Baju Melayu Untuk Suami


Assalamualaikum :)
Hello Guys :)

''Aku terima nikahnya Nur Zuraini binti Abdul Halim dengan mas kahwin satu ratus ringgit tunai'' Lafaz Adam dengan tenang dan lancar.

Kini , Adam Safwan bin Ahmad Rafie sah menjadi suami aku.Setelah lebih 18 tahun kami berkawan , kini dia milikku.Tiada siapa yang bisa mengambil nya melainkan Allah S.W.T. 

Air mata ku mengalir di pipi.Sebak ! Terharu ! Aku tidak sangka percintaan kami ini akan sampai ke sini jua.Orang yang aku teramat sayang suatu ketika dahulu , kini sudah menjadi milikku yang abadi.Aku tersenyum mengenangkan saat aku suka dengan adam sejak aku berusia 9 tahun.

** ''Zu...'' Panggil Adam

Aku tidak menyahut.Aku leka membaca buku cerita Sang Kancil dan Buaya yang baru dibeli ayah.

''Zuuu !'' Jerit Adam.

''Ish ! Awak ni kan.Terkejut kite tau.Kite merajuk karang padan muka awak kena pujuk.'' Aku menjelir lidah ke arahnya.

''Saya panggil awak,awak tak dengar.'' Adam menarik muka masam.

''Eh ! ye ke ? '' Aku membuat muka 'blurr'

''Macam mana nak dengar.Awak tak habis-habis dengan buku tu je.Tak nak kawan awak dah.'' Adam memeluk tubuh dan menarik muka masam.

''Allaa awak ni.Itu pon nak merajuk.Alala busuk busuk ni.HAHAHA'' Aku geletek leher Adam.

Adam ketawa tahan geli.

''Awak ni ! Pandai eh buat kite hilang majuk.'' Kata Adam.

''HEHEHE.'' Aku hanya ketawa nakal.

''Zuu.....'' Panggil Adam lagi.

''Yaa Adam ? '' Aku jawab.

''Kite rasa kan....kite suka awak lah.Kite rasa kite nak kahwin dengan awak bila dah besar nanti.'' Adam tersengih.

Aku terkedu.Terdiam ! Tak tahu nak cakap apa.

''Awak sanggup kan tunggu kite ? Kite janji kite tak kan cari perempuan lain.'' Kata Adam sambil menhulurkan jari kelinking nya.

Aku mengangguk lantas memaut jari kelingking aku dengan jari kelingking Adam.

** ''Zuu ! zuu !'' 

Aku diam.

''Zuu !'' Ibu menggoyang kan tubuhku.

Aku tersedar dari lamunan.Ya Allah ! Jauhnya aku termenung.Rasa-rasa ada orang nampak tak ? Ada tak air liur aku meleleh ? Ouh malunya ! 

''Apa ni ! dah kahwin pon sebok dok menung sana sini.'' Marah ibu.

Aku hanya sengih.Adam ada dihadapanku untuk menyarung cincin.Betul punya termenung jauh lah aku.Sampai Adam ada depan mata pon aku tak sedar.Zuraini zuraini.

*********************************************************************************

Aku menyisir rambut di meja solek yang terhias indah di bilik.Ada kalanya berdebar melihat wajah Adam.Oh Tuhan ! Hilangkan lah debaran ini.

''Sayang...'' Adam menarik lembut tangan ku dan duduk di birai katil.

''Cantik lah rambut sayang.'' Adam tersenyum sambil membelai rambut aku yang sudah mencecah ke pinggang.

Aku hanya tersenyum.

''Ingat tak masa kecil-kecil dulu yang abang cakap abang akan kahwin dengan sayang ?'' Tanya Adam.

''Ingat.'' Aku mengangguk.

''Sekarang hajat abang dah pon termakbul.Abang dah miliki sayang.Abang janji abang akan jaga sayang , abang akan didik sayang , abang akan cinta kan sayang sampai akhir hayat abang.'' Adam mengucup lembut dahiku.

Air mata ku mengalir.Ish ! Kenapa lah senang sangat air mata ni mengalir.

''Abang , zu pon sama abang.Zu akan cintakan abang sampai akhir hayat zu.Walau apa pun yang terjadi , zu nak abang tahu abang tetap ada di hati zu.'' Aku mengusap lembut pipi Adam.

Adam memelukku erat.Erat sangat.Aku rasa aku disayangi sangat-sangat.Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan jodoh dengan orang yang aku sayang sejak kecil lagi.

********************************************************************************

Alhamdulillah , sudah genap dua tahun kami mendirikan rumah tangga.Dan aku kini sudah mengandung lapan bulan.Dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan , aku merasakan nikmat sekali.Insyaallah raya ni anak aku akan lahir melihat bumi yang indah.

Ting tong !

Aku yang sedang bersandar di sofa terkejut mendengar loceng berbunyi.Aku bergegas membuka pintu.Mungkin Adam pulang kerja awal hari ni.

''Ibu ! Kenapa datang tak bagi tahu ?'' Tanya aku.

''Adam ada ?'' Ibu tidak menjawab pertanyaan ku malah memberikan aku soalan pula.

''Adam kerja.'' Aku melihat gadis yang ayu yang bertudung labuh di sebelah ibu. ''Siapa ni bu ? '' Tanya aku.

''Hah ! Lupa pula.Ini Syahidah.Bekas tunang Adam !'' Jawab ibu.

Aku tergamam.Ini lah orang yang pernah Adam cerita kan pada ku.Ayu orang nya.Kenapa hati aku berasa tak sedap ni.Aku dapat rasakan ibu lebih sayang kan dia dari aku.

*** ''Ibu berbuka puasa kat sini saja lah.Nanti Zu call abang Adam suruh beli juadah banyak sikit.'' Ujar ku.

''Kamu tak masak ke ?'' Tanya ibu.

''Abang Adam tak bagi.'' Jawab ku.

''Huh ! Dasar pemalas.Kamu tu mengandung jer.Bukannya patah riuk sana sini.'' Jawab ibu.

Aku terdiam.

''Tak apa lah aunty.Zu , biar Ida tolong zu masak.Tak payah suruh abang Adam beli juadah kat bazar eh.'' Kata Syahidah.

Aku mengangguk.

*** Aku hanya menolong kerja dapur yang ringan-ringan saja.Memasak semua diurus oleh Syahidah.Ibu melayan Syahidah begitu manja sekali.Ibu layan aku macam anak buangan.Terasa pulak.

'Baby...mungkin baby lahir kat dunia ni baru nenek layan mama macam nenek layan aunty Ida.' Aku bercakap dalam hati sambil mengusap lembut perutku.

''Assalamualaikum.'' Adam memberi salam lalu mengucup lembut pipi ku.

''Waalaikumussalam'' Jawab kami semua.

''Eh ! Ibu pon ada.'' Adam terkejut lalu menyalam ibu.

''Adam , kenal tak lagi ?'' Ibu memeluk mesra bahu Syahidah.

Adam diam.Adam mengangguk selepas melihat wajah aku tersenyum.

''Adam mandi dulu eh ibu.Jom sayang.''Adam menarik lembut tangan ku.

Aku mengekori Adam.Hanya Adam saja yang faham perasaanku.Ibu Adam memang kurang mesra dengan ku sejak kami kahwin lagi.Sedih.

*********************************************************************************

Azan maghrib berkumandang menunjukkan tanda untuk berbuka puasa.Alhamdulillah , aku dapat melaksanakan puasa dengan jayanya.Ewah !

''Hummh ! Sedapnya sayang abang masak.'' Kata Adam sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut dengan gelojoh.

Aku terdiam.

''Ini bukan Zu yang masak.Ida yang masak.'' Aku menoleh ke arah Syahidah.

Adam tergamam.Muka bersalah terpancar ke wajahnya.Adam terus makan dengan sopan dari tadi.Mungkin dia tak nak aku kecewa.Tapi hati aku dah kecewa ! Abang !!!

''Hurmm sedap kan Adam ? Tu lah ibu suruh kamu kawin dengan Ida kamu tak nak.Kamu putus tunang dengan dia sebab Zu.So , sekarang siapa susah ? Nak kena beli jer.Membazir tahu tak ! Kamu tahu...'' Ibu membebel.

''Ibu ! Adam yang tak bagi Zu masak.Bukannya dia tak reti masak.'' Adam memotong kata ibunya membela aku.

''Eleh ! Tapi Ida masak lagi sedap dari Zu kan ? '' Kata ibu lagi.

Aku bangun dan terus mencuci tangan dan beredar ke atas .Tidak sanggup aku dengar perbualannya yang menyakitkan hati aku.

''Sikit sikit merajuk ! '' Jerit ibu dari bawah

Air mata yang hanya bergenang di kolam mata sejak tadi jatuh jua di pipi.Ya Allah , ini kah dugaan di bulan yang mulia ini.

********************************************************************************

Sedang aku ingin medapatkan suami ku di balkoni depan rumah , langkahku terhenti mendengar perbualan Syahidah dan Adam

''Abang , ida sanggup bermadu asalkan Ida dapat abang.'' Kata Syahidah.

''Apa ni Ida.Saya dah ada isteri.Dan saya sayangkan isteri saya.'' Jawab Adam.

''Abang ! Ida sanggup lakukan apa saja untuk abang.Tolonglah abang.Ida cintakan abang dunia akhirat.'' Kata Syahidah sambil memegang lengan Adam.

Adam menepis tangan Ida. ''Awak jangan macam-macam Ida.Saya sanggup buat apa saja demi isteri saya Zuraini ! Saya tak nak dia kecewa.'' Adam marah Syahidah.

''Ouh ! Walaupun Aunty Asmah tak suka dia?! '' Jerit Syahidah.

Aku tergamam.Memang benar ibu mertuaku tidak menyukai aku.Aku berlalu ke dapur.Tidak tahan mendengar kata-kata yang begitu menyeksa jiwa dan ragaku.

*** ''Apa sal kau menangis ? Takut suami kau madukan kau ? Hah ?!'' Ibu tanya padaku dengan muka yang angkuh.

Aku mengesat air mata dengan tangan.

''Ibu tahu kan , Zu sayang kan abang Adam sampai hujung nyawa Zu.Zu takkan biarkan abang Adam dirampas oleh sesiapa saja kecuali zu sudah tidak bernyawa lagi.'' Aku berlalu pergi meninggalkan ibu.

Ya Allah , apakah dosa aku kau beri ujian seperti ini.

*********************************************************************************

''Seminggu sebelum raya ibu datang sini yaa Adam.Ibu bawa Ida beraya dengan kita sekali.'' Kata ibu kepada kami berdua di muka pintu.

Aku memandang Adam.

''Ibu , kami ingat tahun ni nak beraya di kampung Zu.Jadi seminggu sebelum raya kami nak berangkat ke Johor.'' Kata Adam.

''Apa ni ?! Tak boleh ! Ibu nak kamu beraya di sini dengan ibu.Ibu penat-penat datang sini.Kamu pulak nak pergi Johor tu buat apa.Tak boleh ! Ibu nak kamu raya kat sini.Seminggu sebelum raya ibu datang.Jom Ida.'' Ibu menarik tangan Syahidah masuk ke dalam perut kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah ku.

''Sayang...'' Adam memegang tangan ku.

''Tak apa lah abang.Insyaallah tahun depan kalau panjang umur kita boleh beraya di kampung zu kan.'' Aku tersenyum.

Adam terus memelukku erat.

********************************************************************************

Di dalam kamar tidur kami....

''Abang..'' Aku memanggil lembut suamiku yang sedang sibuk membaca buku di atas katil.

''Ya sayang ?'' Jawab Adam.

''Abangg....kalau masa pagi raya nanti Zu tak dapat uruskan persiapan raya abang , Zu minta maaf yaa.'' Aku tersenyum.

''Apa sayang cakap ni ? Sayang tahu kan abang cintakan sayang.Abang tak nak sayang pergi.'' Kata Adam sambil mengusap lembut pipiku.

Aku mengangguk dan tersenyum.

''Nanti pagi raya nanti abang bukak eh hadiah yang zu bagi ni.'' Aku menghulurkan sebuah bungkusan kepada Adam.

''Nak buka sekarang boleh ? '' Tanya Adam manja.

''Mana boleh.Buka time pagi raya jugak.'' Aku mencuit hidung Adam.

''Okey sayang.'' Adam baring di atas riba ku.

''Abang , Zu rasa raya tahun ni , raya yang tak pernah abang lupakan.'' Aku membelai lembut kepala Adam.

''Mesti lah.Sebab tahun ni , raya abang ada sayang.'' Adam tersenyum.

Ya Allah , aku tidak tahu hidup Adam bagaimana jika tanpa aku.Semoga engkau lindungi hambaMu yang aku amat sayangi.

********************************************************************************

Ting Tong !

Aku yang sedang leka menghidang juadah berbuka puasa bergegas membuka pintu.

''Ibu.Ida tak ikut ? '' Aku bersalam dengan ibu mertuaku.

''Nanti dia datang.Dia ke Asian Mall beli baju raya katanya.Zu masak apa ?'' Tanya ibu lembut.

Aik ! Kenapa ibu bercakap lembut dengan aku.Selalunya kasar.

''Masak juadah berbuka puasa untuk ibu , Ida dengan abang Adam.

''Zu puasa ?'' Tanya ibu.

''Tak.Zu rasa penat sangat hari ni.'' Jawab ku.Memang sejak akhir-akhir ramadhan ni aku berasa letih sangat.Mungkin baby dalam perutku ini membesar dan perlu banyak makanan.

''Hah ! Ibu ada satu masakan khas untuk orang mengandung macam kamu ni.Ibu nak kamu dan anak kamu ni sihat bila dah bersalin nanti.Jap ibu masakkan yaa.'' Ibu bergegas ke dapur bersama barang masakan yang dibawanya.

''Zu nak tolong sekali boleh ?'' Tanya aku.

''Eh ! jangan ! Zu rehat.Kesian kat baby zu ni penat.Rehat yaa.'' Ujar ibu sambil mengusap perutku.

Aku terdiam.Betul cakap ibu.Aku penat sangat.Aku berehat di atas sofa.Tidak sampai beberapa minit mata aku terlelap.

*** ''Zuu..Ohh Zu..'' Ibu mengejutkan aku dari tidur.

''Ya bu.'' Aku bangun sambil menggosok mata.

''Ibu dah siap masak.Zu makan dulu , ibu naik atas mandi sekejap.'' Kata ibu dan berlalu pergi.

Aku melulu ke meja makan.Haruman masakan ibu menusuk ke hidung.

''Wah ! Sedapnya bau.'' Ujar ku sendirian.

Tanpa membuang masa aku makan bubur yang dimasakkan ibu.Memang lain dari yang lain rasanya.Sedap !

Tak sampai beberapa suap aku rasa tekak ku semacam.Otakku rasa seperti tidak boleh berfikir lagi.Aku meluahkan semua makanan itu.Muka aku biru.Aku terjatuh dari kerusi meja makan.Mulutku di penuhi dengan buih-buih putih.Aku memegang leherku.Ya Allah , sakitnya !

''Zu !'' Jerit Syahidah dan mendapatkanku.

Ida cuba menolong aku.Tapi dia seperti buntu tak tahu nak buat apa.

Ibu turun dari tingkat atas dan melihat keadaanku.

''Aunty bubuh apa dalam bubur ni !'' Jerit Sayhidah.

''Racun tikus ! HAHAHAHAHA'' Ibu ketawa terbahak-bahak.

''Astarghfirullahalazim'' Syahidah mengucap.

''Assalamualaikum..'' Adam sudah pulang ke rumah terkejut apabila melihat aku terbaring dengan lumuran darah di kaki dan buih-buih putih keluar dari mulutku.

''Ya Allah ! Sayang ! Kenapa ni ? '' Adam memangku aku.

''Aunty ! Dia bunuh Zu !'' Syahidah menjerit.

Adam memandang ibu.

''Apa ni ibu ?! '' Marah Adam.

''Ibu taruh racun tikus jer pun.HAHAHA.Yeay ! yeay ! Zu mati ! Ida ! Ida ! nanti Ida boleh kahwin dengan Adam.Kan Adam kan ?'' Ibu seperti orang gila.

Saat Adam mahu membawa ku ke hospital , aku tidak sedar apa-apa lagi.Air mata ku menitis kedukaan.

*********************************************************************************

Di hospital Tunku Saffiyah....

''Sayang..sayang sabar yaa..Abang sayangkan zu.Zu takkan tinggalkan abang kan.'' Aku mendengar sayup-sayup suara Adam walaupun aku tidak menyedarkan diri.

''Sayang.. abang minta maaf atas kesalahan ibu abang.Sayang jangan tinggalkan abang..'' Adam berkata lagi.Setitis air mata Adam jatuh di pipiku.

Ya Allah , andai aku pergi kepadaMu semula , lindungi lah Adam dari bencana dan malapetaka.Air mata ku menitis ke pipi.

*********************************************************************************

Takbir sudah bergema di corong-corong televisyen dan radio.Sedang suamiku hendak bersiap , Adam teringat akan hadiah yang pernah aku berikan semasa bulan ramadhan yang lalu.

Adam membuka pembalut dengan cermatt.Sepasang baju melayu biru berserta kad hari raya aku berikan padanya.Adam mebuka kad raya yang sudah ku tulis untuknya semasa aku masih bernafas di muka bumi ini.

Assalamualaikum abang yang disayangi,
Abang , mungkin masa abang baca kad ni Zu sudah tiada di sisi abang.Sempena Hari Raya Aidilfitri ini , Zu ingin susun sepuluh jari memohon kemaafan dari abang andai Zu banyak buat dosa pada abang sejak pertemuan pertama lagi.Maaf kan zu andai tidak dapat mencium tangan abang di pagi raya yang indah.Zu harap hari raya ni hari raya yang paling abang ingat sampai bila-bila.Mungkin Ida dapat menggantikan tempat Zu disisi abang.Mungkin Ida yang dapat menguruskan abang setiap hari.Ampunkan zu abang sebab Zu pergi bersama anak kita ini.Baju melayu ni khas untuk suami Zu yang tercinta.Kalau Zu masih hidup , warna baju kita sedondon.Baju ni Zu jahit sendiri tanpa pengetahuan abang.Maafkan Zu abang.Harap abang suka dengan pemberian terakhir dari zu.Selamat hari raya abang ,maaf zahir dan batin.

Adam menitiskan air matanya.

''Sayang..Abang rindu kan sayang..'' Adam memeluk baju melayu itu sambil menangis teresak-esak.

*** Adam memakai baju yang aku beri kan padanya di pagi raya satu syawal menziarahi kuburku.Andai saja aku boleh lihat ia memakai baju melayu itu , mungkin aku akan jatuh cinta lagi dengan dia.

*********************************************************************************

Ibu mertuaku kini dimasukkan ke hospital bahagia di Tanjung Rambutan , Perak.Ini lah balasan yang di beri oleh Tuhan kepadanya.Kini , Syahidah yang selalu mengambil tahu pasal Adam.Alhamdulillah , lepas raya mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka.Mungkin perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta , tetapi aku percaya suatu hari nanti ikatan itu akan terjalin dengan utuhnya sampai hujung nyawa mereka.

-SEKIAN-

19 comments :

fatin hazirah said...

awak karang sendiri ?
hebat lah
sedih tau T.T

Masmira Masri said...

sedihnya baca surat tu masa wife dia da meninggal... padan muka masuk hospital bahagia *ehh emo plak kn

Miss Ain ♥ said...

sedihnya..tahniah..penulisan awk sampai....

Wanie Seuk said...

Cerpen. Interesting. Jom join ga ni http://wanieseuk.blogspot.com/2013/08/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html

✿INA AINAA✿ said...

Ya ALlah sebaknyaaa... :'( nice story, sangat menyentuh perasaan ena

Nurul Syuhadah said...

sedih Y___Y

iamcikmisi said...

awak punya cerpen neh ? karang sendiri ? (y)(y) ~ nice story :')

Unknown said...

so sad...tp ade gak yg klakar...xptot btol ibu adam tu...

orensalad said...

swet story that i had found !

Unknown said...

sedihnya...huhu

precious cla said...

terEmo pulak d tghari ni huk3..

btw, dtg sini nk jemput u join GA ni

http://walkstatic.blogspot.com/2013/08/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html

najihahanuar said...

sedihnya,

Anonymous said...

bagus, bakat yang ada kembang-kembangkan jangan sorok-sorokkan :)
apa kata nanti tulis cerita yang lain sikit dan ending dia bukan kematian. hee :)

Hidayah Suhailee said...

best!

NURUL FILZAH said...

pandainya awk buat cerpen. best tau.. sedih pun ada..

Tahniah :)

Nik Ainaa said...

cubaan yg menarik. best. sedih. jemputlah baca karya saya juga :)

http://ainaaazlan.blogspot.com/

lynmunir said...

Menyusup ke hati, tahniah. Adik memang berbakat sebagai cerpenis tanah air.

Unknown said...

ending yg menyedihkan..
kalau boleh, buat citer bersambung2 nanti peminat akan tertunggu episod seterusnya.
sepupu sy pun menulis dlm blog. n Alhamdulillah, kini die dah terbitkan 2 novel. dan novel pertamanya akan dijadikan drama.mesti awak prnah bace novel sepupu sy.
teruskan usaha, ok..=)

Unknown said...

Chayokkk tulis yg lebih bagus dri cer pen nie