CERPEN : Doaku Untukmu


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)
 
Kringgg kringgg.
 
Bunyi deringan telefon yang menjerit minta untuk dijawab.
 
''Hellooo..'' Jawab Hanani dalam suara yang mamai.
 
''Hai honey..'' Balas Afif kekasih hati Hanani.
 
''Eh Afif.Ada apa you...?''
 
''Rindu lah you..Jumpa jom'' Kata Afif.
 
''Nak jumpa I ? Okeyh.Kasi I dua jam okeyh..Muaaaahhh'' Jawab Hanani lantas menekan butang di telefon bimbitnya.Hanani bingkas bangun lalu memakai pakaian mandi.Tiba-tiba baru dia teringat ada sesuatu untuk diberi tahu ayahnya.
 
*** Hanani turun ke bawah dan mencari kelibat ayahnya.Dia terlihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu.
 
''Morning daddy.'' Sapa Hanani sambil memeluk tubuh seorang lelaki.
 
''Daddy,kereta Nani rosak lah daddy.Pinjam kereta daddy erk.Kereta Nani masuk bengkel lagi.Tu lah daddy,tak nak beli kereta yang ori.Nak beli kereta yang seconhand jugak.Kan dah banyak masalah.'' Kata Hanani sambil menguyah kerepek yang berada di atas meja.
 
''Daddy dengar tak ni.Hishh..'' Marah Hanani setelah melihat ayahnya hanya mendiamkan diri.
 
Sedang Hanani sebok menguyah kerepek ada satu suara lelaki yang menyapanya.
 
''Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakattuh Nur Hanani.''
 
''What ! '' Hanani terkejut. '' Oh My God ! '' Hanani terus teringat kan yang dia hanya memakai pakaian mandi sahaja.Dia terus menutup tubuhnya dengan tangan.
 
''Hanani...'' Mummy Hanani menyapa.
 
''Mummy ! Ape sal dia ni ada kat rumah kita ?!''
 
''Dia duduk sini dua tiga bulan sebab nak uruskan syarikat daddy.'' Jawab mama.
 
''Dan sekaligus menjaga kamu'' Sambung daddy yang datang dari luar rumah.
 
''Oh my god daddy.I think he is you.Look at me ! Heeehhh ! '' Hanani terus naik ke tingkat atas.
 
*** ''Nak pergi mana tu Hanani.'' Sapa daddy yang sedang bercekak pinggang.
 
Hanani menoleh. ''Keluar dengan kawan daddy.I promise , Hanani balik cepat.''
 
''Ikhwan ! '' Panggil daddy.Hanani mengeluh.
 
'Apa lah masalah orang tua ni.Orang dah lah lambat.' Gema hati Hanani.
 
''Ikhwan , ikut Hanani keluar ye.Kamu boleh lah kenal KL ni lebih dalam.'' Kata daddy kepada Ikhwan.
 
Hanani terkejut.
 
''Hanani tak kisah ke Pak cik.''
 
''Hanani , kalau Ikhwan tak boleh ikut,daddy tak kasi kamu keluar rumah.''
 
''What ! Malu lah Hanani nanti !'' Hanani bengang. ''Hahh ! Ikut jer lah.'' Hanani terus berlalu ke garaj kereta.
 
''Daddy !! Kunci kereta.'' Jerit Hanani.
 
''Pinjam kereta saya dulu.'' Kata Ikhwan.
 
''So, cepatlah.Terhegeh-hegeh.''
 
Ikhwan bersalam dengan Dato Amirnul Rashid dan setelah memberi salam Ikhwan berlalu mendapatkan Hanani.
 
**********************************************************************************
 
''Hai baby'' Sapa Hanani dan memeluk Afif di kafeteria.
 
Ikhwan yang melihatnya hanya beristighfar dan menunduk pandangan nya dari melihat dosa.
 
''Baby , this my cousin,Ikhwan.''
 
''Hey,bro.'' Sapa Afif dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
 
Ikhwan menyambut salam Afif dan memberi salam.Afif pelik melihat Ikhwan yang kelihatan ketinggalan dengan pakaian baju melayu dan kopiah berwarna putih.
 
Afif tidak menjawab salam Ikhwan dan memandang Hanani.Hanani buat tidak tahu dengan pandangan Afif yang meminta penjelasan.
 
''Menurut islam , lelaki dan perempuan yang bukan muhrim menyentuh antara satu sama lain,diibaratkan menyentuh babi.Kita selalu cakap yang sentuh babi tu dosa.Padahal kita sentuh orang yang bukan muhrim dosanya sama sahaja dengan menyentuh babi.'' Jelas Ikhwan tanpa diminta oleh Hanani mahupun Afif.
 
''Hey,kau nak ceramah pergi masjid boleh tak.'' Kata Hanani.
 
''Bukan berceramah ,tapi hanya berkongsi.Saya tak mahu orang islam dalam dunia ini semakin pupus mengikut cara barat.'' Terang Ikhwan lagi.
 
''Bro,kau dah ikut Hanani datang sini , kau diam.'' Kata Afif.
 
''Jom lah sayang,pergi tempat lain.'' Kata Hanani dan menarik lengan Afif.
 
''Kau tunggu sini.Tak payah pergi mana-mana'' Kata Hanani dan berlalu pergi.
 
Ikhwan menunggu Hanani di kafeteria itu.Sampai sahaja waktu solat dia terpaksa mencari surau untuk bersembahyang sehingga dimarah oleh Hanani kerana terpaksa menunggunya.
 
**********************************************************************************
 
Ting tong.
 
Ikhwan membuka pintu.Kawan Hanani muncul di hadapan pintu.
 
''Wow.Sejak bila Nani pandai simpan lelaki handsome dalam rumah ni ?'' Kata Kira sambil mengeyit mata pada Ikhwan.Ikhwan hanya menundukkan muka kerana tidak mahu melihat rakan-rakan Hanani yang memakai pakaian tak cukup kain.
 
''Assalamualaikum.Cari Hanani ye.Nanti saya panggilkan.'' Kata Ikhwan.
 
''No ! Kitaorang tengah cari you.HAHA.'' Kata kawan Hanani yang sengaja bergurau.
 
''Hai,dengan mamat ni korang nak juga ke ? Tak de class.Tak payah lah ngorat mamat poyo ni.Jom masuk.'' Kata Hanani yang baru muncul.
 
''Bye handsome.'' Kata rakan-rakan Hanani.
 
*** ''Siapa tu weyh ? Handome gila.Lebih handsome dari Afif kau tahu.'' Kata Ani kepada Hanani setelah masuk ke bilik Hanani.
 
''Hey,Afif is better then Ikhwan okeyh.Pleasee..Cousin aku yang baru sampai dari Mesir tu.''
 
''What ? Handsome lah weyh.Kan untung kau jadi isteri dia.Bagi pinang dibelah-belah.HAHAHA.'' Kata Lia.
 
''Tolonglah.Walau apa pun yang terjadi,aku tak kan kahwin dengan dia.''
 
''Mana lah tahu.Jodoh !''  Kata Amirah kepada Hanani.
 
**********************************************************************************
 
Hanani keluar dengan senyap setelah melihat daddy dan mummy nya sudah nyenyak tidur.Hanani terpaksa naik kereta Lia kerana tidak mahu menyedarkan daddy dan mummy nya dengan deruan enjin kereta.Kalau tidak pasti kena marah.
 
Hanani menunggu Lia di perhentian bas di depan rumahnya.Kadanag-kadang ada juga dia menjenguk ke rumahnya.
 
Tiba-tiba dia terdengar satu suara.
 
''Assalamualaikum.Indah sungguh kan malam ni.''
 
Hanani menoleh ke belakang.IKHWAN ! Dah agak.
 
''Apa kau buat dekat sini ?! Daddy tahu nanti mati kau.''
 
''Hanya Allah saja yang boleh matikan sekalian makhluknya.''
 
''Argghhh.Lantak kau lah.Kau jangan kata kau nak ikut aku pulak.''
 
''Kalau saya kata ya ?''
 
''What ? Lantak kau lah.Kau jangan buat kecoh sudah.'' Hanani menjeling tajam ke arah Ikhwan.
 
*********************************************************************************
 
''Ehh..You tak kan lah nak masuk kat tempat kotor macam ni kan.You kan alim.'' Kata Syazanna.
 
''Tak kan saya nak tunggu luar.Kesian saya kesejukkan.'' Kata Ikhwan.
 
''Ha'ah lah Zanna,Kesian dia.Nanti tak handsome lah muka dia kalau dia sakit.HAHA.Nanti siapa yang nak temah Hanani keluar nanti.HAHA'' Kata Ani.
 
Hanani hanya menjeling rakannya.Rasa sebal menyelubungi hati.Kawannya sering memerlinya semenjak kehadiran Ikhwan.
 
*** ''Nani,apa mau minum ?'' Kata Lia.
 
''Macam biasa.''
 
''You ? '' Kata Lia sambil menunding jari ke arah Ikhwan.Ikhwan hanya menggeleng.
 
''Awak selalu ke pergi tempat macam ni ?'' Tanya Ikhwan.
 
''Seminggu dua atau satu kali.Pahal ?''
 
''Tak bosan ke ?''
 
''Kalau bosan ,pergi tempat lain.Jangan banyak tanya boleh tak.Aku nak enjoy malam ni.'' Kata Hanani.
 
*** ''sudah sampai......''Jerit Lia.
 
''Wuhuuuuuu..'' Jerit rakan-rakan Hanani.Ani menuangkan arak ke gelas nya dan rakan-rakannya.Baru Hanani dan rakan Hanani hendak minum,Ikhwan bersuara.
 
''Kalau minum arak ni,amalan solat dan ibadahnya tidak diterima 40 hari 40 malam.Kalaulah masa tu ,kita mati segala amalan yang kita lakukan tak terima.Habis kita.''
 
''Alah beb.Rosakkan mood aku lah cousin kau ni.''
 
''Saya bukan nak rosakkan mood sesiapa.Tapi saya nak mengingatkan.'' Kata Ikhwan.
 
''Woi, kau balik sekarang.'' Jerit Hanani dalam keadaan bingit di dala disco.Ikhwan akur dan terus keluar dari tempat itu dan menunggu Hanani untuk pulang ke rumah.
 
**********************************************************************************
 
''Hanani ! Sini jap.'' Panggil daddy.
 
Hanani terus duduk di sisi daddy nya.Di hadapan nya ada Ikhwan dan mummy.
 
''Daddy dan mummy dah stuju nak satukan Nani dengan Ikhwan..''
 
''Ouh no daddy.Nani dah ada orang lain.''
 
''Tak.Daddy nak satukan korang berdua.Jangan bantah daddy.Kalau Nani bantah , Nani keluar dari rumah ni dan jangan anggap kami parents kamu lagi.''
 
Hanani diam.Hanani tunduk.Apa yang harus Hanani buat.Kalau Hanani akur dengan permintaan daddy nya,dia akan merana sebab tidak dapat hidup dengan Afif.Afif kekasihnya sejak sekolah menengah lagi.Walaupun sikap Afif yang kadangkala buaya darat ,Hanani tetap sayang Afif.

'Ahh ! Aku boleh duduk dengan kawan aku.Tak kira ! Apa pun yan terjadi,aku tak nak kahwin dengan mamat skema tu.'
 
**********************************************************************************
 
Hanani senyap melangkah keluar dari rumah bersama beg sandang yang besar.Afif sudah tunggu di perhentian bas di depan rumah Hanani.
 
Sedang Hanani melangkah keluar dari pagar,Ikhwan menyapa.
 
''Kalau tak nak kahwin dengan saya pun ,tak payah lah lari dari rumah.''
 
Hanani terkejut. ''Macam mana kau ada.....'' Ayat Hanani tergantung.
 
''Saya dari surau tadi.'' Sambung Ikhwan.
 
''Kalau awak tak nak kahwin dengan saya,terus terang dekat pak cik.Jangan buat dia risau.Kesian dia.''
 
''Belah lah.Aku dah bosan duduk dalam rumah ni.Dah macam neraka jahanam.Tambah-tambah sejak kau datang.Pagi-pagi dah dengar kau bising baca quran.Orang nak tidur ,kasu sebok ngaji.Baca siang-siang tak boleh ke ?'' Kata Hanani.
 
''Al-quran adalah satu kitab yang boleh dibaca bila-bila masa.Senang ke , susah ke ,pagi ke,malam ke,tetap boleh baca.Dengan Al-quran jugalah dapat menenangkan hati kita.Dan al-quran lah yang akan membuka hati kita untuk ke jalan yang benar.Bukan macam awak lakukan ni.Kalau...''
 
''Ehhh..Dah dah.Aku bukan nak dengar kau ceramah.Tolong lah.Jangan bagi tahu daddy dengan mummy aku keluar ni.'' Hanani melangkah tapi ditarik oleh Ikhwan.
 
''Hey ! Apa ni.Lepaslah ! ''
 
''Saya akan lepaskan kalau awak masuk ke rumah ni semula.''
 
''Dan aku kahwin dengan kau ?''
 
''Bukan maksud saya yang tu..Masuk dan kita bincang.''
 
Hanani akur.Hanani bertambah benci dengan Ikhwan kerana terpaksa mengikut katanya.
 
*********************************************************************************
 
''Keputusan daddy muktamad.Daddy nak Nani kahwin dengan Ikwan.Minggu depan nikah.''
 
Itulah keputusan daddy Hanani.Hanani berasa sebal dengan Ikhwan.Kenapa harus dia berkahwin dengan Ikhwan.
 
'Habis lah aku.Jatuh martabat aku dengan kawan aku.' gema hati Hanani.
 
**********************************************************************************
 
''Aku terima nikahnya,Nur Hanani binti Amirnul Rashid dengan mas kahwinnya 2 ribu tunai.''
 
Hanani sudah sah menjadi isteri kepada Fariq Ikhwan bin Kamarul.Dalam pernikahan tersebut Hanani hanya menunjukkan muka yang masam sahaja.
 
''Beb,tak sangka kau dapat suami yang alim,warak.HAHA.Nanti terpaksa lah kau pakai tudung lepas ni.Lepas tu duduk rumah belajar masak..Euuu..HAHA.''Kutuk Lia setelah keluar dari masjid.
 
''Diam ah kau.'' Hanani sebal dengan sikap Lia.
 
Apa pun yang terjadi,Ikhwan sudah menjadi suami yang sah terhadap Hanani.
 
**********************************************************************************
 
Sudah sebulan menjadi isteri kepada Ikhwan,Hanani bosan asyik terperuk dalam rumah.Selepas berpindah,Hanani tunjuk belang.Hanani sering keluar malam tanpa izin Ikhwan.Dan Hanani sering membuli Ikhwan.Tak cukup dengan itu , Hanani suka memarahi Ikhwan.
 
Ikhwan redha dengan perkahwinan ini.Meskipun Ikhwan terpaksa tidur di atas lanati kerana menurut kata Hanani.

***********************************************************************************

Sewaktu Ikhwan sedang solat di kamar...

''Woi,nampak diari syarikat tak?'' Tanya Hanani sambil mencari-cari diari syarikat dalam laci.

''Woi jantan ! Kau nampak tak ?'' Ikhwan masih fokus dalam sembahyangnya.

''Kalau sembahyang tu ingat lah dunia sikit.Ingat orang sekeliling ni.Huhhh.Kau dapat apa duduk atas sejadah ni.Haaahh !.'' Hanani mengeluh.Hanani lalu diatas sejadah di hadapan Ikhwan bersembahyang.Ikhwan terus melakukan solat tanpa hiraukan Hanani yang sedang marah padanya.
 
***********************************************************************************
 
''Dear,banyak nya you minum,suami you tak marah ke?'' Tanya Afif.
 
''Means ,Ikhwan ? HAHA.Itu balaci I,bukan suami I.'' Kata Hanani dan sambung minum air arak kembali.
 
***Hanani memandu keretanya dengan keadaaan mabuk.Afif menawarkan diri hendak menghantarnya,dia tidak mahu.
 
*** Sampai di tengah jalan,Hanani terasa matanya berat dan kepalanya pening.Hanani hilang fokus pada pemanduannya.Hanani memandu keretanya ke kiri dan ke kanan.
 
Tiba-tiba....Deboom ! Kereta Hanani bertembung dengan sebuah lori.
 
**********************************************************************************
 
Hanani terlantar di hospital.Hanani cedera parah yang mengakibatkan kepalanya luka,tengkuk nya patah.Dan lebih memedihkan hati lagi,apabila mendapati Hanani tidak dapat berjalan lagi.
 
Ikhwan terus berdoa dan berdoa untuk Hanani agar sedar dan cepat sembuh.Hanani kini dalam keadaan koma.Ikhwan hari-hari membaca Al-quran dan yassin untuk Hanani.
 
*** Sedang Ikhwan memberi salam akhir solatnya ,Hanani memanggil nama daddy dan mummynya.
 
''Hanani,awak dah sedar.Alhamdulillah.'' Kata Ikhwan.
 
''Kat mana ni?''
 
''Awak dekat hospital.Jap saya panggil doktor.Daddy dengan mummy pon ada dekat luar.'' Ikhwan berlari keluar dari bilik wad pesakit.
 
Hanani cuba bangun.Tetapi tidak boleh.Badannya lemah.Dalam beberapa minit doktor sampai.Doktor memeriksa Hanani.Doktor cuba mengerakkan kaki Hanani,namun Hanani tidak merasakan apa-apa.Puas doktor cuba untuk Hanani merasakan kesakitan pada kakinya,namun gagal.
 
''Kenapa doktor.'' Tanya Hanani.
 
''Puan lumpuh.Sebab tu puan tak merasakan apa-apa pada kaki puan.'' Jawab doktor.
 
Hanani menangis. ''Tak.Tak mungkin.Saya boleh jalan.Doktor penipu ! Daddy , mummy Nani boleh jalan haa..'' Hanani bingkas bangun dari katil.Dia tetap berdegil setelah dilarang oleh doktor dari bangun.Akhirnya Hanani jatuh tersungkur.
 
''Nani tak cacat.Tolong lah....Ikhwan aku tak cacat !!!! '' Hanani menangis.
 
Ini lah balasannya sekiranya kita tidak menjaga kaki kita dari menjejakkan tempat yang jijik di mata Allah.
 
**********************************************************************************
 
Sebulan Ikhwan menjaga Hanani.Kedegilan Hanani , Ikhwan bersabar.Hanani tak mahu makan sehinggakan Hanani sanggup menyembur makanan ke muka Ikhwan ,Ikhwan sabar.Ikhwan tabah menghadapi segala rintangan ini.Baginya ini ada lah Ujian dari Allah.
 
**********************************************************************************
 
Sedang Ikhwan mengaji pada waktu pagi,Hanani terjaga.Hanani berasa tenang mendengar bait-bait ayat al-quran yang dibaca Ikhwan.Terasa tenang bila mendengar suaminya membaca Al-quran.
 
''Abang.......'' Panggil Hanani.
 
Ikhwan terkejut.Buat pertama kali Hanani memanggilnya abang. ''Saya ganggu awak tidur ke ?'' Tanya Ikhwan.
 
Hanani menggeleng. ''Sini kejap.'' Panggil Hanani.
 
Ikhwan pergi mendapatkan Hanani.
 
''Nani nak tanya boleh ?.'' Tanya Hanani.

Ikhwan mengangguk lantas tersenyum.

''Kenapa abang selalu diam bila Nani marah abang,Nani marah abang baca Quran,Nani kacau abang sembahyang ? Kenapa abang selalu diam ?''

''Sebab...abang cintakan Hanani,abang sayangkan Hanani,abang nak jaga Hanani.'' Luah Ikhwan.

Hanani menitiskan air matanya lalu memeluk suaminya.

''Abang,ajar Hanani sembahyang.'' Kata Hanani.
 
Ikhwan terkejut mendegarnya.Hanya kata yang terlepas dari bibirnya adalah ALHAMDULILLAH.
 
Ikhwan mengajar Hanani sembahyang.Bukan sahaja sembahyang,mengaji serta mengajarnya cara menghidupkan ibadah.
 
***********************************************************************************
 
Sudah 8 bulan Hanani dan Ikhwan menghidupkan ibadah dalam kehidupan mereka.Kini Hanani sudah memakai tudung dan menjadi isteri mithali.Walaupun Hanani lumpuh,Ikhwan tetap menerima Hanani seadanya.
 
''Abang,masa Nani terlantar sakit dekat hospital , Nani rasa tenang sangat dalam tidur tu walaupun dalam dosa.Nani ada mimpi Nani kena seksa,tapi abang penyelamat Nani.''
 
''Sayang,penyebab tenang sayang tu ialah Al-quran dan doa dari abang,daddy dan mummy.Abang tak putus-putus baca Al-quran dan yassin untuk sayang.Dan abang akan sentiasa di sisi sayang sampai akhir hayat abang.Dan abang akan sentiasa jaga sayang.'' Jelas Ikhwan.
 
''Terima kasih abang.Terima kasih atas doa abang untuk saya.Maafkan saya selama ni saya selalu sakitkan hati abang.''
 
Ikhwan mengangguk dan suami isteri itu terus berpelukkan.Terasa bahagia bila menikmati perkahwinan seindah ini.
 
 
-SEKIAN-

24 comments :

Maisarah Azmi said...

wah, berbakat awk nie..nice entri.. keep it up

http://coklatheartysyamimi.blogspot.com/ said...

nice entry :) i like it

Unknown said...

nice... pandai nye buat cerpen.. teruskan usaha ye.. semoga terus berjaya.. :)

Sue Zanna said...

wow, tumbs up for you awesome story ! Banyak maksud yang tersirat dalam entri ni , terusakan bakat anda :)

Nur Ismaliza Ismail said...

wahh.. kita dah baca. best cerpen awak. teruskan mengarang lagi. ;)

faY said...

menarik! keep it up =)

@_crabanna said...

cerita okay. tapi ada part macam aku masih dara denang mahar cintaku utukmu sikit :)

dedey said...

good story. keep it up!!

Unknown said...

ade bakat lah kamu ni. cer lah apply tuk novelist :)

Engku Muzahadin said...

Perkongsian menarik!
Singgah baca entri & FOLLOW sekali :)
Dari Kelab Blogger Ben Ashaari
Salam Perkenalan

http://engkumuzahadin.blogspot.com/

Unknown said...

nice entry dear. :) keep it up!

Unknown said...

bagusnye muda2 dah creative boleh tulis cerpen :)
keep it up...

Fatrim Syah said...

Best. Keep it up tau. Jangan berhenti menulis. ^_^

Unknown said...

Awesome story :D

yaya ade said...

awk buat sndri eh cerpen? wahhhhh. talented! btw, done follow balik. thank u dah follow yaaa :D

http://yayacaramel.blogspot.com/2012/11/nuffnang-ads-aku-hilang.html

Unknown said...

nice cerpen dear ! :D so sweet :)

Nurul Ain said...

NICE CERPEN. Best.

ILHANIS said...

Nice cerpen! Done following you ^^,
Keep up the good work k.

sitirohaida said...

wah!!! bgus...tingkatkn usaha dear

Akmadk said...

best!hehheh..

syhrh said...

nice entry. keep it up! (:

ummu fatyhah :) said...

nice entry :)
thumbs up for youu ~

CyntaHaty january :) said...

waa , besnya .. hehe
teruskan usaha ..
buat ceta bnyk2 ekk :)

nana fiena said...

permulaan cerita tuh macam jalan cerita aku masih dara ja . lepas tu part tengAH sampai endingnya baru lainn . but nicee ending :)