Bom apa yang dia kasi ni ? Kenapa bila dia marah dia comel.Cair lah cair.Tolongg !
''Hemmh.Okey.Esok saya bagi duit kat kolej.Saya tak bawa duit sebanyak tu hari ini.''
''Okey.Kalau kau tipu aku,aku tak teragak-agak nak saman kau.''
''Saya tak tipu awak lah.''
''Tak payah nak bersaya awak lah sangat.Jangan bajek baik ! '' Kata lelaki itu dan berlalu pergi ke keretanya meninggalkan aku di tepi jalan sorang-sorang.
'Eeee..Bencinya ! Mentang-mentang lah kereta Skyline,minta ganti rugi sampai seribu.Selamat kau handsome.' Kata hati yang sudah tertawan dengan kekacakkan lelaki itu.
 
 
*********************************************************************************


''Lambat balik ? '' Tanya mama kepada ku.

''Heemmm.Mama.Tadi Nana terlanggar mamat ni.Dia minta ganti rugi seribu.Nana tak ada duit lah mama.Nana pokai sekarang.Mama tolong boleh ?'' Rayuku.

''Kamu langgar siapa ? Lelaki ke perempuan ? Apa kereta yang dia pakai sampai seribu dia minta ganti rugi ?'' Perluru bertum-tam meluru ke arahku.Entah mana satu aku nak elak.

''Nana langgar sorang mamat yang sama kolej dengan Nana.Dia lelaki.Kereta dia brand skyline maa.Memang mahal lah kan.Di tu tak sedar diri maa.Eeee..Nana benci dia !''

''Haaii.Nanti minta ayah kamu.Kamu yang salah.Kamu langgar dia.Padan muka.Kamu tu yang selalu leka bila memandu.'' Jawab mamaku.

''Mama ni..Maa tahu tak,dari kat kolej tadi dia dok langgar Nana.Lepas tu dia asyik salahkan Nana.Sedih lah macam ni.'' Kataku pada mama.

''Ada makna lah tu.Mana tahu,mama dapat menantu tak lama lagi.''

''Mama ! '' Aku seakan-akan merengek seperti anak kecil.Huyoo,siapa tak nak lelaki sehandsome dia,sekaya dia.Tapi......Sampai sekarang aku tak tahu nama dia.Nama dia siapa ?


**********************************************************************************

 
''Mana lah Mamat tak sedar diri ni ? '' Bicaraku seorang diri.
 
''Hai Minah nangka busuk.'' Sapa satu suara.
 
'Hamboih ! Sedap-sedap jer panggil aku Nangka Busuk.' Soal hatiku.
 
''Mana duitnya ? '' Lelaki yang kulanggar semalam berusuara.
 
''Nah !''
 
''Okey ! Thank you.Betul cukup ni ? Kalau tak cukup,up lagi seribu.'' Lelaki itu terus beredar dari situ.Seperti biasa,aku selalu ditinggalkan sorang-sorang dalam keadaan aku tercengang.Tiba-tiba lelaki itu pusing menghadap aku kembali.
 
''By the way,nama kau sapa ?''
 
'Aku mimpi ke ni ? Dia tanya nama aku ? Aku mimpi ke ni ? Ya Allah.' Bicara hati ku yang gembira.
 
''Hey ! Kau dengar tak ? Ke kau dah pekak ?'' Tanya lelaki itu sambil memetik jari depan mataku.
 
''Eh ! Nama saya Nur Mariana Nasuha.Just call me Nana.'' Jawabku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
 
''Ouh.Nama saya Aiman Hakim.Just call Aiman.Saya nak tahu nama awak,sebab boleh lah saya cari awak bila awak tipu saya nanti.Saya pergi dulu.''Balas lelaki yang tampan itu sambil menyambut huluran salam ku.Oh dunia ! Lihat lah aku.Aku bermimpi ke ?
 
'Lantaklah apa alasannya.Asalkan dia tahu nama aku.Eh ! Semalam beria-ria marah aku bersaya awak.Sekarang dia jugak yang terikut..HEHE' Bicara hatiku bergema.

 
**********************************************************************************

 
Sewaktu hendak menuju ke tempat parkir kereta,kedengaran orang memanggil nama ku dan meluru laju padaku.
 
''Nana,errm.Ada orang minat kau.'' Dengan keadaan tercungap-cungap,Hanani tetap gagahkan diri untuk berbicara dengan Nana.
 
''What ? Kau berlari,berjerit bagai hanya itu je kau nak cakap.Waste time kau tahu tak.By the way,kau merepek apa ni Hanani ? Kau gila ke.Baru 3 hari kita study kat sini.Tak kan semua dah kenal aku ?''
 
''Ya Nana.Nama dia....nama dia..nama dia apa erk ? Jap...jap..Haaa ! Khairul Mustaqim.''
 
''Ouh..Apa-apa jer lah weyh.Aku datang sini bukan nak bercinta.''
 
''Eleh..Kalau kau bertemu cinta dekat sini,siap kau ! Nana,tak mustahil kau akan belajar je weyh.Ofcourse lah kau akan menemui cinta.Time sekolah pon kau dah banyak kali couple,break,couple break.'' Kata Hanani.
 
''Diam lah.'' Balas ku kepada Hanani.
 
''Ouh.Jadi Nana memang dah banyak ex lah ni.Mentang-mentang lah cantik,hot kan ?'' Balas satu suara.Ya ! Suara tu aku kenal ! Aiman Hakim !
 
''Awaakk...'' Kata ku tergagap-gagap.
 
''Haaa.Siapa ni ? Boyfriend baru erk ?'' Kata Hanani.
 
''Eh.Mana ada !'' Kataku.
 
''Kalau ya,apa salahnya kan ?'' Tuhan ! Beri aku oksigen untuk terus hidup lagi.Betulkah ini alam realiti ?
 
''HAHA.Saya gurau jer lah.Mus ! Sini ! '' Aiman seperti memanggil seseorang.

''Haa.Yang ni lah Mus.Tadi aku ajak jumpa Nana kau tak nak.Last-last jumpa jugak.'' Kata Hanani.

'Ini ke Mustaqim tu ? Handsome juga.Muka suci jer.Tapi banding dengan Aiman,Aiman lagi handosome.Ouh buah hati pengarang jantung ! '
 
''Nana,dia ajak awak keluar makan.'' Kata Aiman.
 
''Haa ? '' Kenapa mesti dia.Aku tak kenal dia.Kenap dia yang ajak aku makan ? Allaaa.Nak Aiman !
 
''Alahai.Pergi jer lah.Kenal kenalan.'' Kata Aiman.Entah kenapa,tiba-tiba aku mengangguk.
 
*** Aku dengan Mustaqim keluar makan-makan dan saling berkenalan di restoran berdekatan.Kami mengenali hati budi satu sama lain.Ternyata Mustaqim seorang anak yang berada.Warak orangnya.Ini lah calon suami yang selalu perempuan idamkan.

 
**********************************************************************************

 
Empat tahun sudah berlalu.Tinggal lagi satu tahun untuk aku mengecapi alam yang lebih tinggi ilmunya.Pejam,celik rasa sekejap sahaja masa berlalu.Kini aku,Hanani,Mustaqim sudah menjadi satu gang atau lebih dikenali sebagai best friend forver.Tapi aku langsung tidak pernah meluahkan perasaan aku terhadap Aiman sehingga ke hari ini.Aku takut,aku bertepuk sebelah tangan.
 
*** '' Arrmm Nana ? '' Sapa Mustaqim tika aku sedang mencari buku di perpustakaan.
 
'' Ya ? ''
 
''Malam ni,saya nak ajak awak makan malam.'' Kata Mustaqim.
 
''Ouhh.Malam ni ? Okey.'' Balas ku.Bak kata pepatah,rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.
 
********************************************************************************
 
Mustaqim membawa aku ke restoran yang berlainan hari ini.Suasana nya memang tak sesuai untuk kami.Pelik ! Tempat romantik juga dia pilih.Apa lah mamat ni.
 
Sedang aku tengah makan,tiba-tiba Mustaqim memberi aku cincin bertakhtakan berlian.
 
''Apa ni mustaqim ? Cincin apa ni ?'' Tanya aku.
 
''Itu lah cincin tanda cinta saya pada awak.Nana,will you be my wife untill Jannah ?'' Tuhan ? Aku bermimpikah ? Aku tidak menyangka,Mustaqim suka aku sampai sekarang ? Kenapa dia menaruh harapan pada aku ? Sedangkan aku dah beritahu dia yang aku suka Aiman ? Meskipun Hanani tidak mengetahui aku suka Aiman,tapi aku memang dah beritahu dia.
 
''Awak tahu kan saaayyaa suka Aiii...'' Soal ku.
 
''Saya tahu.Tapii saya cintakan awak.Saya sayang awak.Saya nak jaga awak.'' Balas Mustaqim.
 
''Maaf,saya tak bersedia.Saya cintai.....'' Ayat ku tergantung apabila mendengar suatu jeritan oleh seorang yang aku kenal.Suasana menjadi semakin gawat.Aku rasa hendak nangis di situ sahaja.
 
''Nana ! Aimann..Aimannn...Aiman accident.'' Hatiku punah apa bila Hanani bilang begitu.Sedar tak sedar,aku sudah tidak menyedarkan diri.
 
**********************************************************************************
 
Aku sedar-sedar,aku sudah berada dalam kamarku sendiri yang ditemani oleh Hanani.Aku bangun dengan terkejut dan mengingatkan apa yang terjadi.Aiman accident.Itu lah perkataan yang aku dengar sebelum aku pengsan.
 
'' Aiman okey tak ? Keadaan dia macam mana weyh ?'' Air mata ku mulai menitis.Orang yang aku sayang,yang aku cinta ditimpa musibah.
 
''Tadi Mus telefon aku,dia cakap,Aiman koma.Tak lama lagi dia sedar lah tu.Kereta dia terbabas dengan pokok.Kereta dia hilang kawalan.'' Terang Hanani.
 
''Astaghfirullahaalazim.Hanani..Aku nak Jumpa Aiman...'' Raung ku dalam keadaan teresak-esak.
 
''Sabar lah weyh.Esok-esok lah kita jumpa.''
 
Hati ku bagai ditusuk sembilu.Pedihnya hati apabila mengenangkan Aiman terlantar di hospital.Aiman,sabar erk.Saya akan datang.
 
***********************************************************************************
 
Air mata ku mulai menitis apabila melihat Aiman terlentang di hospital.Aku duduk di sebelah katilnya.

''Aiman,saya nak awak sembuh.Saya tak sanggup lihat awak macam ni..Sbabb..sebbaab saya suka awak.Saya sayang awak.'' Kata ku kepada Aiman.Walaupun Aiman tak sedar kan diri,namun aku rasa beban aku suka dia terlepas.Entah dia dengar ataupun tak,wallahualam.
 
*** Alhamdulillah,Aiman sudah sedar dari tidurnya yang panjang.Selama ini,aku lah yang merawat Aiman di hospital.Kadang-kadang ibu dan bapa dia yang menjaga dia.Segala keperluan Aiman,aku sediakan.Makan minum,aku yang suapkan.Secara tak langsung,aku semakin akrab dengan keluarga dia.Mereka sudah seperti keluarga ku sendiri.Kadang-kadang mama dan papa ku juga melawat Aiman.Dalam sebulan Aiman tinggal di rumah sakit,dia dibenarkan keluar oleh doktor apabila keadaan dia semakin baik.
 
*** ''Nana,aku tengok kau rapat je dengan Aiman sejak akhir-akhir ini.Bukan dengan Aiman je.Dengan parents dia sekali kau rapat.'' Tanya Hanani.
 
''Eratkan silaturrahim sayang oii.'' Balas ku.Hanani hanya menjeling ku.

''Eh Hanani.Aku peliklah.Macam mana kau boleh ada dekat restoran time aku dengan Mus dinner ? '' Tanya ku pada Hanani.Musykil menyelubungi diri.

''HEHE.Actually,Mustaqim suruh aku teman dia.Dia tak yakin dengan diri dia.Aku tunggu kat luar restoran tu.HEHE.Jangan marah.''

''So,kau dah tahu lah yang dia nak purpose aku ? Hanani ! Kau tahu kan,aku memang tak suka dia walaupun dia memang dah suka kat aku dari awal semesta lagi kan ? '' Kataku lagi.

''Dia suka sangat kat kau weyh.Kesian aku tengok dia.HAHA.Sorry beb ! ''

''Sorry naik feri ! '' Gurau ku.Hanani hanya gelak sahaja.

Apabila leka bersembang dengan Hanani yang memang banyak mulut,Aiman keluar dari wad hospital itu.Aku menolong ayah dan ibu Aiman untuk memapah Aiman yang kakinya bersimen di sebelah kanan.Aiman hanya senyum padaku.Ouh aircond,sejukkanlah hati ku semula.
 
**********************************************************************************
 
 Sudah berhari-hari aku jauhkan diri dari Mustaqim.Apabila ternampak Mustaqim sahaja,mesti aku terpaksa ikut jalan jauh dari yang sepatutnya.Terasa malu hendak berhadapan dengan dia semenjak aku menolak lamaran dia.

*** Apabila aku 'free' aku ada juga ajak Hanani melawat Aiman.Alhamdulillah,semakin hari,semakin pulih.Aku mengharapkan dia pulih seperti sediakala.

*** Tidak lama lagi,menjelang lah final semesta bagi diriku serta orang yang mengambil 'sem' sama dengan ku.Jika aku lulus,Insyaallah aku bergelar Mahasiswi apabila keluar kolej UITM ini nanti.Rasa tak sabar pula.

**********************************************************************************

Sedang aku sibuk menelaah pelajaran di perpustakaan kolej,ada suara menyapa telingaku.

''Assalamualaikum.''

''Waalaikumussalam.'' Aku berpaling ke arah yang memberi salam.Mustaqim ! Apa dia nak ni ?

''Boleh saya duduk sini ?'' Tanya Mustaqim hanya berbasi-basi.

''Bukan kerusi saya pon.'' Balasku sengaja bergurau.Kelihatan Mustaqim hanya tergelak kecil dan menarik kerusi untuk duduk.

''Saya nak minta maaf pasal tempoh hari.Saya tahu,saya tak sepatutnya purpose awak dalam keadaan mengejut.Saya faham perasaan awak.Maafkan saya.'' Kata Mustaqim.

''Ouh.It's okey.Saya maafkan.But,dont do it again.'' Balasku.

''HAHA.Ya.Saya janji.Terima kasih.Ini untuk awak.'' Kata Mustaqim sambil menghulurkan sepucuk sampul.

''Apa ni ? '' Tanya ku.

''Buka lah.'' Setelah mendengar kata itu,aku terus membuka isi kandungan dalam sampul itu.

''What ? Awak nak tunang ? '' Terkejut aku apabila terdapat kad undangan ke majlis tunang.

''Ya.Saya dah kenal lama dengan Anis.Saya tak tahu selama ni dia suka saya.Ibu saya pun suruh saya cari teman cepat-cepat supaya lepas dapat ijazah ni nanti,ada orang yang jaga makan minum.Saya tak berniat nak mainkan perasaan awak.Sebenarnya,awak tahu kan saya suka awak sejak awal 'sem' lagi.Dah hampir 4 tahun kita kawan.Selepas awak kata awak suka Aiman,dan awak menolak purpose saya,saya terima.Saya anggap awak tak ada jodoh dengan saya.'' Kata Mus panjang lebar.

''Ouh.Maafkan saya tolak lamaran awak.Saya memang tak bersedia lagi.Dan hati saya milik orang lain.Ermm....Mesti Anis ni cantikkan.Lebih baik dari saya kan.Apa-apa pon,awak memang dah pilih jalan yang betul.Mungkin saya bukan jodoh awak.Tapi Anis lah jodoh awak dan akan membimbing awak.''

''Saya akan pilih dia menjadi suri hati saya buat selamanya.Doakan saya.''

Aku hanya mengangguk apabila mendengar kata Mustaqim.Terharu apabila melihat kawan aku akan ke jinjang pelamin suatu hari nanti.

*********************************************************************************

Sewaktu di hari pertunangan antara Mustaqim dengan Anis...

''Akak,abang Mus selalu cerita kat saya pasal akak.Betul kata abang Mus,akak cantik,akak baik orangnya.'' Kata Anis padaku.

''Eh,tak adanya lah Anis.Nak dibandingkan akan dengan Anis,Anis jauh lebih perfect dari akak.Akak rasa,Anis dengan Mus sepadan lah.Macam pinang di belah dua.'' Balasku.

Muka Anis kelihatan kemerah-merahan.Dengan kulitnya yang putih.memang jelas kelihatan merah wajahnya.Dalam beberapa minit kemudia,Anis menitiskan air mata dan terus memelukku.

''Akak,terima kasih kerana serahkan abang Mus pada Anis.''

''Itu memeng jodoh Anis.Allah dah tentukan Anis.Dah jom.Orang datang meminang dah sampai dah tu.'' Kata ku sambil memimpin Anis keluar dari kamar.

Alhamdulillah.Mustaqim dengan Anis sudah ditunangkan.Cantik juga orangnya.Memang sepadan dengan Mustaqim.Orangnya manis bertudung,lemah lembut.Memang seratus percent perfect lah.

**********************************************************************************

*** Kini tiba lah hari yang dinanti-nanti.Aku serta kawanku akan mendapat ijazah pada hari ini dan bakal bergelar mahasiswi.Dan yang paling gembira sekali,hari ini adalah hari lahirku.Amat terasa bahangnya.Tak sangka kan ?

''Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to Mariana,happy birthday to you.'' Suara siapa lagi kalau bukan suara Aiman ! Merdunya.Ewah !

''Wahaa.Thank you.'' Kataku.

''You're welcome.'' Balas Aiman kembali.

Hanani,Mustaqim serta isterinya Anis bersalam dengan mengucapkan 'happy birthday padaku.Terasa diri dihargai pula.

''Untung lah birthday sama tarikh dengan kau dapat mahasiswi.HAHA.'' Hanani memerli ku.

'' HAHA.Macam lah kau tak dapat weyh.Acceptly,budak baju belang biru hijau ni haa.''Aku memerli Aiman yang disebelah ku.

''Eh.Kite pulak yang dikenakan.Cubit karang.'' Aku tergelak dengan riak muka Aiman.Comel sangat.

''This is for you.'' Kata Aiman sambil menghulurkan sejambak bunga ros serta kad ucapan.Teraharunya.Kan best kalau tiap-tiap tahun macam ni.

''Thanks Aiman.''

''Armm.Actually,ada lagi.Tapi malam ni.Jumpa kat tempat biasa erk.Bye.'' Belum sempat aku kata apa-apa,Aiman sudah beredar.Rasa nak tarik je baju dia tu.

**********************************************************************************

Kelihatan dari jauh,Aiman sudah menungguku dengan senyuman.Kenapa pula dia ni ? Berseri semacam je.

''Assalamualikum.'' Kata ku pada Aiman.

''Waalaikumussalam.'' Jawab Aiman yang matanya melilau melihatku.Apa kene dengan dia ni ? Dress up aku tak kena ke ? Aku pakai baju kurung je pon.Macam lah dia tak pernah melihat aku pakai baju kurung.Setiap hari aku pakai baju kurung bila ke kelas.Aku lupa ! Ada suatu yang baru padaku.Hatiku sudah terbuka untuk bertudung.Mungkin sebab itu mulut dia sampai ternganga.

''Awak..Hey hey..'' Aku melambai-lambaikan tanggan ku depan matanya.

''Eh..Sorry.Awak cantik malam ni.''

''Mungkin selamanya.''

''Ouh.Baguslah.Eh,duduklah.'' Pelawa Aiman.

''Ada apa nak jumpa saya ? Eh,awak kata ada hadiah lagi kan ? HEHE.Mana ?'' Tanya ku.

''Eh,sabar lah.'' Kata Aiman sambil mencuit pipiku.Aku tergamam bila dia membuat begitu.Baka kata orang,first time kot. ''Sebenarnya,saya nak kawin.'' Sambung Aiman.

Ya Allah ! Terkejut nya aku tak terakata.Orang yang selama ni aku cinta,aku sayang,aku jaga hendak berkahwin dengan orang lain.Sanggupkah aku melihat nya dengan perempuan lain.Tak kan aku nak bunuh diri sebab cinta.Kerja bodoh ! Wahai perempuan yang sudah menawani hati kekasih gelapku,jagalah dia elok-elok.

''Ouh.Dengan siapa ?'' Riak muka mulai berubah.

Aiman mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Mungkin dia nak mengambil kad undangan untuk aku,yang macam mana Mustaqim buat kepada ku untuk mengundang aku ke majlis pertunangan dia.

''Saya nak kawin dengan awak.Sudikah awak pilih saya menjadi teman hidup awak ?'' Aiman bangun lalu melutut di depanku.Sweet kan ? Jangan cemburu.

''Aww..awakkk..naak..kaawii..inn..denngaann...ssaaa...saaayaa ? Biar betul ?''

''Saya dah suka awak sejak awak langgar kereta saya 4 tahun lepas.Masa tu awak baru masuk kolej.Saya rasa awak cool je bila saya marah awak.Mungkin masa awak cool tu,awak curi hati saya.Lagipun,parents saya dah setuju sangat saya nak kawin dengan awak.Diorang suka awak.Termasuk lah anaknya sekali.'' Terang Aiman.

''Kenapa tak bagi  tahu awal-awal ?'' Tanya ku.

''Sejak Mustaqim bagitahu saya yang dia suka awak,saya rasa macam tak ada harapan nak berdamping dengan awak.Yerlah,mungkin awak lebih suka dengan lelaki warak,lemah lembut macam Mus.Tapi,Mus cakap awak tak suka dia.Saya betul-betul cintai awak.Tapi saya memang tahu yang awak suka saya dari dulu,Masa saya accident,saya suruh Mus cakap kat awak saya koma.Bila awak datang lawat saya,saya pura-pura pejam mata.Masa hari awak luahkan isi hati awak,saya rasa nak lompat jer dari katil tu.Lepas,awak keluar,Mus ada cakap kat saya,yang dia lepaskan awak pada saya.'' Terang Aiman.

''HAHAHA.Errmm..Yapp.Saya suka awak sejak kita berlaga bahu dulu.Awak dah curi hati saya,sampai sekarang awak tak pulangkan.Saya harap,awak jangan pulangkan sampai bila-bila.'' Jawabku sambil tersenyum ke arahnya.

''Ye ke ? HAHA.Eeeee.Kalau saya tahu,dah lama kita dapat 3 anak.Awak sudi pilih saya kan ? '' Tanya Aiman sambil menhulurkan kotak cincin itu.Aku menambil kotak cincin itu dan kubelek-belek.Cantik juga.Cincin yang bertakhtakan 3 permata.Aku menutup kotak cincin itu.Kelihatan riak wajah yang tampan sekali malam ini milik Aiman Hakim berubah.

''Saya nak awak sarungkan di jari saya,masa hari pernikahan nanti.'' Kata ku sambil tersenyum.

''Terima kasih awak.I love you.''

''Sepatutnya saya yang berterima kasih kat awak atas pemberian hadiah yang bermakna ni.''

Aiman menghulurkan tangannya untuk disambut oleh aku.Aku menyambut huluran tangganya dengan rasa penuh kesyukuran.

**********************************************************************************

Alhamdulillah,tidak sampai 2 tahun,aku sudah mempunyai dua anak kembar iaitu Nur Aliya Farhana dan Nur Aliya Farhani.Hubungan aku dengan Aiman,makin hari makin romantik.Ini lah kisah cintaku.Aku pilih dia untuk menjadi teman hidupku.Dan dia pilih aku untuk menjadi suri hati diaBetul kata Hanani ''Nana,tak mustahil kau akan belajar je weyh.Ofcourse lah kau akan menemui cinta.''Tak lama lagi,Hanani akan bertunang dengan Fariq.Kata Hanani,mereka berkenalan dalam muka buku atau lebih dikenali facebook.Boleh pulak kan ? Mana tak Najwa Latif buat lagu.HAHA.

Aku berharap rumah tangga ini kekal selamanya.Bagi sesiapa menungggu seseorang muncul dalam hidupnya,bersabarlah.Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita.

*SEKIAN*



 

9 comments :

nabila biela said...

nice entry..dtg cini jln2 smbil fllow

nur aya said...

utungnye pandai mengarang . jeles i ..

btw ..


I tag u dalam GA yang I join (:

http://jarijemarikaku.blogspot.com/2012/08/merdeka-awesome-giveaway-by-rochelle.html

krazylenglui said...

wow, suka org yang pandai menulis ni. need lots of effort right :) keep it up n_n

syira syah said...

wahh..do u love writing.
i'm love reading novel :)

Unknown said...

Go go!

Jemput singgah.
http://mn-mf.blogspot.com/2012/08/part-of-mylife.html

Razil Tahir said...

waahh~ boleh tulis novel dah nie... class.. :)

Unknown said...

=)
love your story.

MINAH BAWAL said...

best! :)

அமுதா விநாயகம் said...

Salam. Menarik.Tahniah buat penulis. Salam