CERPEN : Umrah Untuk Ibu


Assalamualaikum :)
Hello guys :)
 
Ibu melangkah longlai masuk ke rumah.Peluh di dahi ibu masih belum kering.Bangku rotan ibu yang sudah reput ibu bersandar.Penat mencari rezeki untuk Along dan adik.Hendak ikut kan ayah,langsung tidak boleh harap.Hanya ibulah tempat Along dan adik bergantung harapan.
 
''Ibu...Ibuu penat iye ? Nak adik buatkan air ?'' Ujar adik yang berumur 7 tahun.Walaupun fizikal adik kecil dan umurnya orang anggap masih mentah,namun mulutnya becok bagai murai tercabut ekor.
 
''Tak apa lah nak.Ibu boleh buat sendiri.Along mana ?'' Tanya ibu.
 
''Along dekat sekolah.Ada kelas tambahan.Along rajin kan bu ? Nanti bila besar adik nak jadi macam along.Rajin belajar.Rajin tolong ibu.Adik tak nak jadi macam ayah.Ayah pemalas.Suka buang duit.'' Ujar seulas bibi kecil itu.
 
''Tak baik cakap macam tu dekat ayah.Seburuk mana pun perangai ayah,ayah tetap ayah adik dan along.Ingat ! Seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita,dia tetap ibu bapa kita yang membesar kan kita.'' Ujar ibu lagi.
 
''Tapi ayah selalu pukul ibu.Selalu pukul adik dengan along.Kenapa ayah jahat bu ?''
 
''Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.Dah..dah..Jangan cakap ayah jahat dah.Adik dah makan ?''
 
Adik hanya menggeleng.
 
''Jom,tolong ibu siapkan makan.Kalau along balik nanti boleh kita makan sama-sama.'' Kata ibu sambil memimpin tangan adik untuk ke dapur.
 
Sebuah keluarga yang miskin kehidupannya disebabkan bapa yang penagih dadah dan kuat berjudi.Asal ibu dapat duit sahaja ayah bakal rampas duit itu dari ibu sehinggakan lauk ibu,along dan adik hanya berlaukkan gula,garam dan kicap.Jika ada rezeki lebih,mungkin mereka sekeluarga dapat makan berlaukkan ikan ataupun telur.Mahu merasa ayam goreng pun jauh sekali.
 
**********************************************************************************
 
Sewaktu ibu sedang melipat kain,along menghampiri ibu.Along memberi sepucuk surat untuk ibu.
 
''Surat apa ni along ?'' Tanya ibu sambil mengangkat surat itu lalu membacanya.
 
''Surat amaran sebab along tak bayar yuran sekolah lagi.'' Jawab Along serba salah.
 
''Besok bayar ye.Ibu ada duit simpanan lagi.Tak apa.Janji along belajar rajin-rajin.'' Ujar ibu sambil mengusap lembut kepala along.
 
Along hanya tersenyum.Rasa serba salah hendak meminta wang dari ibu.Ibu sudahlah penat mencari rezeki.Along dengan adik memang perlukan banyak wang untuk persekolahan.
 
**********************************************************************************
 
''Imahhhh ! Imah !!! Mana kau ?!'' Jerit ayah di muka pintu tanpa memberi salam.Bergegar rumah usang itu apabila ayah membuka pintu dengan kasar.
 
''Apa ni bang..Jerit jerit ni..Anak tengah tidur..'' Ujar ibu.
 
''Aku nak duitt ! Aku tak kira.Aku nak duit ! Aku tahu kau ada duit.Cepatlah !!!! ''
 
''Imah tak ada duit bang.Semuanya abang dah ambil.Imah tak ada satu sen pon.''
 
''Ah !!! Aku tak caya.Tepi !'' Ayah menolak ibu lalu selongkar bilik ibu.Ayah memunggah pakaian yang sudah terlipat kemas dalam almari.Tiba-tiba ayah ternampak satu tin biskut yang agak lama disimpan.Ayah ingin membuka tin biskut itu tetapi ibu cepat-cepat menghalang.
 
Ayah puas menepis ibu.Ibu tetap dengan pendirian ibu supaya ayah tidak mengambil wang dalam tin biskut itu.Hanya itu lah wang dalam simpanannya untuk kepreluan anak-anaknya.
 
Ayah berjaya menepis ibu dengan menampar ibu.Ibu jatuh tersungkur dan menangis kesakitan.Jiwa binatang apa entah yang dimiliki ayah.Ayah terus mengambil duit itu dan berlalu keluar.
 
Along yang dari tadi mendengar sahaja apa yang ayah buat pada ibu kini baru berani keluar dari kamarnya.Sudah berapa kali badannya berlebam kerana mempertahankan ibunya dari dipukul dan dimarah ayah.Setelah ibu menasihatinya agar jangan masuk campur,baru lah dia akur.
 
''Along,boleh tak tangguh kan bayaran yuran tu ? Ibu tak ada duit.Ayah kamu dah ambil.Ibu janji,lusa ibu bayar.'' Tanya ibu dalam keadaan teresak-esak.
 
Along meitiskan air mata lelakinya kerana ibu.Mujur adik tidur nyenyak dan tidak tahu apa yang berlaku.Along hanya mendiamkan diri sahaja.Along membantu ibu bangun dan membaringkan ibu atas katil.Hanya Tuhan sahaja yang tahu isi hatinya terhadap ayahnya sekarang ini.
 
***********************************************************************************

''Pak Man,boleh saya pinjam duit sikit.Pak Man boleh potong gaji saya tiap bulan.'' Kata ibu kepada tokeh ladang getah kampung Paya.

''Imah,kalau kamu asyik pinjam duit,dan saya asyik potong gaji awak,berapa sangat awak dapat gaji ? Berapa kali ni ?'' Tanya Pak Man.

''300 ringgit.''

''Imah,saya bukan tak nak bagi.Kalau saya bagi,suami kamu yang sapu.'' Balas Pak Man.

''Tolonglah saya Pak Man.Naswip nak bayar yuran sekolah dia.Dia nak SPM.Memang perlukan banyak duit.Nasran pun perlukan wang untuk keperluan sekolah dia.''

''Baik lah.Kali ni saya bagi.Simpan elok-elok.Jangan bagi suami kamu tahu.'' Ujar Pak Man sambil menghulurkan wang kertas 300 ringgit.

**********************************************************************************

Along melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk mencari guru kelas,cikgu Dilah.Ada seperkara yang perlu dibincangkan oleh Along kepada cikgu Dilah.

''Assalamualaikum cikgu.'' Ucap Naswip.

''Waalaikumussalam'' Jawab cikgu Dila yang sedang leka menekan papan kekunci pada komputer riba.

''Ya.Nak apa Naswip ? Apa yang boleh saya bantu ?'' Tanya cikgu Dilah.

''Cikgu,saya nak berhenti sekolah...'' Kata Along.Cikgu Dilah seakan terkejut mendengar khabar itu.Setahu cikgu Dilah , Naswip adalah pelajar cemerlang dalam akademik serta kokurikulum dan merupakan pelajar harapan sekolah.

''Kenapa ? Naswip,awak nak SPM.Tak kan lah awak nak berhenti sekolah.'' Tanya cikgu Dilah.

''Kami orang susah cikgu.Ibu saya dah tak larat nak cari rezeki untuk saya dan adik saya.Saya nak bantu ibu saya.Harap cikgu faham.'' Terang Along.Entah syaitan apa yang menhghasut dirinya bahawa wang lagi penting untuk menyara hidup berbanding ilmu.

Cikgu Dilah hanya mendiamkan diri.Dan meminta Along memikirkan masak-masak terlebih dahulu.Cikgu Dilah tidak mahu masa depan pelajar sebaik Naswip terbatas.

**********************************************************************************

Along melangkah masuk ke dalam rumah.Ibu yang berada di atas beranda bersama adik tidak dihiraukan selepas memberi salam dan bersalam dengan ibu dan adiknya.Kepalanya kusut ! Sekusut kehidupannya.

''Along !'' Panggil ibu.Along lantas menoleh ke belakang.Ibu menghampiri Along.

''Ibu ada duit sikit ni.Ibu pinjam dari Pak Man.Buat lah bayar yuran sekolah along iye.''

''Along dah berhenti sekolah.'' Ujar Along.

Ibu terkejut dengan berita yang disampaikan along. Muka ibu sudah naik merah mengenangkan sikap Along yang berani sahaja mahu berhenti sekolah.

''Along ! Ibu tak suruh along berhenti sekolah pun kan ?! Apasal gatal sangat nak berhenti sekolah ni ? Dah tak nak belajar dah ke ? Ibu penat cari duit,ini Along balas dekat ibu ?! Along nak susah macam ibu ni ke ?! '' Marah ibu.

''Ibu ! Along kesian tengok ibu.Along paham ibu.Tapi kenapa ibu tak paham along.Ibu ambil duit ni balik,bagi kat Pak Man balik.Along nak cari kerja.'' Ujar Along dalam nada suara yang agak meninggi.

''Kamu melawan ibu Along ! Kamu nak jadi anak derhaka ? Ibu masih boleh tampung kamu dan adik kamu.Kamu jangan risau ! Ibu masih ada tenaga lagi.'' Nada suara ibu masih tinggi lagi.

''Ibu,Along kesian dengan ibu.Ayah langsung tak kesian dengan ibu, kenapa ibu tak pernah marah ayah sakiti ibu ?! Ibu tahu tak,betapa peritnya Along dengar penderitaan ibu selama ni.Sebab tu Along nak bantu ibu ! Tolong lah bu tolong !! '' Along naik anak tangga kayu dan masuk ke dalam bilik nya dan menangis.

Ibu agak terkilan dengan kata-kata along.Ibu terduduk di anak tangga.Kolam air mata ibu bergenang dengan air.Adik datang pada ibu dan memujuk ibu.Terasa sedih sekali melihat kepincangan dalam keluarga ini.

**********************************************************************************

Keesokan pagi......

''Ibu...Ibu marahkan along lagi ?'' Tanya along di meja makan semasa ibu sedang menyiapkan sarapan.Ibu mendiamkan diri.

Along bangun lantas memeluk kaki ibu sambil menangis,meratap pilu memohon kemaafan ibu.Masuk neraka jahannam jawabnya jika seorang ibu tidak memaafkan kesalahan anaknya.Ibu hanya mengangguk.

''Ibu maafkan semua kesalahan along.Ibu faham perasaan along.'' Ujar ibu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju.

''Tapi,ibu minta  Along pergi sekolah petang ni.Bayar yuran sekolah.Ibu tak nak Along berhenti sekolah.Ibu tak nak along jadi macam ayah,jadi macam ibu yang miskin ni.Ibu nak Along berjaya.''

Along berfikir sejenak.Along hanya mengangguk dalam duka.Terpaksalah dia bekerja sewaktu cuti persekolahan sahaja.

*********************************************************************************

''Assalamualaikum Pak Mail.Ada apa-apa kerja ke yang saya kena buat ? Banyak kotak-kotak ni.Macam nak pindah pulak.'' Ucap Along sambil menggendong adik.

''Waalaikumussalam.Naswip,anak Pak Mail ajak Pak Mail duduk dengan dia.Jadi,Pak Mail memang nak tutup kedai runcit ni.Jadi,kamu pergilah cari kerja lain.Pak Mail minta maaf sangat.Tak apa,hari ni Naswip boleh bantu Pak Mail angkat semua barang ni masuk lori.Pak Mail bagi upah.

Pindah ? Along nak kerja mana nanti ? Orang kampung ramai tak nak ambil Along kerja kerana tahu status Along merupakan anak Solihin.Disebabkan ayah lah,Along sukar untuk mendapatkan kepercayaan orang kampung.Ah ! Tak payah risau.

*** Adik membantu kerja kecil-kecilan di kedai runcit Pak Mail.Ada juga dia buat lawak jenaka.Sampai Along berair mata menahan ketawa.

Tiba-tiba,adik memegang dadanya.

''Along.........Adik sakit alonggg....'' Ujar adik dalam keadaan tesekat-sekat menahan kesakitan.

''Adik..Adik sakit apa.Kat mana.'' Tanya Along.Adik pengsan di ribaan Along.Along memanggil Pak Mail untuk meminta izin pulang.Namun,Pak Mail menawarkan dirinya untuk menghantar adik ke hospital.

***********************************************************************************

Di hospital....

''Ini ibu pada Nasran Amirullah ?'' Tanya seorang doktor lelaki kepada ibu.

''Ya saya.Macam mana dengan anak saya doktor ? '' Tanya ibu sambil mengesat air mata.

''Anak puan menghadapi barah hati.Sebelum barah tersebut semakin kritikal,baik puan membuat pemedahan atas anak puan.'' Terang doktor itu.Setelah meminta diri,ibu terduduk dan dalam beberapa minit air mata ibu gugur kembali ke pipi.

Mana mahu cari duit ? Adik sakit.Ya Allah ! Bantulah hamba Mu ini.

***********************************************************************************

Adik tidak menghadapi pemedahan buat masa sekarang.Jumlah wang yang diperlukan amat besar.Sedangkan bayaran hospital adik pon bantuan dari Pak Mail.Mujur adik dapat pulang ke rumah.Jika tidak,lagi betambah kos rawatan adik.Doktor kata adik tak boleh menghadapi tekanan dan paling penting adik tidak boleh ditolak terlampau kasar kerana berkemungkinan sakit adik kembali.

Adik nyenyak tidur di ribaan ibu.

''Ibu,Along bantu ibu cari duit ye.'' Ujar along di hadapan ibu.

Ibu mengeluh berat. ''Along ni degil lah.Tak apa.Ibu boleh cari duit untuk adik.''

''Tapi ibu,kalau ibu cari duit,tak seberapa pon.Along nak bantu.Bertambah lagi lah duit untuk kita nanti.'' Jelas Along.

Ibu hanya menunduk dan membelai ubun-ubun rambut adik.

''Along,along tahu tak ? Ibu ada dua impian.Satu,ibu nak sangat tengok anak-anak ibu berjaya bila besar nanti.Bersungguh-sungguh menuntut ilmu.''

''Lagi satu ?'' Tanya Along.

''Ibu nak buat Umrah.Ibu nak sangat jejak kan kaki ibu ke tanah suci Mekah.''

Along menatap dalam-dalam anak mata ibunya.Along dapat merasakan impian ibu harus dilaksanakan demi kebahagiaan ibu.Aku janji aku belajar sungguh-sungguh untuk bawa ibu ke Mekah.Bisik hati Along.

***********************************************************************************

Sehari suntuk Along mencari kerja dengan Adik.Kalau adik penat,Along terpaksa meneruskan tugasnya mencari kerja sehinggakan sanggup mendukung adik.

Sampai di satu kedai yang menjual peralatan untuk ke umrah,adik menyuruh along berhenti.

''Kenapa ni dik?'' Tanya Along.

''Kita singgah jap erk.'' Jawab adik sambil tersenyum.

Sedang along tengok peralatan semasa hendak pergi ke menunaikan umrah,Seorang pemuda bertanya.

''Ye dik.Nak cari apa ?''

''Abang,sejadah ada lambang kaabah ada tak ? '' Tanya adik.Along pelik melihat anak kecil itu

''Ada !'' Jawab pemuda tersebut.

''Berapa ?'' Tanya adik.

''Murah je dik.30 ringgit.'' Jawabnya

''Adik nak beli sejadah ke? Kan rumah kita ada sejadah.'' Tanya Adik.

''Memang kat rumah kita ada sejadah,tapi adik nak belikan untuk ibu.''

''Ibu ? Buat apa ?'' Tanya Along.

Adik menarik tangan abangnya untuk keluar dari kedai tersebut.

''Hari tu adik dengar ibu ada dua impian.Satu,ibu nak tengok anak-anak ibu berjaya bila besar nanti.Dua,ibu nak pergi umrah.Adik rasa adik tak dapat bawa ibu pergi umrah sebab adik tak sempat.Adik nak abang bawa ibu pergi umrah.Along jangan bagi tahu ibu tau.''

Membuntang mata along mendengar nya.Teharu rasanya dapat adik yang secerdik Nasran.Adik tidak dapat membeli sejadah untuk ibu sekarang.Adik tak bawa duit sebanyak itu.Di dalam koceknya hanya ada 20 sen sahaja.Along ada tawarkan diri untuk belanja adik,tapi adik tidak mahu.Adik hendak gunakan duit simpanannya sendiri.

*********************************************************************************

''Ahhhhh..! Ngantoknya.'' Ayah menguap.

''Abang,beras dah habis.Boleh imah nak pinjam duit abang dulu.'' Sapa ibu.

'' Hey ! Kau ni diam boleh tak ?! Aku selalu bagi kau duit kau selalu buat apa ?! Hasihhh ! Kacau betol lah kau ni.Nah ! Ambik 50 ringgit ni.Belah sekarang ! Nasib aku menang judi.HAHAHA ''  Ayah ketawa.

Ibu terus berlalu selepas mengutip wang sepuluh ringgit sebanyak 5 keping di atas lantai.Ibu sedih melihat kelakuan ayah yang makin lama makin menjadi.

**********************************************************************************

Adik berjalan menuju ke kedai peralatan untuk ke umrah yang pernah dibawa oleh abangya minggu lepas.

''Ya dik,cari apa?'' Tanya seorang pemuda.

''Saya nak beli sejadah yang ada lambang kaabah tu.'' Jawab adik.

Adik berasa gembira kerana dapat membeli sejadah kaabah untuk ibunya. Walaupun dia tahu tidak dapat bersama ibu dan abangnya untuk ke Mekah.

***********************************************************************************

''Imah !! Kau ada duit ?! Cepat ! Ada orang nak bunuh aku.Cepat lah ! '' Marah ayah sambil menyelongkar rumah.

Ibu binggung.Dengar sahaja perkataan 'bunuh' ibu cemas.Ibu tidak tahu nak buat apa.Sedangkan masa tu,satu sen pon dia tak ada.

''Woii Zaman !!! Kau keluar sekarang ! Dah kalah,tak nak bayar hutang kau ! Kau keluar sekarang.'' Marah seorang lelaki sambil mengacukan pisau.Ayah enggan keluar.Akhirnya lelaki itu masuk ke rumah.

''Mana suami kau ?!'' Tanya lelaki itu pada ibu sambil mencekak leher ibu.

''Tak tahu'' Jawab ibu dalam keadaan tersekat-sekat menahan kesakitan.

''Bodoh !!! '' Lelaki itu menolak ibu sehingga ibu jatuh tangga.Ibu terbaring terlentang.Kaki ibu tersadung tangga.Ibu cuba untuk bangun,tapi tak boleh.

Adik terkejut melihat ibu terbaring di luar rumah.Adik bergegas mendapat ibu.Ibu mengahalang adik untuk masuk ke rumah.Ibu sudah surah untuk adik lari.Tapi adik degil.Adik hendak selamatkan ayah.

Adik terus masuk ke rumah tanpa pedulikan ibu.

''Kau rasakan pembalasan kau dekat bumi ni.Belum lagi di barzakh ! HAHAHAHA'' Ketawa lelaki itu.

Sedang pisau dihalakan ke arah dada ayah,adik mengigit kaki lelaki itu.

''Tak guna ! '' Lelaki itu menolak adik.Adik jatuh tersungkur.Adik merasakan bahawa penyakit hatinya datang kembali.Adik memegang dadanya.

Ketidakperikemanusiaan lelaki itu cuba untuk membunuh adik.Tapi ayah menolak lelaki itu.Ayah mempertahankan adik.Ayah membelasah lelaki itu.Ayah cuba untuk mengangkat adik keluar dari rumah itu.Tapi malangnya,lelaki jahat itu bangun dan terus menikam belakang ayah.Dalam beberapa saat,kerana geram lelaki itu terus menembuskan pisau nya sekali lagi pada perut adik.Lelaki itu terus berlari bersama pisau tersebut.

*** Ibu cuba mengesot untuk mendapatkan adik.Ibu menangis melihat adik dan ayah terbaring dengan berlumuran darah.

''Ya Allah ! Adik ..!! '' Ibu memeluk jasad adik.Ibu melihat adik masih memegang plastik yang dibawa sejak tadi.

Ibu membuka plastik tersebut dan betapa terkejutnya ibu melihat sehelai sejadah berwarna hijau berlambangkan kaabah.Tersisip sekeping surat.

Ibu,adik tahu adik tak akan pergi ke Mekah dengan ibu suatu hari nanti.Maaf sebab adik tak dapat penuhi satu impian ibu,yang ibu nak tengok adik berjaya.Hanya Along sahaja boleh penuhi impian ibu.Adik berharap agar ibu dapat pergi dengan along ke Mekah.Doakan adik sentiasa tenang di sisi Allah.Sayang ibu.

Ibu menagis dan memeluk tubuh kecil yang tidak bernyawa lagi.Along yang baru pulang dari sekolah terkejut dengan kejadian yang memang tidak diduga.Air mata lelaki Along gugur melihat ayah dan adinya mati dalam keadaan badan yang berlumuran darah kerana dibunuh oleh manusia kejam.

**********************************************************************************

5 tahun kemudian...

'Adik,along dah bawa ibu pergi Umrah.Impian ibu tercapai adik.Along harap impian adik pon tercapai jua.' Bisik hati along.

Kini Along merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.Impian ibu yang pertama sudah dicapai oleh Along.Tapi adik,telah dahulu mencapai semua impian ibu.Along yakin,adik telah mencapai impian ibu.

Ibu lumpuh semenjak kejadian 5 tahun lepas.Ibu terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana-sini.

''Along,ibu nak penuhi impian arwah adik.''

''Impian arwah adik ? Apa ?'' Tanya along.

''Impian adik,dia nak ibu doakan agar dia tenang di sisi Allah.'' Jawab ibu lalu mengalirkan air mata.

Ibu mengadakan solat hajat di hadapan kaabah.Adik tetap berada dalam ingatan.Walaupun ayah sekejam mana pun,ibu tetap juga berdoa agar permudahkan ayah di SANA.

'Umrah ini memang istimewa bagiku.Aku sudah dapat apa yang aku impikan.Dan aku berharap aku pergi dengan tenang bertemu dengan anakku Nasran.' Doa ibu dalam sujudnya.

Setelah sahaja salam terakhir,ibu terbaring.Ibu mengucap dua kalimah syahadah dengan tenangnya di tanah suci kota Mekah.Ibu menghembuskan nafas nya yang terakhir di tanah suci kota Mekah.

********************************************************************************

Ibu seorang wanita yang lemah namun kuat apabila bertemu dengan anaknya.Ibu seorang wanita yang lemah namun cekal ketabahannnya.Allah menciptakan wanita kerana Allah tahu,wanita akan menjadi seorang ibu yang cekal,tabah dengan sikap anak-anaknya.Sedangkan menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak seorang.SALAM AIDILADHA.

-SEKIAN-


 
 

11 comments :

cik kiwi's said...

hehehe. good. macam ade iras2 cerita neraka untuk abah sikit... ~

Dhia Johary said...

thumbs up! :D

Nabilaa Izzati ✔ said...

Best lah crite nie.

Atieyn Ajana said...

Best! Sedih pun ade. :'( huhuhu

Ekin Kamal said...

ade bakat...pena anta kat mane2 majalah tak? try lah. hehe :)

Dayah Danisha said...

sedih cita ne ~

Fatimah Nabila said...

bez2, da nanges da pon..huk3..

Unknown said...

wah, menangis diela bace cerpen nie.. sangat sedih.. :')

Nurul Alia Syuhada said...

huhu , sedih , btw , best sangat cerita ni :)

Dididella said...

sedihnya!

Hawa Faqihah said...

sedih cerita ni:')Well done!