CERPEN : Hargai Aku


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Di SMK Bukit Damai...

''Bangun ! Selamat Sejahtera cikgu.'' Ucap ketua kelas Amri.

Murid dalam kelas 5 Bumi menyambut dengan semangat.

''Selamat sejahtera.Duduk !'' Kata Cikgu Rita sambil meletakkan buku-bukunya di atas meja.

''Okey.Kita mulakan pembelajaran kita hari ni.Insyallah kita akan ke tajuk baru hari ni.'' Kata Cikgu Rita memulakan mukkadimah nya.

''Cikgu ada bagi kerja sekolah ke ?'' Tanya Cikgu Rita.

''Tak !'' Jerit satu kelas tersebut.

''Kalau kerja sekolah semuanya tak.Buka buku teks , muka surat 281.'' Kata cikgu sambil menyelak helaian demi helaian.Tiba-tiba , Cikgu Rita seperti teringat sesuatu.Cikgu Rita terus ke muka pintu.

''Allah hai ! Cikgu lupa pulak kamu kat luar ni.Sorry sorry.Kejap erk.'' Kata Cikgu Rita kepada Arisa.

Dalam beberapa saat cikgu kembali masuk ke dalam.

''Okey kelas.Hari ni kamu akan dapat kawan baru.Arisa ! Masuk !'' Kata Cikgu Rita.

Seorang perempuan masuk ke dalam kelas 5 Bumi tersebut.Satu kelas terpana dengan perempuan seperti terpukau dengan dia.Dengan kulitnya putih melepak.Tinggi lampai.Rambutnya yang ikar diikat rapi.

''Baik lah ! Terangkan nama kamu , asal dari mana , kenapa pindah Ipoh.'' Kata Cikgu Rita.

Mulanya Arisa agak kekok , tapi terpaksa apabila didesak oleh Cikgu barunya.

''Nama saya Puteri Arisa.Panggil Arisa je.Saya asal dari KL.Saya pindah sini sebab ayah saya terpaksa bertugas kat sini.'' 

''Ouh.Okey Arisa.Duduk sebelah Ani.'' Kata Cikgu Rita yang sedang menundingkan jari di tempat duduk sebelah Ani.

Arisa hanya menurut sahaja.

*** Kringgg ! 

Bunyi loceng rehat telah berbunyi.Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah.Ada yang mahu ke perpustakaan sahaja.

''Arisa ! Awak rehat dengan sapa ?'' Kata Ani.

''Entah lah.Rehat dengan awak boleh ?'' Kata Arisa

''Rehat dengan saya ?!'' Kata Ani sambil menundingkan jari ke arahnya.

Arisa mengangguk.

''Okey.No problem ! '' Kata Ani sambil menunjukkan jari O.K. ''Jom ! Saya bawa awak ronda satu sekolah.'' Sambungnya.Arisa hanya tersenyum.

Sedang asyik Arisa berbual dengan Ani semasa hendak keluar kelas , Arisa cuai tidak melihat orang kiri kanan.Tiba-tiba 'debbukk' ! Arisa terjatuh bagai nangka busuk.

''Eh ! Sorry.Tak sengaja.'' Lelaki yang melanggar Arisa tadi kelihatan gelabah.Namun beberapa saat lelaki yang melanggar Arisa serta rakannya ketawa terbahak-bahak.

''Jatuh macam nangka busuk ! HAHAHA'' Kutok Izwan.

''Hey ! Dah reti langgar orang , tak reti tolong ke ? Manusia apa lah korang semua ni.'' Marah Ani.

''Hoi gemuk ! Selamat kau tak terjatuh macam kawan kau ni ha.HAHA.Kalau kau jatuh , dah memang sebiji macam anak gajah.'' Kata Izwan sambil ketawa.

Ani menunujukkan muka yang masam.Ani menolong Arisa untuk bangun.Namun dihalang oleh Arisa.

Arisa agak geram dengan perangai lelaki yang tidak dikenalinya.Arisa terus berpaling ke arah lelaki itu dan bangun.Haris serta rakan-rakannya terpana melihat wajah Arisa.

''It's okey Ani.Nanti kita yang ketawakan dia balik.'' Arisa tersenyum sinis.Arisa terus menarik tangan Ani dan berlalu pergi.

''Bro ! Cun kot ! Budak baru agaknya.'' Kata Haris. 

''Aduh ! Kenapalah aku tak tolong dia tadi.'' Kata Izwan sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

''MELEPAS !'' Kata rakan-rakan Izwan.

*********************************************************************************
Di kantin sekolah....

''Eee..Kurang ajar lah si Izwan tu tadi.Mentang-mentang lah dia terhandsome kat sekolah ni.Nak kutok-kutok orang pulak..Ingat dia bagus ?!'' Marah Ani sambil mengepal-ngepal kan penumbuknya.

''Biar lah diorang tu.Salah saya juga.Tak pandang orang.'' Kata Arisa.

''Tapi tak payahlah kutok saya dan awak macam tu.Rasa diri terhina tau.'' Kata Ani.

''Dia kelas mana ?'' Tanya Arisa.

''Kelas 5 Utarid.'' Jawab Ani.

''It's okey.Nanti kita balas apa yang dia campak kat kita.'' Kata Arisa sambil tersenyum.

********************************************************************************

Sedang Izwan bersembang dengan rakannya di kelas...

''Izwan ! Izwan.Dia datang sini ! Cepat bro ! Mintak maaf kat dia.'' Kata Yasin setelah melihat Arisa dan Ani sedang 'on the way'' lalu depan kelasnya.

Izwan gelabah sambil membetulkan baju dan rambutnya.Izwan terus berlari ke muka pintu.

''Hai awak ! '' Sapa Izwan manja.

Arisa dan Ani berpaling ke kanan.

''Sorry saya tak sengaja tadi.Saya tak berniat pon nak kutok awak.Sorry erk.By the way , my name is Izwan.'' Kata Izwan.

''Ouh ! Izwan..Tadi bukan main bash orang kan ? Sekarang nak minta maaf ? Tolonglah.Muka tak malu ! Dah muntah , jilat balik ? HAHA'' Kata Arisa dan membuat wajah jelek memandang Izwan dan berlalu pergi.

Ani yang meihatnya ketawa terbahak-bahak.Bukan saja Ani yang ketawa tapi kawan Izwan juga turut ketawa.Namun Izwan tak ambil peduli.Dalam hatinya hanya teringatkan perempuan yang belum diketahui namanya.

'Comelnya dia.Oh Tuhan , ku dimabuk cinta ' gema hati Izwan.

*********************************************************************************

''Bergghhh ! '' 

''Oi mak kau meletop.'' Latah Arisa yang sedang sebok menekan papan kekunci komputer ribanya.

''HAHAHAHA.Bagi tahu mama yang Arisa cakap mama meletop.'' Kata Arie abang sulong kepada Arisa.

''Abang  ni !'' Arisa memukul bahu Arie sambil membuat muka merajuk.

''Okey , okey.Sorry.'' Kata Arie.

Arisa hanya mendiamkan diri.

''Okey ! Apa yang beta harus tebus untuk memujuk hati Arisa adik kesayangan beta ini.'' Bodek Arie.

Arisa tersenyum. ''Besok temankan Risa pergi populor.Nak beli buku.'' Kata Arisa.

''Besok ? Mana boleh.Abang ada hal.Abang hantarkan je okeyh ?'' Kata Arie.

''Alaaa.Tak nak kawan.'' Kata Arisa.

''Okey...Demi adik busuk abang ni , terpaksa lah abang turutkan.'' Kata Arie.

''Yes ! Janji ! '' Kata Arisa sambil menunjukkan jari kelingkingnya tanda janji.

''Ya !'' Kata Arie sambil menyambut huluran jari kelingkingnya.

********************************************************************************

Hari ni terpaksalah Arisa pergi ke shopping complex sorang-sorang.Arie terpaksa pergi kerana ada hal kerja yang lagi penting.Mulanya Arisa tak bagi.Tapi akhirnya Arisa akur.Arisa mahu ajak Ani , dia tidak mahu.Katanya ada makan besar-besaran bersama ahli keluarganya.

Sedang sebok Arisa memilih buku , dia terdengar ada suara menyapanya.

''Eh ! Erry.Beli buku jugak ?'' Tanya Arisa.

''Tak lah ! Beli kambing.HAHA.'' Kata Erry rakan sekelas yang suka berlawak jenaka.

Arisa hanya mendiamkan diri.Ketawa pon tak , marah pun tidak.

''Sorry lah.Gurau jer tadi.Awak sorang je ke ?'' Tanya Erry.

''Ada nampak ke saya dengan siapa ?'' Kata Arisa.Sepertinya Arisa membalas lawak jenakanya.

''Ehh..HAHA.Pandai gurau jugak kan ? Nak join kitaorang ?'' 

''Kitaorang ?'' Tanya Arisa.Arisa pelik.Arisa melihat Erry hanya berseorangan.Mana datang kitaorang tu.

''Yes ! Tu ha ! Diorang tengah sibuk bergambar.Kononnya rajin lah baca buku.''Kata Erry sambil menundingkan jari ke arah rakan-rakannya.

''Ouh.HAHA.It's okey.'' 

''Jom lah jumpa kawan saya.'' Kata Erry sambil menarik lengan Arisa.

''ehhh...'' Arisa tidak mahu berjumpa rakannya.Tapi dah terpaksa kerana Erry menarik lengannya.

*** ''Bro ! Tengok ni aku jumpa siapa.'' Kata Erry.

''Eh , hai Puteri Arisa.'' Kata Amir. 

Arisa hanya tersenyum.

'Puteri Arisa ? Waaa.Cantiknya nama.Macam orangnya jugak.' Gema hati Izwan.

Sedang dia ralit bersembang dengan rakan-rakan Erry , dia sedar ada mata yang memandangnya sejak tadi.IZWAN ! Mata itulah yang memandangnya.Haih ! Izwan Izwan.Kau buat kan aku tak keruan lah.Tak payah lah pandang macam tu.

''Hai sayang.'' Sapa seorang lelaki yang memeluk bahu Arisa.Arisa terkejut lalu memandangnya.

''Helmi ?! '' 

''Yes ! You buat apa kat sini ? You pindah sini right ?'' Kata Helmi lalu memegang pipi Arisa namun ditepis oleh Arisa.

''Bukan urusan kau.'' Kata Arisa sambil berlalu pergi.Helmi mengejarnya lalu menarik tangan Arisa dan menyebabkan Arisa berpaling ke arahnya.

''What do you want ?! '' Tanya Arisa yang agak rimas dengan bekas kekasihnya.

''I miss you.I still love you.And I need you.'' Kata Helmi.

''Yuni tu awak nak campak mana ?Please lah.Antara kita tak ada apa-apa dah.'' Kata Arisa sambil mengertak tangganya lalu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

*** ''RM 71.00 '' Kata pekerja itu.

Arisa membelek-belek wangnya.Sedang Arisa hendak memberi wang ,  Helmi sudah memberi wang 100.00 ringgit kepada pekerja itu.

''Saya belanja.'' Kata Helmi.

Setelah selesai sesi pembayaran Arisa mengeluh. 

''Hergghh.Thanks !'' Ucap Arisa dan berlalu pergi.

''Arisa ! wait !'' Kata Helmi.

''Apa ?!'' 

'' Jom ! I belanja makan. Please! Please !'' Rayu Helmi.

Arisa menurut sahaja.Arisa tidak mahu panjangkan hal dan sekaligus kasihan lihat Helmi.

********************************************************************************

Helmi membawa Arisa ke Domino's Pizza yang berada dalam shopping complex tersebut.

''You datang dengan siapa ?''

''Sorang.You ?'' Tanya Arisa semula.

''Yuni.'' Kata Helmi sambil membuat muka selamba.

''What ?! Oh My God.Nanti Yuni nampak nanti mati tau.'' Kata Arisa.

''Tak kan nya.I dah bagi tahu dia yang I balik rumah ada hal.Padahal I nak jumpa you.'' Kata Helmi.

''I tak nak Yuni malukan I buat kali yang kedua.Please !'' Kata Arisa yang hendak bagun dan berlalu pergi.Namun dihalang oleh Helmi.

''Wait ! I janji perkara tu tak kan berulang lagi.Sebenarnya , I tak sayangkan Yuni macam mana I sayang you.You tak balas text I , you tak angkat call I , I rasa diri I merana.Risa , dah dua tahun kita couple.Dan dah setahun you tinggalkan I.I nak you semula.''

''Enough Helmi.'' Kata Arisa.

''Risa , I still love you.You ingat tak janji kita dulu.Lepas you SPM kita akan hidup bersama ? You ingat kan ? You still ingat kenangan kita kan ? '' Kata Helmi.

Air mata Arisa seperti hendak melimpah.

''I have to go.'' Kata Arisa.Sebelum tu Arisa mengeluarkan wang RM 100.00.

''Ni duit buku tadi.Lebihnya you simpan.'' Kata Arisa berlalu pergi.

*** Arisa tidak pulang ke rumah terus setelah berjumpa Helmi.Sebaliknya dia masih berada di shopping complex itu lagi.Tapi berada berjauhan dari orang ramai untuk menenangkan hati.

Izwan yang lalu di situ ternampak Arisa sedang menangis.Dia pergi mendapatkan Arisa.

''Hai Arisa.'' Sapa Izwan.

Arisa memandangnya dan mengelap air matanya.Lalu senyum ke arah Izwan.

Izwan mengambil sapu tangan dalam koceknya lalu diberi kepada Arisa.

''Thanks.''Ucap Arisa.

''Sama-sama.Boleh saya duduk ?'' Tanya Izwan.

''Duduklah bukan kerusi saya pon'' Gurau Arisa.

''Awak okey ?'' Tanya Izwan.

''Okey.''

''Boleh saya tanya awak satu soalan tak ?''

Arisa menangguk dan tersenyum.

''Awak kenal Helmi Azwan ?'' 

''Yap.Dia ex-boyfriend saya.'' Jawab Arisa.

''Ouh.Kenapa dia buat awak nangis ?'' Tanya Izwan.

''Hai , kata satu soalan jer.'' Gurau Arisa.

''Eh ! Dah nangis tu pandai gurau pulak erk.'' Kata Izwan.Arisa hanya ketawa.

''Eh.Girlfriend awak tak marah ke awak duduk dengan saya ?'' Kata Arisa.

''Saya Team Single ! '' Kata Izwan lalu ketawa bersama Arisa.

Izwan usaha untuk mengembirakan hati Arisa.Arisa asyik ketawa saja.Arisa berasa senang dengan dia.Hati Arisa sudah tertarik dengan dia.Mungkin !

*********************************************************************************
Di kelas 5 Bumi....

''Ini ke buku yang awak beli semalam ?'' Tanya Ani.

''Yes !'' Jawab Arisa.

''Woaa..Untunglah.'' Kata Ani.

''Orang ajak tak nak ikut.Ramai orang yang saya jumpa.''

''Seriously ? Siapa ?'' Tanya Ani.

''Amir , Erry dengan kawan-kawan dia.And guess what siapa yang saya jumpa ?'' Kata Arisa.

''Allaa..tak payah lah teka-teka.Cakap jer lah.'' Kata Ani sambil mengoncangkan lengan Arisa.

''Izwan !''

''What ? Mamat poyo tu ?!''

''Who said dia poyo.Dia okey ape.Dia lah yang happykan aku time aku nangis.''

''Nangis ? Kenapa kau nangis ? Ni mesti something wrong somewhere.'' Kata Ani.

''Saya jumpa Helmi.Ex-boyfriend saya.''

''Ye ke ? Ex-boyfriend awak time sekolah lama kan ? Dia cakap apa sampai awak nangis hah ?'' Tanya Ani.

''Macam-macam.'' Kata Arisa.

Arisa menceritakann segalanya dari  'A sampai Z'.Arisa juga menceritakan kisah silamnya yang pernah ditampar oleh Yuni kerana dikatanya merampas Helmi.Sejak itu dia tak mahu layan Helmi.

*********************************************************************************

Sudah hampir 9 bulan Arisa bersekolah di sini.Macam-macam kenangan sudah diperolehi.Dan jangan terkejut , Izwan sudah seperti belangkas rapat dengan Arisa.Arisa dan Izwan kelihatan serasi sekali bersama.Namun Arisa masih belum dapat menerima Izwan.

********************************************************************************

Esok hari lahir Arisa yang ke 17  Arisa.Tepat pukul 12 malam , ramai yang menghantar pesanan ringkas untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.Tapi ,massage dari Izwan lah membuatnya tersenyum.

Helmi menghantar pesanan ringkas kepada Arisa.

Happy Blated Birthday Dear :) I love you so much.Besok saya nak jumpa awak boleh.You can choose tempat mana yan awak suka.But i need to meet you.please.

Arisa membalas tanda setuju.Rasa berat hati  , tapi kasihan pula lihat Helmi begitu.

*********************************************************************************

Di restoran Secret Recipe.

Helmi menunggu kedatangan Arisa tanpa mengeluh.Walaupun sudah sejam menunggu Arisa.Ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepada Arisa.

''Sorry I'm late.'' Kata Arisa lalu duduk di hadapan Helmi.

''Happy birthday sayang.'' Ucap Helmi.

''Thanks.Boleh cepat tak.Saya kena pergi dah ni.'' Kata Arisa.

Helmi mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya.Lalu ditunjuk kepada Arisa.

''For what ?''  Tanya Arisa.

''I nak cinta kita bersatu macam dulu.I dengan Yuni dah break.Dan I nak you semula.Insyaallah , kalau jodoh kita panjang , kita boleh sampai ke jinjang pelamin.'' Kata Helmi.

''HAHA.Saya tak lepas lagi SPM.Walaupun awak dah kerja, tak semestinya awak terburu-buru fikir pasal ni kan ?'' Kata Arisa.

''Tapi.......I cinta you.Okey,kita couple balik.I still love you.'' Kata Helmi.

''But I'm not !'' Balas Arisa.

''Why ?'' Tanya Helmi.

Arisa berfikir alasan nya.

''Because , I have someone special.Yang hargai saya.Yang boleh buat saya happy.'' Balas Arisa.

''Who ?'' 

''Errmm..Izwan.'' Balas Arisa.

''Bertuah betul kan Izwan tu dapat awek macam you.'' Kata Helmi.

Arisa hanya tersenyum.

''Sorry Helmi.I have to go.Jangan cari I dah.Please forget me.I hope , you dapat perempuan yang lebih baik dari I.Selamat tinggal Helmi.'' Pinta Arisa.

''Arisa !'' Panggil Helmi.Arisa berpaling menghadapnya. ''Kalau tak boleh anggap cincin ni sebagai tanda cinta kita , anggap lah cincin ni sebagai tanda........ perpisahan kita.'' Sambungnya.

Arisa tergamam.Helmi mengambil cincin dari kotak itu ,lalu disarungkan ke jari Arisa.

Arisa terkedu.Air mata Arisa hanya bertakung di kolam matanya.

''Selamat tinggal Arisa.'' Ucap Helmi dan berlalu pergi tinggalkan Arisa.

********************************************************************************

Di roof top Jusco....

''Ada apa nak jumpa aku bro ?'' Kata Izwan.

''Iz , sejak bila kau couple dengan Arisa ? Asal kau tak bagi tahu aku ?'' Tanya Helmi.

''Hah ?!'' Izwan terkejut.'Arisa girlfriend aku ? Ya Allah aku mimpi ke.' jerit hati Izwan.

''Apa-apa pun , aku nak kau jaga Arisa baik-baik.Dia tak minta apa-apa.Dia minta cinta dia di hargai.Kau kira untung dapat perempuan yang setia , baik , jujur macam Arisa.Jangan risau , aku tak kan kacau relationship korang.'' Kata Helmi.

''Thanks bro.Semoga kau dapat perempuan yang jauh lebih baik.'' Kata Izwan.

Helmi tersenyum.

*********************************************************************************

Sudah sebulan Arisa merasai kehangatan cinta Izwan.Pada mulanya agak malu juga bila Izwan bertanya mengapa mangaku dia sebagai boyfriend nya.Namun Arisa mengambil keputusan untuk terus terang saja.Izwan menghargai cinta Arisa.Tak sampai 3 bulan SPM akan berdepan dengan calon-calon SPM 2012.Walaupun harus menjaga hati orang yang disayangi , Arisa harus buat yang terbaik untuk SPM.Begitu juga Izwan.

*********************************************************************************

Arisa berjalan di sekitar taman Eco Park di taman Botani bersama abangnya Arie dan Arif.

Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenalinya memanggilnya.

''Hoi pompuan !''

''Awak siapa erk ?'' Tanya Arisa.

''Aku Fira , ex-girlfriend kepada Izwan.Aku tak nak kau kacau Izwan.Sebab aku akan menagih cinta dia balik.Kau jangan sebok-sebok nak rampas dia.Aku tahu Izwan still sayang kan aku.Kau ni memang suka rampas hak orang kan ?!'' Kata-kata Fira amat memedihkan hati Arisa.Mujur masa tu abang-abangnya tiada di situ.Kalau tak habis lebam muka Fira ditimbuk oleh abangnya.

''Okey fine ! Ambil lah dia.'' Balas Arisa.

''Hemhh ! Memang aku nak ambil dia pon.'' Kata Fira.

Arisa malas hendak melayannya.Arisa hanya anggap dia perempuan gila.

''Hoi ! Kau nak pergi mana ! Aku tak habis cakap lagi ! Dasar perampas !'' Fira menarik lengan Arisa.Arisa berpaling.

Namun Arisa terkejut apabila melihat Fira mengangkat tangan seperti mana Yuni hendak menamparnya setahun yang lalu.

Mujur Izwan sempat menyambar tangan Fira.

''Apa masalah kau ni hah ?'' Marah Izwan.

''Apa masalah I ? You tanya perempuan ni.Dia rampas you dari I.'' Kata Fira.

''Woi ! Kau dengan aku memang tak ada apa-apa !.Kau boleh belah dari hidup aku.Tiba-tiba je kau kacau hidup aku ni pahal.Belah !'' Marah Izwan.

Fira kecewa melihat Izwan marah padanya.Ini lah balasan kalau tak hargai cinta seseorang dari dulu.Sekarang terhegeh-hegeh nak balik.

''Arisa ? are you okey ?'' Tanya Izwan.

''Susah sangat ke nak hargai cinta saya ?''Air mata Arisa bergenang dalam kolam matanya.Tak sangka hal ini akan terjadi lagi.

Arisa terus belalu jauh dari Izwan.Berkali-kali Izwan memanggil Arisa , tapi Arisa buat tak heran.

*********************************************************************************

Lima tahun kemudian............

Arisa dapat menyambung pelajarannya ke universiti.Dan paling tidak disangka kekasih hatinya turut dapat masuk univeriti yang sama.

Sedang Arisa menela'ah buku , ada seseorang menutup matanya.

''Cuba teka ni siapa.'' Kata Izwan sambil membuat suara yang kelakar.

''Alahai.Izwan saya lah ni.'' Teka Arisa.

''Pandai erk !'' Kata Izwan sambil mencuit hidung Arisa. ''Happy blated birthday sayang.'' Sambung Izwan.

''Thank you.'' ucap Arisa.

''And something special for you.Jap !'' Kata Izwan sambil mengeluarkan kain untuk menutup mata Arisa.

''Awak ! Apa ni.'' Kata Arisa.

Izwan tak peduli kata Arisa.Dia teruskan rancangannya.

*** Izwan membawa Arisa ke suatu tempat yang agak sunyi.Arisa berasa kekok apabila matanya ditutup macam tu.

''Okey.Now , you can open your eye baby.'' Kata Izwan.

Betapa terkejutnya Arisa bila melihat sekelilingnya gelap.

''Izwan ! Awak tahu kan saya takut gelap !'' Jerit Arisa.

''Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to Puteri Arisa , happy birthday to you.''  Izwan menyanyi sambil memetik gitar.

Selesai sahaja Izwan menyanyi , dewan kolej bergema dengan sorakan.

Izwan datang menghampiri Arisa.Izwan melutut depan Arisa.

''Sayang , I think i wanna marry you.Saya dah memang memang memang mabuk cinta kat awak.Please !'' Kata Izwan.

Arisa terkejut.Arisa terkedu.Tak tahu apa yang hendak diungkapkan.

''Yes.I will.'' Itu sahaja yang mampu diungkapkan.

*********************************************************************************

Tiba nya hari yang dinantikan.Puteri Arisa sah menjadi isteri Izwan Hafiz.Hari ni adalah hari persandingannya.

''Assalamualaikum Arisa.'' Sapa Helmi.

''Waalaikumussalam.Helmi ?'' Jawab Arisa yang berada di samping Izwan.

''Tahniah bro.Akhirnya apa yang kau kejar dapat jugak kan ? Selamat pengantin baru.'' Ucap Helmi.

''Thanks Helmi.'' Balas Izwan.

''Nanti jemput datang kenduri saya tunang dengan Yuni hujung bulan ni tau.'' Kata Helmi.

''Insyaallah.'' Jawab Arisa dan Helmi.

''Hai Izwan ! Hai Arisa !'' Sapa Fira.

''Eh ! Fira ! '' Kata Arisa sambil memeluk Arisa.

''Kau buat apa kat sini.'' Tanya Izwan.

''Saya yang jemput dia.'' Balas Arisa tanpa diminta.

''Saya nak ucap tahniah.And Arisa , saya nak minta maaf sebab masa tu memang saya buat benda yang tak masuk akal..'' Kata Fira.

''It's okey.Benda yang dah lepaskan.Tak payah lah dikenang.'' Kata Arisa.

Ini lah hari yang terindah bagi Arisa.Semua sudah bersatu.Tak sangka cinta Izwan yang terpaut di hati Arisa.Alhamdulillah , harap bahagia ini kekal selamanya.Ini lah pelangi yang Allah janjikan selama ini.Dan suami Arisa menghargai cinta Arisa.

-SEKIAN-


27 comments :

Lina md. munir said...

(Y)..teruskan berkarya dear.

Sheera Aya said...

Habis da baca.best cte ni. :)

AisYa IeyKa said...

syg , cterr best , cuma ayat tuh ade y salah yunk . baiki lgi okey :)

sis92 said...

good job, boleh baiki lagi susunan ayat. Kalau boleh gunakan ejaan yang betul :)

iefa lolilpop said...

good jobb ..reka sendiri erk .

Ashraful Huri said...

hey, nice one sis :)

Siti Norizam Ishak said...

Nice...pjgnye tpi best ;)

AL AZRUL said...

OK.. Nice... bleh kemaskan lgi cra olah crita :)
dlu time secondry school pun mmg slalu tlis cerpen.. :)

Nur Sabrina said...

wah .. best2 .. teruskan berkarya .

hanisah shahran said...

woww , pnjngnye cerpen die , hehe, btw , gud !

A Little Girl said...

waaa , dye pandai bercerpen la . good job (y) . saye suke2 :)

Hana Maroo said...

WAh..... Bila nak buat buku ni? teruskan usaha... U can do it!
(Blogwalking here)

Detectiveconan said...

Cerita sangat menarik tapi perbaiki ayat supaya lebih ok ! Bolehh !? :D

diana lee said...

menarik..stat dr bkenalan lepas tu kawen.. :)

Shereen Yahya said...

best cerita ni . tersenyum sorang2 .. hehe

Az Meeda said...

Nice one.. Teruskan.. :)

Mohd Zakwan said...

ambil masa berpa lama nak tulis cerpen ni? if less than 24 hours, you memang brilliant... teruskan berkarya, insyaAllah mana tahu ada orang berminat nak ambil awak sbg penulis ke. hehe

Jemput singgah blog zakwanzain [dot] com ye...

Tengku Shanizan Raja Ismail said...

salam perkenalan..
best sgt..da lame follow Take Time tp x pernah tinggal jejak..sy baru kat sini lau sudi jemput la jenguk blog sy k..tq
tengkushanizan.blogspot.com

Cik Nas :) said...

best sangat :D

Nurfatin Atikah said...

best! teruskan berkarya! :)

aieen shuhadah said...

aieen sgt terpefun dgn hasil coretan ika.. terusakn berkarya yer.. congrats..

ZUHASWANI ZULKIFLI said...

umo bpe ek?
overall oke tp cuba cek blik..

akusukaDOLPHIN said...

so laa... tp klau blh , buat yg tak prnah org terpikir lg...apa pu nice story..sweet :)

ZULFA_family said...

Nice...truskn usaha adik yer...

Charles Naida said...

..wow..sweet lh..btw..nice story..gud luck..!!

shahsyaz said...

hehhee, comel je jln cerite die, :)

NurSyazlia said...

Awesome!