Harimau Malaya Kalah Bermaruah !


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

Auuummmm ! Itu lah bunyi harimau mengaum kan ? Sebiji tak ? Kalau sebiji zu boleh kawan dengan harimau.Eh ? HAHA.Zu nak bangkitkan isu semalam.Eh ! Bukan bangkitkan nak kutok ke apa. *yeke ?* . Just nak bangkitkan semangat HARIMAU MALAYA !

Semalam semua orang tahu , 13 Disember 2012 , Harimau Malaya vs Gajah Putih akan lawan untuk ke final kan ?  Tu yang semua dok depan TV pukul 8.00 malam.Siap sediakan pop corn , kuaci lah pebende lah.Termasuk zu duduk depan TV tengok bola.MUEHEHEHE. *Macam lelaki lah kau ni*. Tapi....Zu tak betemankan kuaci , pop corn bagai tu.Zu bertemankan twitter zu.Apa yang zu tak puas hati , zu update lah tweet.Bagus tak ? HAHA.

Sepanjang zu tengok perlawanan , zu tengok juga pengadil dia.Bila asyik Malaysia jer yang kena kad kuning bagai tu , zu pon pelik.Asal Thailand buat salah laku tak kena kad kuning ke kad merah ke kan ? Teruk kot pemain Malaysia kene.Lepastu zu terus beranggapan buruk. '' MAKAN RASUAH PUNYA PENGADIL !!!! '' HAHA.Kan dah kena.Bukan zu jer yang anggap macam tu.Semua kawan zu pon cakap macam tu.Wah ! Ada geng ! Nak tengok muka jambangan tu ?! Hahh..Menyampah bukan ?



Fadhli Shas dapat kad merah sebab apa ? Sedangkan Thailand yang salah ! Apa lah masalah pengadil ni.Fadhli Shahs tinggalkan padang dengan menitis air mata tahu tak.Hero kami tu ! Tak pa kau.Hanya Allah je yang balas.Ni yang nak nangis jugak ni :'(

Zu tengok pemain Harimau Malaya stress..Tak semangat macam diorang lawan Indonesia hari tu.Siapa setuju dengan zu ? Wowww ! Kita geng ! MUEHEHE.Dah lah dengan pengadil yang sememangnya tak adil.Orang Korea memang macam tu ka ? Haiyoo.Means ,zu tak maksudkan semua.Tapi bila tengok pengadil tu.....ermmmm..

Bila Thailand jaringkan goal yang pertama , ayah zu pon cakap ''Habislah Malaysia.''.Ish ayah ni ! Bagi lah semangat sikit.Bila Thailand dah goal buat kali kedua , OH MY GOD ! Zu dah putus asa dah nak tengok bola nyer.Zu masuk bilik , buat muka toya -.- Rasa sedih tengok bola tu.

Zu tak tahan sangat , zu pon tukar lah cerita lain.Kesian tengok muka-muka pemain Harimau Malaya.Dekat twitter dan FB ramai yang dok kutok Thailand termasuk lah reff tu sekali.HAHA.Padan muka !


Hero Malaya semalam adalah FARIZAL MARLIAS :* Seriously , dia sanggup muka dia ditendang sebab tak nak lepaskan bola masuk goal.Tepuk sikit.Prapp ! Prap ! Prap ! Haaa..Ni yang buat zu jatuh ni haa..HAHA.

Okey.MALAYSIA KALAH BERMARUAH , THAILAND MENANG BERASUAH :) Itu lah kata-kata semangat untuk mu wahai pemain HARIMAU MALAYA :) Selamanya kami sokong HARIMAU MALAYA.Eleelelele ee aho oh oh..Eelelele ee aha ha ha..


 LEGEND OF MALAYSIA !

Okeyh.Zulaikha.Jangan dikau merepek lagi.Sampai sini sahaja saya hantar anda pasal Harimau Malaya.Insyaallah , kalau Allah izinkan , ada masa Harimau bertarung lagi dan akan mendapat taring emas yang baru ! Weeehhooo !

Assalamualaikum :)

5 comments :

Secret Garden said...

Best entry! Reff dia macam makan rasuah! asyik2 thailand~ Kesian dkat penjaga gol. muka kena tentang oleh pemain Thailand. :( Apa2 pun, MALAYSIA GO!

Axnnnnnnnn said...

Entry best gilerr ! Reff tu agaknye dh terkena Tomyam Kangkang dari Siam . Muahahaha :D
Selamanya Harimau Malaya !!

Unknown said...

sokong zu !! kesian kat pemain malaysia , asyik tergelincir je .. paling kesian kat mat yo , sampai bersilat-silat kat tengah padang tu .. hee ... fighting harimau malaya !! aaaauuuummm !!

Dahlia Daffodil said...

suruh reff tu bawak gangnam style dia balik korea..hahahaa..

Fitriy Elmy said...

taubat lha wahai reff -_-